HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, September 29, 2014

Cara Mudah Buat Acar Buah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bercakap mengenai makanan , kita memang kena hati-hati dalam memilih kedai makan. Bimbang kalau-kalau ada kedai yang tidak menjaga kebersihan. Silap-silap kita kena cirit-birit.


Saya memang suka memilih kedai makan yang tukang masaknya orang lama seperti makcik-makcik kerana kebanyakkan kedai makan yang telah saya pergi, masakan mereka dari hati dan memang sedap.


Walaupun nampak simple tapi rasanya memang asli. Mereka tidak menggunakan perasa-perasa seperti ajinamoto dan sebagainya.Semuanya asli belaka.


Oleh kerana sekarang ini kita sukar untuk menentukan apakah kandungan makanan yang disediakan di luar, saya sarankan kepada anda mengambil mengambil performance drink untuk mengelakkan badan anda kekurangan air dan set imunisasi shaklee.


Baru-baru ini, ada seorang makcik bagi saya acar buah. Rasanya sangat sedap. Selepas itu, saya rasa teringin nak makan lagi.


Jadi, saya cuba buat ikut resepi Chef Hanieliza. Kalau anda ingin cuba buat acar buah seperti saya, jom saya tunjukkan caranya. Memang sedap!

Cara Mudah Buat Acar Buah


Bahan-bahan:



  • 500 gm buah-buahan campur (kismis hitam atau kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma dan lobak asin..potong kecil)  atau jeruk buah



  • Sedikit cili api jeruk (jika suka)



  • Belimbing kering (belimbing buluh yang telah dijerukkan dan di jemur sampai kecut)



  • Jeruk limau


Cara Mudah Buat Acar Buah
Buah-buah jeruk

Bahan Mesin Halus :



  • 500 gm bawang kecil



  • 10 ulas bawang putih



  • 10 cm halia



  • 100 gm cili kering



  • 3 sudu besar rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]



  • 500 gm minyak



  • 500 gm gula pasir



  • 1 botol kecil cuka



  • 1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]



  • Sedikit garam jika suka


Cara-cara membuatnya: 


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi dan garing dan naik minyak.


Cara Mudah Buat Acar Buah
Bahan tumis sudah mula mendidih

2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.

3. Masukkan semua buah campur dan cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.

Cara Mudah Buat Acar Buah
Masukkan semua bahan-bahan 


4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.

5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan.


Cara Mudah Buat Acar Buah
Bijan ditabur


Alhambulillah, sudah siap. Ia sedap dimakan bersama nasi panas. Kalau kita buat sendiri boleh makan banyak dan boleh hantar dekat kampung sekali. Selamat mencuba!



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com





Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Set Lengkap Penjagaan Wajah Nutriwhite

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Penjagaan wajah amat penting untuk kesihatan kita. Saya yakin dan percaya bahawa setiap wanita amat mengutamakan penjagaan wajah. Lelaki pun tidak kurang juga. Ini kerana, wajah kita termasuk dalam penampilan diri yang mampu meningkat keyakinan diri kita.

Sebab itu, kalau anda tengok di pasaran sana, memang banyak produk kecantikan wajah yang dijual. Namun begitu, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk penjagaan kulit atau wajah. Ini kerana terdapat produk yang memberi kesan tidak baik Contohnya produk ini.

Oleh itu, saya cadangkan anda mengambil produk penjagaan wajah yang lengkap daripada alam semulajadi. ini. InsyaAllah, produk ini halal dan selamat untuk kulit kerana menggunakan sumber semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia seperti paraben

Set Lengkap Penjagaan Wajah Nutriwhite


Set ini terdiri daripada 7 produk iaitu:
  • Nutriwhite action makeup remover.
  • Nutriwhite gentle deep foaming cleanser.
  • Nutriwhite soothing radiance whitening softner.
  • Nutriwhite daily defence whitening essence.
  • Nutriwhite spot whitening treatment.
  • Nutriwhite daytime whitening lotion.
  • Nutriwhite overnight renewal whitening cream. 

Set Lengkap Penjagaan Wajah Nutriwhite
Set Lengkap Penjagaan Wajah Nutriwhite

Set nutriwhite ini bertindak dengan melindungi kulit daripada sinaran UV dan sinaran cahaya yang berbahaya. Ianya juga membantu dalam mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit wajah yang menyebabkan terbentuknya tompok hitam. Seterusnya membantu mencerahkan kulit wajah secara keseluruhannya. Sel-sel kulit mati akan dikeluarkan dengan cepat dengan memperbaharui sel kulit yang hilang.
Set Lengkap Penjagaan Wajah Nutriwhite
Sistem Nutriwhite Bertindak Dengan 5 Cara.



Berikut merupakan langkah mudah dalam menggunakan produk  ini.

Set Lengkap Penjagaan Wajah Nutriwhite
Panduan Penggunaan Set Nutriwhhite

Set Lengkap Penjagaan Wajah Nutriwhite
Fungsi Setiap Produk

Kesimpulan.



Amat penting untuk kita memilih produk yang selamat untuk kegunaan seharian kita. Ini kerana ia dapat memberi kesan jangka masa panjang untuk kesihatan kita. Marilah kita bertukar kepada produk daripada sumber nutrien semulajadi.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Thursday, September 25, 2014

Cara Mudah Buat Puding Buah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Masa cuaca panas, sedap juga kalau kita makan puding buah ni. Resepi ini saya ambil dari blog Sweet Vanilla, resepi yang mudah untuk kita ikut. Kalau di pantai timur, ada yang panggil puding diraja. Yang bezanya hanyalah puding ini ditambah dengan kuih jala emas.

Jom kita cuba resepi puding kegemaran kami sekeluarga. Jangan lepaskan peluang tawaran berganda September tau!

Cara Mudah Buat Puding Buah


Bahan-bahan membuat Puding Kastard:


140gm tepung kastard @ 1 cwn



1/2 sudu kecil garam halus



1200ml air



2 sudu besar gula/susu pekat manis



Cara-cara  membuatnya:


1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Kacau hingga semuanya sebati dan larut. Kemudian masak di atas api sederhana.




2. Kacau sehingga ia pekat dan berkilat . Tutup api dan tuangkan ke dalam acuan ketika ia masih panas.



3. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk.


Bahan2 membuat Sos Kastard


400ml susu sejat



200ml air

200ml sirap buah (air buah dalam tin)

200gm gula


1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanilla


2 sudu besar tepung kastard

1 tin buah-buahan campuran asingkan sirapnya.

Cara-cara membuat sos kastard:


1. Satukan semua bahan-bahan di atas (kecuali buah-buahan campuran). Kacau hingga gula larut dan sebati.



2. Masakkan di atas api sederhana.kacau hingga ia menjadi pekat.



3. Bila dah likat macam ni, tutup api dan sejukkan pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam peti sejuk

4. Potong puding kastard, tambah buah-buah campuran dan masukkan sos kastard.

5. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba :)




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Tuesday, September 23, 2014

Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kolagen memang sangat digemari oleh kaum wanita. Ada yang sanggup berhabisan duit untuk mendapatkan rawatan kolagen ini. Jom kita tengok apakah kolagen dan kepentingannya.

Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu



Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
 Shaklee Collagen Powder bertindak dengan 3 cara 

Apakah kolagen?


Kolagen  merupakan protein dalam badan manusia dan haiwan.Ia merangkumi 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan.Kolagen memberi struktur tisu kulit menjadikan kulit sihat, gebu, cantik , kelembapan seimbang dan anjal.Selain itu kolagen penting dalam struktur tendon, rawan dan tulang.
Dengan kata lain, kolagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita.


Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
Kandungan Shaklee Collagen Powder

Adakah badan kita menghasilkan kolagen?


Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
Sumber Shaklee Collagen Powder

Badan kita menghasilkan kolagen secara semulajadi.Apabila usia kita mencecah 26 tahun ke atas,penghasilan kolagen mula berkurangan sehingga 5% setiap tahun. Kolagen dalam badan mudah dimusnahkan oleh banyak faktor seperti tindakan radikal bebas, keracunan dalam sistem badan ekoran amalan pemakanan yang tidak baik, stress dan kesan pencemaran kosmetik, wangian, aksesori dan pencemaran persekitaran.

Dengan penghasilan kolagen yang berkurangan ditambah lagi dengan kemusnahannya, kita semestinya memerlukan kolagen tambahan untuk menampung keperluan kolagen harian badan .
Apabila usia kita mencecah 40 tahun, hampir separuh kolagen hilang dari tubuh kita. Akibatnya kulit kelihatan mula berkedut, hilang kelembapan,nampak kusam, jeragat mula kelihatan, hilang
keanjalan dan sebagainya.

Selain daripada kulit, kekurangan kolagen juga ditunjukkan dengan keadaan kehilangan keanjalan pada payudara, bahagian punggung dan bahagian abdomen atau perut kelihatan mengendur ke bawah.

Kesan kekurangan kolagen


Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.

Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.

Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.

Khasiat kolagen


Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita.

Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.


  • Kesihatan kulit


Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.

Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya.

Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit.

Dengan penjanaan semula kolagen dalam badan, ia menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.

Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.

Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
Terbukti Collagen Shaklee memperbaiki tekstur kulit

  • Kuku dan rambut


Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.

Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.


  • Pengurusan berat badan


Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot.Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik.


  • Sendi dan tulang


Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis.

Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis.

Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.

Shaklee Collagen powder


Shaklee Collagen powder diekstrak dari tujuh ramuan utama iaitu camellia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, lactobacillus acidophilus, pfaffia, vitamin B serta vitamin C. Hasil gabungan ini akan mempertingkatkan keberkesanan kolagen dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luar.


Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
Shaklee Collagen Powder

Manfaat produk ini:

  • Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan akibat geseran sendi.
  • Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya anjal.
  • Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen.

Kesimpulan


Kolagen sangat penting buat tubuh kita. Ianya bukan hanya penting buat golongan wanita malahan juga buat kaum lelaki.




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Set Menyusu Shaklee Pilihan Ibu Masa Kini, penyusuan susu ibu, set menyusu shaklee, produk shaklee
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com




Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Monday, September 22, 2014

Masalah Pedih Hulu Hati Dan Ketidakhadaman

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Seperti biasa, sebelum ke tempat kerja saya minum segelas besar ESP yang dicampur dengan jus oren atau jus epal. Alhamdulillah, dengan izin Allah perut saya rasa lebih kenyang dan boleh tahan lama kalau terlewat makan. Kalau anda ingin tahu, sebenarnya banyak lagi khasiat ESP yang Allah anugerahkan kepadanya. Cuba baca entri ini.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perkara asas bagi tubuh yang sihat.  Cara penghadaman dan pemakanan kita amat penting sekali. Jika sistem ini bermasalah, ia boleh menyebabkan pedih hulu hati.

Pernahkah anda mendengar tentang masalah pedih hulu hati atau hearburn? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perkataan yang paling mudah untuk saya gambarkan kepada anda yang belum pernah mengalami pedih hulu hati.

Masalah Pedih Hulu Hati Dan Ketidakhadaman


Masalah Pedih Hulu Hati & Ketidakhadaman
Pedih hulu hati


Pedih hulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung.

Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.

Ketidakhadaman pula merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan. Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:

  • Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut.
  • Sendawa.
  • Rasa loya dan tiada selera makan.
  • Rasa kembung atau penuh di bahagian perut.

Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.

Masalah Pedih Hulu Hati & Ketidakhadaman
Punca berlakunya pedih hulu hati

Perkara yang perlu anda elakkan


  • Mengambil makanan yang boleh mencetuskan gejala pedih ulu hati seperti makanan berlemak, pedas, berempah atau berasid termasuk tomato, buah-buahan sitrus, pudina, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat.
  • Merokok. Sesetengah kajian mendapati nikotin akan membuatkan otot pencerut esofagus berehat lama dan menjejaskan kebolehan air liur untuk membersihkan asid gastrik dalam esofagus.
  • Minum minuman beralkohol. 
  • Memakai pakaian yang terlalu ketat terutama di bahagian pinggang.

Perkara yang disarankan

  • Kekalkan berat badan ideal. Lemak yang terkumpul pada perut akan meningkatkan tekanan dalam abdomen dan ia boleh menolak asid gastrik memasuki esofagus.
  • Makan dalam kuantiti kecil. Makan terlalu banyak akan membuatkan perut anda boleh memberi lebih tekanan pada otot bawah esofagus.
  • Tinggikan bahagian kepala katil. Meninggikan kedudukan kepala. Ini adalah antara cara memastikan asid gastrik sentiasa berada dalam perut. 
  • Duduk selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda baring. Tarikan graviti akan membantu mencegah aliran songsang asid gastrik. Berbaring selepas makan hanya akan memudahkan kemasukan asid gastrik ke dalam esofagus.

Set Kesihatan Penghadaman


Set ini terdiri daripada Alfalfa, ESP, Herba-Lax dan Peppermint-Ginger. Set ini membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman, melegakan sembelit dan menyah toksin dari badan.

Set Kesihatan Penghadaman Shaklee
Set Kesihatan Penghadaman Shaklee

Alfalfa 

Fungsi dan manfaat produk  ini adalah:

  • Berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dari badan, mencantikkan kulit dan otot.
  • Penggunaan jangka panjang produk ini dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol, mengurangkan kolestrol. 
  • Ia juga    mengandungi saponin – span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Alfalfa dapat melegakan keletihan badan kita.
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit, hepatitis dan hyperacidity.
  • Sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin, seterusnya menjadikan badan terasa lebih ringan. 

ESP

Fungsi dan manfaat produk  ini adalah:

  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain lagi. Pengambilan yang kerap membantu untuk awet muda.
  • Baik untuk hormon - kacang soya satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Selain itu, ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Sebagai sumber pembekal tenaga dan meningkatkan sistem imun.
  • Membaiki masalah pigmentasi.
  • Membantu dalam membaiki memori.

Herba-Lax


Fungsi dan manfaat produk  ini adalah:

  • Membersihkan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk  mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan ini secara langsung dapat membantu dalam masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.

Peppermint-Ginger

Fungsi dan manfaat produk  ini adalah:

  • Melegakan otot perut. Membantu dalam penghadaman. Membantu melegakan kesakitan akibat gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.
  • Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid,loya dan mual ketika mengandung.
  • Membantu melegakan sakit perut dan gejala flu.
  • Membantu mengatasi masalah alergi di saluran usus.
  • Merangsang jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit biasa dan memberi tenaga pada badan.

Kesimpulan

Menghadapi masalah pedih hulu hati dan ketidakhadaman memang menyukarkan. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada aktiviti seharian kita. Berusahalah, mungkin badan anda serasi dengan set ini. Selamat mencuba...




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Set Menyusu Shaklee Pilihan Ibu Masa Kini, penyusuan susu ibu, set menyusu shaklee, produk shaklee
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Giveaway 2014 Mialiana.com

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hari ini saya tidak ada idea ingin tulis apa sebab banyak kerja yang ingin dibuat. Jadi saya join satu giveaway yang memang besar iaitu Giveaway 2014 Mialiana.com.

Giveaway 2014 Mialiana.com


Kalah atau menang belakang kira. Kalau masuk memang tidak rugi apa sebab bukan kena bayar pun. Jomlah ikut kami menyertai giveaway ini.



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Friday, September 19, 2014

Amir Meludah Album Hip hop melayu

Nah.
Album hip hop melayu.

Judul - Amir Meludah. Ada 10 lagu semuanya.

Liriknya susah nak faham macam A.Samad Said.

Semua bahasa melayu, ada campur sedikit Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain, tidak tahu bahasa apa.

Tapi, layan sahaja.....
Saya dapat album ini daripada kawan saya Dhani Ahmad dengan  Harga RM10.

Nak cerita panjang tunggu entry lain sebab sekarang saya dalam perjalanan. 

Nak dengar promo korang search Google - banyak dia upload dalam sound cloud. Tidak pun cari dalam YouTube bersepah orang upload.

Kalau nak beli buat Koleksi, contact no. Telefon dalam flyers.

Chow...

Hidup ini bukan realiti. Lihat dengan mata Hati - bahawa fananya dunia ini.

Yang miskin lagi hina.

- Batu Melintang, Jeli Kelantan.
Amir Meludah Album Hip hop melayu
Amir Meludah Album Hip hop melayu

Amir Meludah Album Hip hop melayu
Lirik lagu Amir Meludah Album Hip hop melayu
Amir Meludah Album Hip hop melayu
Cover Album Amir Meludah Album Hip hop melayu
Read more ...

Sunday, September 14, 2014

10 Terbaik Di Syukurnya Sihat Ogos 2014

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Alhamdulillah, setelah lebih kurang lapan bulan membangunkan blog www.syukurnyasihat.com ini, ranking alexa semakin meningkat. Walaupun tidak sehebat mana tetapi sudah capai 660+++. Semoga blog ini terus maju.



Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke sini. Tanpa anda siapalah kami. Di bawah ini adalah kemaskini 10 Terbaik Di Syukurnya Sihat Ogos 2014.

10 Terbaik Di Syukurnya Sihat Ogos 2014



10 Keyword Terbaik Di Syukurnya Sihat Ogos 2014


  1. contact
  2. syukurnyasihat
  3. kekejaman israel
  4. buat sendiri rempah serbuk mandy
  5. speedial
  6. surah al kahfi ayat 1-10
  7. solusi wanita tinggi hormon estrogen
  8. amal ibadah selepas ramadhan
  9. penapis air shaklee
  10. tanda-tanda mendapat penyakit e-bola


10 Referal Terbaik Di Syukurnya Sihat Ogos 2014



  1. www.saljuhumairah.com
  2. notamengajarbelajar.blogspot.com
  3. pondokkecil.com
  4. www.puterikasih.com
  5. denaihati.com
  6. kakitravelkhairuddin.blogspot.com
  7. realiticikpin.blogspot.com
  8. buatwanita.blogspot.com
  9. coretanhatikathy.blogspot.com
  10. senangduitblog.blogspot.com


10 Komentator Terbanyak Di Syukurnya Sihat Ogos 2014



  1. Hafizul 
  2. Kathy R'bain 
  3. Muhammad Khairuddin Lim 
  4. teh ramuan 
  5. Pha Is 
  6. puteri kasih 
  7. Puteri Wanita 
  8. Cikna 
  9. titan 
  10. suri 



10 Tajuk Terbaik Di Syukurnya Sihat Ogos 2014


  1. Tanda-Tanda Mereka Yang Dijangkiti Virus Ebola (EVD)
  2. Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam 
  3. Kalau Penyanyi Rap AS Menentang Kekejaman Israel, Kita Bagaimana?
  4. Cara Mudah Buat Spaghetti 
  5. Promosi Bulan Ogos 2014
  6. Kita Milik Tuhan
  7. Statistik Wabak Ebola dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
  8. Ujian Untuk Ibu Yang Menyusu
  9. Bagaimana Wabak Virus Ebol (EVD) Merebak
  10. Jangan Beli Penapis Air Shaklee Sebelum Baca!



                  Diharap anda semua sudi bertandang ke sini lagi. Jika ada sebarang komen yang membina amat-amat dialu-alukan.


                  Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
                  Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 

                   Hubungi Huda untuk: 

                  FREE CONSULTATION
                  and
                  BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

                  Top Komentator Blog Syukurnya Sihat Jun 2014
                  Independent Distributor

                  HUDA [SID:1093239]
                  HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
                  Emel:nh_5656@yahoo.com





                  Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. 
                  Read more ...

                  Followers

                  My Blog List

                  Jom Like

                  Powered By Blogger
                  Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi