HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, May 29, 2014

Kelebihan Ahli Shaklee

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Sekarang ini, produk shaklee menjadi kegilaan ramai masyarakat Malaysia. Kalau anda cuba taip dalam enjin carian seperti google, yahoo atau bing tentang kesihatan, ranking blog yang teratas kebanyakkannya blog tentang shaklee.

Tajuk-tajuk tentang kesihatan banyak sungguh diceritakan oleh pengedar-pengedar sah shaklee. Umpamanya:


  1. 15 Langkah Menjaga Kesihatan Mental
  2. Akibat Kekurangan Vitaman E Dalam Badan 
  3. Anda Menghadapi Masalah Terlalu Kurus?
  4. Bagaimana Menjaga Makanan Anak Anda?
  5. Berapa Banyak Kalsium Yang Kita Perlukan Sehari ?
  6. Berpantang Kini Tidak Sesukar Dahulu
  7. Jangan Beli Penapis Air Shaklee Sebelum Baca!
  8. Kenapa Tubuh Kita Perlukan Kalsium?
  9. Kulit Yang Sihat

Memang ramai pengguna-pengguna produk shaklee di negera kita sama ada di Semenanjung, Sabah atau Serawak.

Salah satu sebabnya adalah cara pembelian produk yang mudah. Anda tidak perlu pergi ke stokis shaklee kerana pembelian atau tempahan  boleh dibuatsecara online.

Pihak shaklee akan menghantar ke mana sahaja lokasi anda dengan caj RM10 atau Rm20 sahaja. Sejurus membuat tempahan, anda hanya perlu tunggu sahaja barang shaklee sampai.

Tidak semestinya menjadi ahli shaklee mesti jual produk shaklee. Ramai juga yang menjadi ahli shaklee hanya sekadar menggunakan produk shaklee. Bukannya untuk menjual.

Meskipun anda hanya menjadi ahli dan membeli barang-barang shaklee untuk diri anda, suami anda, ibu bapa anda juga anak anda, wang tunai akan terus dimasukkan ke dalam akuan bank anda.

Namun, sekiranya anda ingin menjana pendapatan yang lumayan dengan shaklee anda perlu kongsikan kelebihan-kelebihan produk ini secara online mahupun offline

Itu baru sedikit kelebihan menjadi ahli shaklee. Anda boleh baca kelebihan-kelebihan sebagai ahli shaklee di bawah ini.

Kepada yang ingin menjadi ahli shaklee boleh menggunakan borang di bawah ini. InsyaAllah kami akan daftar secepat mungkin InsyaAllah.

Sebelum itu, mari saya tunjukkan beberapa kelebihan yang anak bakal perolehi dengan menyertai sebagai ahli shaklee.

Kelebihan Ahli Shaklee, produk shaklee
Ranking Level & Purata Pendapatan

Kelebihan Ahli Shaklee 


  • Nikmati potongan harga 15-20% bagi setiap produk Shaklee yang ditawarkan.
  • Khidmat nasihat pemakanan shaklee secara percuma
  • Menggunakan produk Shaklee sambil mendapat peluangan wang tunai
  • Tidak wajib keluar mencari pelanggan.
  • Tidak wajib mencari downline
  • Bimbingan akan diberikan secara online atau offline. Kami akan masukkan anda dalam kumpulan tertutup di FB dan Whatsapp untuk berkongsi tip pemasaran, perniagaan , khidmat nutrisi, motivasi dan sebagainya.
  • Menjana income 3-4-5 ANGKA
  • Menikmati BONUS KERETA
  • Menikmati PERCUTIAN bertaraf 6 BINTANG
  • UMRAH & ZIARAH
  • Banyak lagi
                                                                                     Shaklee Malaysia
Read more ...

Wednesday, May 28, 2014

Cara Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Cara Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan, produk shaklee
Comelkan?

Comelnya...gambar bayi-bayi ni!

Sebut berkenaan dengan cahaya mata, pastinya majoriti pasangan yang baru berkahwin teruja untuk mendapatkannya terutama sekali ibu bapa ke dua-dua belah pihak. Namun begitu, tidak semua pasangan terus dikurniakan cahaya mata sebaik sahaja berkahwin. 

Ya, cahaya mata adalah rezeki kurniaan Allah SWT yang ditetapkan untuk setiap pasangan itu, tetapi rezeki perlu diusahakan di samping terus berdoa. 

Barang kali terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Di sini saya kongsikan panduan dalam kita berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

Cara Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan


Sekali lagi saya ingin ingatkan diri saya dan anda semua, kita tidak boleh jauh dengan Allah. Kita mesti doa dan doa dan doa.

Sebelum saya tunjukkan cara mendapatkan cahaya mata, mari kita kenali punca yang menyebabkan sukar mendapat cahaya mata

Punca-punca sukar mendapat cahaya mata


Secara saintifik, antara punca setiap pasangan itu sukar mendapat cahaya mata adalah melibatkan masalah kesuburan wanita dan masalah kesuburan lelaki.

Masalah Kesuburan Wanita


Berikut merupakan faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu sukar hamil.

  • Gangguan Ovulasi berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ini juga disebabkan oleh badan yang tidak boleh menghasilkan hormon tertentu yang cukup atau mungkin gagal untuk melepaskan hormon pada masa yang tepat. Ovulasi juga boleh tidak berlaku disebabkan oleh perubahan ketara dalam berat badan.
  • Gangguan Tiub Fallopio mungkin berlaku disebabkan oleh keradangan tiub fallopio, individu yang pernah mengalami kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan ataupun berlakunya endometriosis.
  • Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasa tumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim. Contohnya di dalam tiub fallopio, ovari ataupun punding kencing. 

Endometriosis, produk shaklee
Struktur dalaman wanita

  • Perubahan kepada uterus atau serviks.Sperma mungkin gagal mencapai telur jika berlakunya parut yang disebabkan pembedahan, kesumbatan atau keradangan. Pertumbuhan dalam rahim juga boleh menjadi punca masalah ketidaksuburan yang berterusan atau menyumbang kepada keguguran.
  • Kecacatan sistem pembiakan.
  • Berlakunya Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS) yang terbentuk di dalam ovari.

PCOS, produk shaklee
Keadaan Cyst

  • Faktor umur juga merupakan isu penting dalam mendapatkan anak. Semakin lewat usia kita, peluang untuk mengandung juga rendah.

Masalah Kesuburan Lelaki.


Menurut pakar perunding urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Muhilan Parameswaran, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.
  • Pra testikular iaitu berlakunya gangguan hormon yang menyebabka testis yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma.
  • Testikular ialah berlakunya kerosakan sel yang menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat.
  • Post testikular iaitu proses penghasilan sperma yang normal tetapi gagal ejakulasi.
Maklumat lanjut boleh layari harian Metro

Cara mendapatkan cahaya mata


Di sini saya kongsikan 3 cara mendapatkan cahaya mata kesayangan

Cara Rohani


Islam itu agama yang lengkap, di dalamnya juga terkandung amalan sebagai ikhtiar kita dalam mendapatkan cahaya mata.

Menurut penceramah bebas Ustazah Siti Nor Bahiyah, terdapat 2 amalan yang boleh diamalkan oleh pasangan suami dan isteri.Amalan-amalan tersebut adalah:

  1. Amalan pertama dianjurkan selepas fajar ataupun solat subuh.

  • Membaca Bismillah sekali.
  • Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah sebanyak 101 kali.
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat).
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

     2. Amalan kedua.


  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh yakin harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Doa sebagai Ikhtiar Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan.

Doa untuk mendapatkan anak, produk shaklee
Doa mendapatkan cahaya mata

Cara jasmani.


Anda boleh berjumpa dengan pakar-pakar sakit puan dan sakit tuan di klinik atau hospital untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan secara moden.

Di samping itu, anda boleh usahakan dengan makanan tambahan atau suplemen shaklee iaitu set kesuburan shaklee.

Set kesuburan shaklee ini telah ramai yang mencubanya dan hasil yang dicapai amat memberangsangkan. Anda boleh lihat testimoni di bawah ini.

Set kesuburan shaklee


Set kesuburan shaklee terbahagi kepada 2 set iaitu untuk set kesuburan  wanita shaklee dan set kesuburan lelaki shaklee :

Set Kesuburan Shaklee, produk shaklee
Suplemen kesuburan

Set kesuburan wanita 


Set kesuburan wanita terdiri daripada Gla Complex dan Alfalfa.

Gla Complex penting untuk wanita terutamanya yang mengalami masalah haid tidak teratur. Ia mengandungi Vitamin E dan Gla ( Gamma linolenic asid) yang menjadikan hormon stabil , memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan dan sebagainya.

Alfalfa membantu wanita mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut. Selain itu, ia dapat membantu mengatasi masalah sakit pinggang yang keterlaluan ketika haid serta membantu dalam hubungan suami isteri.

Set kesuburan lelaki 


Set kesuburan lelaki terdiri daripada Vitamin E dan Zinc Complex.

Vitamin E membantu meningkatkan kemampuan reproduktif lelaki. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Selain itu, Vitamin E juga membantu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen.

Zinc Complex merupakan zat yang sangat penting dalam meningkatkan kesihatan lelaki melalui proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras yang sesuai hormon testosteron serta membekalkan tenaga kepada sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

Zinc amat berperanan dalam pembentukan genetik iaitu DNA dan membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zinc bagi lelaki akan mengakibatkan plbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.

Zinc juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


Set Kesuburan Shaklee, produk shaklee
Jadual suplemen kesuburan

Testimoni

Dibawah adalah diantara testimoni yang menggunakan set ini.

Testimoni #1


Testimoni 1, produk shaklee
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee

Testimoni #2


Cara Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan, produk shaklee
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee

Testimoni #3


Cara Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan, produk shaklee
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee


Testimoni #4


Cara Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan, produk shaklee
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee

Testimoni #5


Cara Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan, produk shaklee
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee

Kesimpulan


Cahaya mata merupakan anugerah atau nikmat Allah SWT kepada kita yang memang terlalu tinggi nilainya. Ia adalah rezeki yang memang ramai mengkehendakinya.

Namun, ada juga dalam kalangan kita yang diuji dengan kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata. 

Bagi yang diuji, jangan putus asa daripada rahmat Allah SWT. Yakinlah bahawa setiap ketentuan Allah SWT itu ada hikmahnya dan tidak sia-sia.

Sebagai hamba kita perlu terus berusaha dan berdoa. InsyaAllah pasti berjumpa dengan jalannya.

Anda berminat dengan produk shaklee dan ingin menjana pendapatan dengan shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

 produk shaklee
Independent  Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com
Cash On Delivery (COD) : Seberang Perai, Seberang jaya, bukit mertajam, kulim dan kawasan sekitar yang berdekatan.

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Tuesday, May 27, 2014

Akibat Kekurangan Vitaman E Dalam Badan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Boleh saya tanya satu soalan kepada anda? Antara produk lelaki dengan produk wanita yang mana lebih laris?

Jawapannya hanya ada dua, tetapi buat diri saya soalan ini saya telah tanya kepada beberapa orang kenalan dan pensyarah saya sendiri pernah berkata kalau ingin berbisnes cuba buat produk untuk wanita, insyaAllah laku. Ini kerana wanita suka membeli.

Semalam saya cuba kajian tentang keyword dalam google trend. Dapatannya adalah vitamin c lebih tinggi berbanding vitamin e.

Secara teknikalnya memang saya tidak pasti mengapa keyword vitamin c lebih tinggi, tetapi saya cuma membuat andaian bahawa vitamin c ini tinggi kerana banyak digunakan dalam produk wanita seperti produk kecantikan.

Namun begitu vitamin E juga mempunyai kepentingannya dalam badan kita. Ingin tahu apa akibatnya kekurangan vitamin E dalam badan kita.


Akibat Kekurangan Vitaman E Dalam Badan



  1. Kekurangan Vitamin E dalam badan boleh mengakibatkan kekurangan bilangan sel darah merah atau haemoglobin dalam badan atau dipanggil Anemia
  2. Sistem pembiakan atau kesubura boleh terganggu.
  3. Masalah untuk lelaki iaitu mati pucuk
  4. Prostat membesar
  5. Bagi wanita, kekurangan vitamin menyukarkan untuk mengandung.
  6. Ada juga yang mudah mengalami keguguran
  7. Kelihatan lebih tua daripada usia yang sepatutnya
  8. Terdapat juga yang mengalami katarak
  9. Rambut mudah kering dan keguguran
  10. Otot-otot menjadi lemah (myopathy)
  11. Luka sukar untuk sembuh
  12. Kaki mudah rasa kebas atau krem 
  13. Penyakit berkaitan usus mudah menyerang

Kalau terlebih dos vitamin E bagaimana?


Namun demikian, pengambilan vitamin E yang berlebihan juga mendatangkan kesan sampingan iaitu berlakunya pendarahan seperti hidung. Ini kerana vitamin E yang bertindak sebagai antikoagulan atau anticoagulant boleh mengurangkan risiko pembekuan darah serta mencairkan darah supaya pendarahan dalam badan menjadi lancar.

Sumber Vitamin E daripada makanan


Antara sumber  makanan yang mengandungi Vitamin E adalah:

  • Biji bunga matahari
  • Avokado
  • Kacang soya
  • Buah zaiton
  • Badam
  • Labu
  • Kacang buncis
  • Ubi keledek
  • Sayuran hijau
  • Minyak sayuran
  • Minyak zaitun
  • Minyak jagung
  • Minyak matahari

Vitamin E untuk siapa?


Semua orang perlukan vitamin E dalam badan. Secara khususnya:

  • Anda seorang Wanita
  • Anda seorang Lelaki
  • Anda yang ingin kelihatan muda
  • Anda yang mempunyai masalah jantung atau kolestrol
  • Anda yang sukar mengandung
  • Anda yang mengalami masalah dingin dalam hubungan kelamin

Hari ini saya akan kongsikan kelebihan vitamin E lengkap shaklee yang mana anda tidak perlu bimbang dari segi dos yang tersedia. InsyaAllah siapa yang mengamalkannya tahu khasiatnya.

Sebelum itu, saya kongsikan pandangan seorang pengguna terhadap vitamin E shaklee.

Alhamdulillah, sangat effektif dan tidak dipercayai. Saya seorang ahli  farmasi yang telah lama tidak mempercayai sebarang vitamin. Tergerak hati untuk membeli supplemen untuk membantu adik ipar. Mula mengambil Gla dan vitamin E. Seawal 2 minggu pengambilan telah nampak perubahan pada kulit muka saya. Sejak itu saya teruskan pengambilan produk ini.


Vitamin E Lengkap Shaklee (Vita-E Complex)


Vitamin E Shaklee, produk shaklee

Vitamin E shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. Ianya digabungkan dengan 8 jenis vitamin E dan adalah yang paling lengkap di pasaran.

Selain dimakan, vitamin E shaklee juga boleh dijadikan sebagai masker muka.  


Vitamin E Shaklee, produk shaklee



Vitamin E Shaklee, produk shaklee


Manfaat dan fungsi produk ini adalah untuk: 



  • Melindungi jantung, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid. Meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah dan  menghalang platlet darah melekat di dinding arteri.
  • Kajian mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reprodukdif. Para lelaki yang mengambil 600 IU sehingga 800 IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Membantu melambatkan penuaan, mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka serta dada dan otot paha.
  • Merupakan anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
  • Memperbaiki masalah katarak dan  masalah penglihatan.
  • Memperbaiki arthritis (sendi).
  • Menghalang keguguran.
  • Memperbaiki bengkak dan ulser kulit serta mengurangkan kesan parut.



Vitamin E Shaklee, produk shaklee


Testimoni

Di bawah merupakan di antara testimoni yang menggunakan produk ini.

Testimoni #1

Testimoni 1, produk shaklee, vitamin e

Testimoni #2

Testimoni #2, produk shaklee


Testimoni #3


Testimoni 3, produk shaklee, vitamin e




Testimoni #4


Testimoni 4, produk shaklee, vitamin e



Kesimpulan


Vitamin E merupakan salah satu nutrisi yang penting untuk badan kita selain daripada vitamin-vitamin yang lain. 

Anda boleh dapatkan vitamin E ini daripada mana-mana sumber yang telah saya nyatakan di atas. Namun, vitamin E shaklee ini telah direka khas untuk kesesuaian untuk seseorang individu itu.

Jom cuba vitamin E shaklee. InsyaAllah berkesan.

Boleh terus hubungi saya Huda: 011-18685991 untuk membeli vitamin E shaklee atau produk shaklee yang lain.


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Akibat Kekurangan Vitaman E Dalam Badan, produk shaklee
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Monday, May 26, 2014

Segmen Geng Blogwalkers

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Seronok juga menyertai segmen-segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Boleh kenal dengan blogger lain.

Hari ini saya ingin sertai lagi satu segmen yang dianjurkan oleh Nur Faezah Abdullah blogger orang urang Brunei.

Segmen Geng Blogwalkers




Sukar juga untuk di alih bahasakan " ind ku mengarti kurapak Brunei" ini. Tapi bila rujuk blog Hikayat Pening Pala baru faham sikit.

Jawapan dari saya : Saya tidak faham berbahasa Bruei. 

Semoga terus berjaya dalam blogging.

Anda berminat dengan produk shaklee dan ingin menjana pendapatan dengan shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Masalah Penyakit Sendi Rakyat Malaysia

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Cukup sedih dan bersimpati tatkala membaca kisah seorang pakcik yang mengidap penyakit sendi lebih daripada 5 tahun. Usianya lebih dari 45 tahun dari negeri Terengganu. 

Semua sendi jarinya mengeras dan membengkak serta rasa sakit. Beliau sudah merujuk dengan pihak hospital dan doktor berikan beliau ubat tahan sakit serta vitamin. Namun, masalahnya belum selesai.

Bacaan lanjut boleh dirujuk di sini >> Penyakit Radang Sendi

beza sendi yang sihat dan tidak sihat, produk shaklee
Radang sendi

Masalah Penyakit Sendi  Rakyat Malaysia


Menurut sebuah forum, nisbah 1 daripada 5 orang rakyat Malaysia mengidap penyakit sendi atau dalam bahasa saintifiknya arthiris. 

Berdasarkan kajian Yayasan Artritis Malaysia lebih daripada 135,000 pengidap sendi (Rheumatoid) di negara ini. 

Kebanyakkan pesakit sendi ini adalah dalam kalangan yang masih bekerja dan kesakitan semakin ketara pada usia persaraan.

Malahan, pesakit sendi yang sudah sekian lama menghadapi masalah ini memerlukan kos yang tinggi untuk mengubatinya.

produk shaklee,
Sendi-sendi manusia

Punca Penyakit Sendi


Kenapa ramai sangat rakyat Malaysia yang menghadapi masalah penyakit sendi? Antara punca berlakunya masalah sendi adalah:

  • Faktor keturunan
  • Faktor umur yang mengurangkan cecair sinovial di dalam sendi
  • Penyakit autoimun
  • Kecerdaan
  • Patah tulang
  • Sendi haus dan lusuh
  • Keabnormalan metabolik seperti gout
  • Jangkitan Bakteria dan virus

Jenis-jenis Penyakit Sendi  


Secara umumnya, masalah sendi yang sering berlaku terdiri daripada tiga jenis iaitu:


#1. Arthritis - Terdiri daripada 2 jenis iaitu:

Rheumatoid (RA) iaitu keradangan berlaku apabila bendalir sinuvia diserang oleh sel darah putih teraktif. Ini akan menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.

Osteoarthritis (OA) terjadi apabila berlakunya kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan tulang-tulang bersentuh antara satu sama lain.

#2. Seliuh ialah berlakunya kecederaan pada sekitar ligamen sesuatu sendi.

#3. Tendinitis iaitu keradangan, kegatalan dan bengkok pada tendon.

3 Cara Merawat Penyakit Sendi


Apabila ditimpa penyakit, banyakkan berdoa dan berusaha mencari penawarnya. Ini kerana Rasulullah SAW tidak menyuruh kita berputus asa.

Cuba baca terjemahan hadith di bawah ini.
"Berubatlah, kerana tiada satu penyakit yang diturunkan Allah, kecuali diturunkan pula ubat penawarnya, selain dari satu penyakit, iaitu mati" (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi daripada sahabat Nabi Usamah bin Syuraik).
Oleh itu, kita memang mesti berusaha dan jangan berhenti berdoa. Di bawah ini saya cadangkan 3 cara yang boleh anda usahakan untuk merawat penyakit sendi.

#1. Rawatan dari hospital


Sekarang ini sudah ramai pakar  ortopedik yang memang mahir tentang sendi. Malahan ada klinik atau pusat rawatan khas tentang ortopedik yang merawat sendi secara moden.

#2. Mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran


Anda boleh rujuk dengan pusat rawatan Al-Hidayah. Antara ayat-ayat al-Quran yang boleh diamalkan adalah:


* Surah Qaff ayat 16 hingga 45
* Surah Adz Dzariyat ayat 31 hingga 60
* Surah Shod ayat 34 hingga 61.
* Surah Al Ahqaaf ayat 21 hingga 28.

Pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali pada waktu malam dan surah kedua tiga kali pada waktu siang.

Amalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.

Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.

#3. Amalkan suplemen shaklee


Set sendi shaklee, produk shaklee
Nutrien untuk sendi yang sihat

Set Sendi Shaklee


Set ini terdiri daripada Advanced Joint Health Tablet (AJHT), OmegaGuard dan Ostematrix.

Set sendi shaklee, produk shaklee
Advance Joint Health Tablet



Di sini, saya kongsikan manfaat dan fungsi setiap produk.

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)  membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi. Ia turut diperkaya dengan vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam AJHT ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

OmegaGuard pula mengandungi asid lemak Omega 3. Pengambilan OmegaGuard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.

Ostematrix pula bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan Ostematrix mengandungi 1000 mg kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap.

Selain itu, ostematrix ini juga mengandungiv400 mg Magnesium bagi mengasimilisikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. Ia juda diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang.

Testimoni


Di bawah adalah di antara testimoni yang menggunakan set ini.

Testimoni #1


Testimoni 1, produk shaklee
Testimoni pengguna AJHT

Testimoni #2


Testimoni 2,Masalah penyakit sendi rakyat malaysia
Testimoni pengguna AJHT


Testimoni #3


Testimoni 3, produk shaklee, set sendi shaklee
Testimoni pengguna AJHT


Kesimpulan


Kepada semua pesakit radang sendi, jangan berputus asa dalam berikhtiar untuk merawat penyakit radang sendi. Jangan anggap penyakit radang sendi tidak dapat ditolong dan hanya berserah kepada takdir.

Insyallah, dengan izinNya kesakitan yang dideritaan bakal berakhir dengan syarat anda terus berdoa dan berusaha.

Anda berminat dengan produk shaklee dan ingin menjana pendapatan dengan shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991.

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Masalah penyakit sendi rakyat malaysia, produk shaklee, AJHT

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Friday, May 23, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Sedang asyik blogwalking, tiba-tiba terjumpa satu segmen giveaway yang dijoin oleh http://joey39.net/ .

Saya juga pernah ikut abah di kuala sungai untuk memancing ikan tetapi tidak lah pakar seperti blogpancingelih.

Masa bila rasa seronok memancing ini? Bagi saya, saat yang menyeronokkan adalah ketika ikan menangkap umpan yang terlekat pada mata kail dan pemancing berusaha menarik ikan itu.

Siapa sangka, seorang pemancing juga boleh jadi blogger. Biasanya pemancing tegar hanya suka duduk di tepi air seperti sungai, laut, parit dan sebagainya, namun kecanggihan teknologi sekarang ini, sambil memancing pun boleh kemas kini blog. (pendapat peribadi semata-mata)

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih



Klik Banner untuk menyertainya

Kelebihan menyertai segmen Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih:


  • Syarat penyertaan tidak sesusah mana. 
  • Hadiah yang ditawarkan menarik.
  • Dapat berkenalan dengan blogger lain
  • Dapat menambah trafik ke blog anda.
  • Banyak lagi


Jom sertai sekarang! Klik pada banner atau di sini >>


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda berminat dengan produk shaklee dan ingin menjana pendapatan dengan shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991.

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

5 Langkah Retire Rich Retire Young Oleh Azizi Ali

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Siapa yang tidak kenal Azizi Ali? Saya rasa ramai yang kenal dengan mentor Wang tanahair yang cukup hebat ini.

Saya merupakan salah seorang daripada ribuan peminat Azizi Ali yang tidak jemu membaca buku dan mendengar ceramah motivasi beliau.

5 Langkah Retire Rich Retire Young Oleh Azizi Ali


Hari ini saya sempat menonton video 9.47 minit beliau tentang Retire Rich Retire Young yang diberikan secara percuma.

