Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Tahukah anda bahawa proses menyusu bukan bermula sejak melahirkan anak, tetapi sejak mengandung lagi.
Menurut kaunselor laktasi seorang ibu yang ingin menyusu perlu belajar cara yang betul menyusukan anak.
Oleh yang demikian, para ibu perlu mencari informasi berkaitan penyusuan sejak awal lagi bagi memudahkan proses penyusuan.
Selain persediaan ilmu penyusuan sejak mengandung, persediaan fizikal juga memainkan peranan yang penting.
Jom, tengok apakah persediaan fizikal penyusuan anak sejak mengandung.
Menurut kaunselor laktasi seorang ibu yang ingin menyusu perlu belajar cara yang betul menyusukan anak.
Oleh yang demikian, para ibu perlu mencari informasi berkaitan penyusuan sejak awal lagi bagi memudahkan proses penyusuan.
Selain persediaan ilmu penyusuan sejak mengandung, persediaan fizikal juga memainkan peranan yang penting.
Jom, tengok apakah persediaan fizikal penyusuan anak sejak mengandung.
Comelkan bayi ini? |
Persediaan Fizikal Penyusuan Sejak Mengandung.
Terdapat 4 persediaan fizikal yang perlu di ambil berat oleh semua ibu yang sedang mengandung. Persediaan itu adalah:
- Pemakanan yang sihat.
- Pilihan hospital.
- Peralatan penyusuan.
- Kebersihan puting.
Pemakanan yang sihat.
Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa mengandung, ia akan membantu pembentukan kelenjar-kelenjer susu di dalam tisu-tisu tubuh .Ini akan memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan.
Pemilihan hospital.
Pilihlah hospital yang menyokong penyusuan susu ibu dan mesra ibu dan bayi. Sebelum bersalin, berbincanglah dengan doktor yang memeriksa kandungan anda. Beritahu doktor tentang keinginan anda ingin menyusukan sendiri bayi sebaik ia dilahirkan.
Peralatan penyusuan.
Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah sangat penting dalam memastikan anda dapat menyusukan bayi dengan lancar. Ini terutamanya buat ibu yang berkerjaya.
Antara alatan penyusuan adalah pam payu dara, coli penyusuan, pelapik payudara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung, peti sejuk dan lain-lain lagi.
Anda digalakkan untuk membeli pam payudara yang bersesuaian sebelum bersalin. Sebaik-baiknya pilih pam yang bergred hospital. Oleh yang demikian, anda disyorkan mencuba dahulu pam tersebut sebelum membelinya.
Selain itu, coli penyusuan dan pelapik payudara penting pada awal kelahiran kerana anda mungkinn kerap mengalami kebocoran.
Peti sejuk juga merupakan peralatan penting yang perlu ada untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Hal ini kerana ia membantu memanjangkan jangka hayat susu ibu yang diperah.
Bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin dan pek ais juga perlu ada. Anda tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi. Mungkin anda atau bayi terpaksa di tahan di hospital atas komplikasi tertentu.
Kebersihan puting.
Bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Namun, elakkan menyapu sabun terutamanya di bahagian puting. Ini kerana di trimester terakhir kolostrum sudah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan sebaik-baiknya, ia dikhuatiri tersumbat.
Dalam pada itu, anda boleh juga mengurut puting perlahan-lahan ataupun menyikat kedua-dua belah payudara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.
Diharap panduan di atas dapat memberi sedikit informasi kepada bakal-bakal ibu yang ingin menyusukan anak masing-masing. Niat kita akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya kita membuat persediaan fizikal sebelum bersalin. Selamat menyusukan bayi anda :)
Dalam pada itu, anda boleh juga mengurut puting perlahan-lahan ataupun menyikat kedua-dua belah payudara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.
Kesimpulan.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
boleh jadi panduan bila ada anak nanti
ReplyDeleteInsyaAllah..bila sis vee?
Deleteinfo yang baik buat semua..
ReplyDeleteterima kasih
DeleteThanks.. banyak informasi berguna disini.. baru jumpa blog nie
ReplyDeletesama-sama. terima kasih di atas komen2 yang membina dan bermanfaat
Deletebagus..susu ibu memang terbaik!
ReplyDeletenice share..
ReplyDeleteBagus entri ni :)
ReplyDelete