Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Cara hidup Islam itu mudah sebenarnya kerana para ulama telah menyediakan jalan atau kaedah untuk kita beribadah di setiap waktu, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun.
Ia menjadi susah apabila kita tidak mahu ikut apa yang ulama susun berkenaan kaedah beribadah tersebut. Lebih parah lagi, kita kritik seoalah-olah kita lebih pandai daripada ulama.
Ulama ada mengajarkan kita doa waktu pagi, waktu petang, doa ke hari jumaat, doa bulan Ramdhan dan sebagainya.
Ia menjadi susah apabila kita tidak mahu ikut apa yang ulama susun berkenaan kaedah beribadah tersebut. Lebih parah lagi, kita kritik seoalah-olah kita lebih pandai daripada ulama.
Ulama ada mengajarkan kita doa waktu pagi, waktu petang, doa ke hari jumaat, doa bulan Ramdhan dan sebagainya.
Saya ambil contoh, kalau dalam bulan Rejab, ada doa khas untuk kita boleh amalkan. Dalam bulan Syaaban juga kita boleh amalkan doa tersebut, cumanya kita perlu masukkan Syaaban dan Ramadhan dan tinggalkan Rejab ketika berdoa.
Anda boleh klik >> Doa Bulan Rejab
Doa Bulan Syaaban |
Bulan Syaaban Yang Semakin Pendek
Bulan Syaaban Yang Semakin Pendek. Sekejap sahaja masa berlalu pergi. Kini Bulan Syaaban sudah hampir ke hujungnya dan Bulan Ramadhan sedang menyusul datang ke mari.
Bulan Syaaban amat dimuliakan oleh Rasulullah SAW lantaran hampirnya bulan Ramadhan yang nyata kemuliaanya disisi Allah SWT.
Baginda pernah berkata kepada para sahabat bahawa dalam bulan Syaaban ini berkembangnya kebaikan.
Lagi, Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa Allah SWT melihat hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan diampunkan dosa melainkan orang yang syirik dan bermusuh-musuhan.
Dalam Bulan Syaaban ini, Rasulullah SAW memang gemar berpuasa. Cuba anda baca terjemahan Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.
Daripada Aisyah: “Adalah Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami menyangka dia tidak berbuka dan Baginda berbuka sehingga kami mampu melihat dan mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi berpuasa penuh satu bulan melainkan dalam Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia berpuasa lebih banyak selain daripada Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari)
Pengajaran yang kita boleh ambil dari hadis di atas adalah Rasulullah SAW memberi gambaran kepada kita bahawa apabila kita banyak berpuasa di bulan Syaaban maka kualiti puasa di bulan Ramadhan akan lebih baik kerana kita telah terdidik dalam bulan Syaaban.
Isu berkenaan malam Nisfu Syaaban yang akan berlangsung pada malam ini memang banyak diperdebat oleh orang ramai.
Hukum baca yassin 3 kali di malam Nisfu Syaaban klik >> sini.
Saya sendiri pernah mendengar ada yang kata bid'ah kerana hadis tidak sahih dan sebagainya. Baiklah, cuba kita lihat apa kata Imam Hassan Al-Banna.
“Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama ke arah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha itu membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub kepada sesuatu pihak.”
Walaupun kedudukan hadis tidak mencapai tahap hadis sahih, jika dipadankan dengan pelbagai riwayat yang banyak, ia boleh dijadikan panduan untuk menyuntik semangat motivasi beribadat.
InsyaAllah, ibadat yang dilakukan secara berterusan boleh menjadikan jiwa kita tetap dengan kebenaran.
Kesimpulan
Dari semasa ke semasa kita dituntut menilai kualiti ibadah kita. Adakah ibadah kita semakin baik atau sebaliknya.
Oleh itu, mari kita ambil peluang untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menebus segala kesalahan lalu kerana jiwa orang yang beriman akan lebih dekat ketiak hampirnya bulan Ramadhan
Orang yang hebat adalah orang sering muhasabah diri. Banyak bertaubat dan sering menambah ibadat.
Astaghfirullahal'azim...bagaimanalah dengan iman kita hari ini?
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Sekejap je bulan syaaban dan tak lama lagi bulan Ramadhan.
ReplyDeletebetul tu Bahrain
Deletesekejap rasanya masa berlalu...tup tup dah nak puasa.
ReplyDeletesekarang ni..masa dirasakan pendek.terima kasih Ema
Deletemasa masih sama macam beribu tahun dulu, kesibukan kita didunia buatkan ia rasa terlalu pantas. sebagai peringatan untuk kita semua.
ReplyDeleteMalunya pada Tuhan..nikmat sudah banyak kita kecap
DeleteHuhu..tak sabar dah nak sambut bulan puasa..huhu
ReplyDeleteBagus-bagus
DeleteMacamtu la kebanyakkan dari kita. Asik mengkritik, satu amal pun taknak buat. Patutnya masa yang semakin pendek ni la digunakan untuk beribadah. Ibadah di setiap hela nafas. Bukan tunggu waktu2 tertentu. Ini, waktu2 yang diajar beribadah pun dikritik... memang tidak ler nak buat ibadah pada masa lain.
ReplyDeleteBetul tu...cikgu
Deletesetuju, cpt btl b'lalu.... hari ni pun dh 19 syaaban, insyaAllah dlm 11 hari lagi Ramadhan pula.......;-)
ReplyDeleteTu la, masa berlalu begitu pantas.
ReplyDelete