Anda yang belum pernah menonton video 9.47 minit beliau boleh download di sini >> http://retirerich.guru/retirerichretireyoung/

Dalam video tersebut, beliau dengan senang hati berkongsi 5 Langkah Retire Rich Retire Young secara percuma kepada sesiapa sahaja.

5 Langkah Retire Rich Retire Young Oleh Azizi Ali


Sebelum saya jelaskan tentang 5 Langkah Retire Rich Retire Young Oleh Azizi Ali, baik anda fahami dahulu sedikit sebanyak tentang Retire Rich Retire Young.

Pengertian Retire Rich Retire Young


Apa maksud  Retire Rich Retire Young?

Menurut Aziz Ali, Retire Rich dan Retire Young bermaksud:
  1. anda mempunyai wang yang cukup untuk menyara kehidupan anda dan memenuhi semua impian anda.
  2. wang yang anda miliki cukup untuk menyara kehidupan anda sekeluarga termasuk pembelajaran, pelaburan dan bahkan pelancongan anda.
  3. anda mempunyai pilihan untuk melakukan apa sahaja, bila sahaja dan dengan siapa sahaja

Persoalannya, bolehkah anda mencapai Retire Rich Retire Young? Jawapannya boleh. Ia bukan hanya untuk insan yang terpilih. Tetapi anda perlu paham bahawa ia tidak boleh dicapai secara tiba-tiba atau accident.

Jika anda mahukan Retire Rich Retire Young, anda perlu berusaha dengan gigih, anda perlukan ilmu, anda perlukan disiplin dan anda perlukan tindakan.

Kelebihan Retire Rich Retire Young


Antara kelebihan Retire Rich Retire Young adalah 

  1. Anda mempunyai banyak pilihan seperti tempat kerja, masa kerja, tempat tinggal, jenis rumah, 
  2. Anda dapat menikmati kehidupan yang anda mahu seperti membeli barang yang berkualiti, 
  3. Kepuasan minda dan diri
  4. Dapat menolong keluarga, kawan, orang yang susah
  5. Masa untuk beribadat yang banyak, melancong dan sebarang aktiviti yang anda ingini
  6. Hidup lebih adil 
  7. Tinggal dalam kejiranan yang selamat
  8. Kurang masalah dari segi kos
  9. Jadi manusia contoh atau inspirasi
  10. Hidup lebih bahagia

5 Langkah Retire Rich Retire Young Oleh Azizi Ali


#1. Dapatkan ilmu


Tanpa ilmu, wang akan hilang. Kalau ada ilmu wang boleh ditambah. Contohnya ilmu kewangan dan ilmu pelaburan. Orang yang ada ilmu dapat membezakan pelaburan yang baik dan yang buruk.

#2. Simpan wang


Anda perlu menyimpan wang  anda sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan yang anda perolehi. Jumlah simpanan yang lebih banyak adalah lebih baik. Mungkin 15% atau 20%. Ini di panggil pay yourself first.

#3. Laburkan wang


Simpanan anda yang ada belum mencukupi sebenarnya. Ini kerana inflasi boleh membaham wang anda jika tidak dilaburkan.

Oleh itu anda perlu melaburkan wang anda ke beberapa bahagian seperti unit amanah, hartanah, saham dan emas. Ini hanyalah 4 contoh sahaja, mungkin ada yang lain lagi.

#4. Tambah aliran wang masuk.


Kebanyakkan daripada kita mempunyai satu sahaja sumber kewangan iaitu gaji penjawat awam sebagai contoh. Untuk mencapai Retire Rich Retire Young, anda perlu menambah aliran masuk wang ke dalam dunia anda.

Anda boleh menjadi tuan rumah yang memberi sewa, penulis buku, penceramah, agen shaklee ataupun memulakan bisnes internet seperti menjadi agen affiliates atau menjual ebook.

#5. Ulang


Anda perlu ulang langkah #1 hinga #4. Perbetulkan, perbaiki dan ulang sehingga anda berjaya. 

Kesimpulan


Saya yakin semua ingin berjaya khususnya dalam aspek kewangan. Namun, mungkin cara untuk berjaya masih belum berjumpa. 

Saya teringat pesan guru saya untuk menjadi orang berjaya, kita perlu belajar dari orang yang berjaya. Semoga kita semua berjaya.

Anda berminat dengan produk shaklee dan ingin menjana pendapatan dengan shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi