HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, September 29, 2014

Cara Mudah Buat Acar Buah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bercakap mengenai makanan , kita memang kena hati-hati dalam memilih kedai makan. Bimbang kalau-kalau ada kedai yang tidak menjaga kebersihan. Silap-silap kita kena cirit-birit.


Saya memang suka memilih kedai makan yang tukang masaknya orang lama seperti makcik-makcik kerana kebanyakkan kedai makan yang telah saya pergi, masakan mereka dari hati dan memang sedap.


Walaupun nampak simple tapi rasanya memang asli. Mereka tidak menggunakan perasa-perasa seperti ajinamoto dan sebagainya.Semuanya asli belaka.


Oleh kerana sekarang ini kita sukar untuk menentukan apakah kandungan makanan yang disediakan di luar, saya sarankan kepada anda mengambil mengambil performance drink untuk mengelakkan badan anda kekurangan air dan set imunisasi shaklee.


Baru-baru ini, ada seorang makcik bagi saya acar buah. Rasanya sangat sedap. Selepas itu, saya rasa teringin nak makan lagi.


Jadi, saya cuba buat ikut resepi Chef Hanieliza. Kalau anda ingin cuba buat acar buah seperti saya, jom saya tunjukkan caranya. Memang sedap!

Cara Mudah Buat Acar Buah


Bahan-bahan:



  • 500 gm buah-buahan campur (kismis hitam atau kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma dan lobak asin..potong kecil)  atau jeruk buah



  • Sedikit cili api jeruk (jika suka)



  • Belimbing kering (belimbing buluh yang telah dijerukkan dan di jemur sampai kecut)



  • Jeruk limau


Cara Mudah Buat Acar Buah
Buah-buah jeruk

Bahan Mesin Halus :



  • 500 gm bawang kecil



  • 10 ulas bawang putih



  • 10 cm halia



  • 100 gm cili kering



  • 3 sudu besar rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]



  • 500 gm minyak



  • 500 gm gula pasir



  • 1 botol kecil cuka



  • 1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]



  • Sedikit garam jika suka


Cara-cara membuatnya: 


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi dan garing dan naik minyak.


Cara Mudah Buat Acar Buah
Bahan tumis sudah mula mendidih

2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.

3. Masukkan semua buah campur dan cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.

Cara Mudah Buat Acar Buah
Masukkan semua bahan-bahan 


4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.

5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan.


Cara Mudah Buat Acar Buah
Bijan ditabur


Alhambulillah, sudah siap. Ia sedap dimakan bersama nasi panas. Kalau kita buat sendiri boleh makan banyak dan boleh hantar dekat kampung sekali. Selamat mencuba!



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com





Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

19 comments:

  1. Time makan kat kenduri kahwin suka cari acar buah..

    ReplyDelete
  2. Hahahaha...wah-wah...ada lebih tak?bak sini sikit..macam sedap aje..haha

    ReplyDelete
  3. sedapnya ... terliur. memang feveret ni ;)

    ReplyDelete
  4. nak share resepi ni yer :)

    http://ohresepiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sedap ni, makan gitu pun dh ok.....;-)

    ReplyDelete
  6. wah,,thanks for share, buat acar buah sendiri pastinya lebih sihat ya....

    ReplyDelete
  7. kalau pergi mana-mana tempat, memang nak acar buah ni..

    ReplyDelete
  8. saya jual acar buah
    jika berminat boleh wasap 01126415116
    tempahan untuk majlis kenduri

    ReplyDelete
  9. saya jual acar buah
    untuk tempaahn kenduri atau nak makan
    boleh wasap 01126415116

    ReplyDelete
  10. saya jual acar buah
    untuk tempahan kenduri atau nak makan
    boleh wasap 01126415116

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... resepi simple tp rasa sangat marvelous... sedap betul... terima kasih sudi share resepi super marvelous ni... 👍👍

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi