HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991
Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Pening kepala? Macammana ni?


Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh semangat untuk melakukan amal ibadah.

Meskipun kita baru berpuasa, jualan Performance Drink di beberapa stokis  besar shaklee telah habis terjual.

Suasana Di Stokis
Saya sedang menunggu giliran untuk membeli pesanan pelanggan di Stokis Shaklee Pulau Pinang

Kenapa jualan produk ini begitu laris dalam bulan Ramadhan ini?

Ya, produk ini, memang berkesan. Antara kelebihannya adalah mampu maksimumkan tenaga walaupun berpuasa dan ia sesuai diminum dalam cuaca yang panas.

InsyaAllah berkesan. Sudah ramai yang sudah berjaya. Saya dan suami juga telah mencubanya. Anda bila lagi?

Berbalik kepada tajuk artikel ini, apabila menjelang bulan Ramadhan ramai yang bertanya bolehkah makan suplemen ketika berpuasa? Jom baca jawapan saya dibawah ini.

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa


Saya jawab memang tidak boleh makan shaklee kalau berpuasa. 

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?

Kalau makan produk shaklee ketika berpuasa nanti batal puasa. Memang kena ganti pula. Kalau sengaja, memang boleh dosa jawabnya.

He..he..Maafkan saya. Saya cuma bergurau sahaja.  Kalau ingin makan shaklee dalam bulan puasa, boleh sahaja tetapi makanlah di waktu malam dan anda boleh ikut jadual di bawah ini.


Bersahur
Meal Shake Protein
Membekal tenaga pada tubuh dan memberi kekenyangan yang panjang
Soy Energizing Protein
Memberi anda tenaga yang diperlukan dan kenyang
Performance Drink
Mengekalkan air dalam badan dan mencegah pedehidratan (prevent dehydration)
Vita-lea
Menentukan dan mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap
Vitamin C
Bertindak sebagai pelindung daripada penyakit
B-Complex
Menukarkan tenaga dan membantu proses metabolisma badan


Berbuka
Performance Drink
Mengantikan air yang hilang, memberi tenaga karbohidrat yang diperlukan oleh badan.
Fiber Plan Daily Mix
Membuatkan anda rasa kenyang
Soy Energizing Protein
Memberi anda tenaga yang diperlukan dan kenyang
Vita-lea
Mengantikan vitamin yang kurang dalam badan
B-Complex
Membakar makanan kepada tenaga
Vitamin C
Melindungi anda daripada serangan penyakit
Lecithin
Membantu memecahkan lemak dan proses penyerapan vitamin
Omega Guard
Membantu menurunkan paras kolestrol.
Selepas Terawih
Performance Drink
Mengantikan air yang hilang, memberi tenaga karbohidrat yang diperlukan oleh badan
Soy Energizing Protein
Memberi anda tenaga yang diperlukan dan kenyang
GLA
Membantu sistem hormon badan supaya berfungsi dengan baik
Lecithin
Membantu memecahkan lemak dan proses penyerapan vitamin
Zink
Mempertingkatkan sistem imun.
Ostematrix
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, tulang, gigi dan sistem saraf.
Vitamin E
Bagus untuk kulit serta mengandungi anti-oksida yang kuat.

Cadangan pengambilan supplemen Shaklee.

Kesimpulan


Pengambilan produk shaklee dalam bulan Ramadhan perlu diteruskan, tetapi perlu mengikut jadual di  atas. Bukannya makan pada waktu siang hari berpuasa.

Semoga jadual di atas dapat membantu anda dalam pengambilan suplemen shaklee sepanjang hari berpuasa di bulan Ramadhan.

Sila tekan butang share di bawah untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com
Read more ...

Monday, June 30, 2014

Cara Pantas Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Bulan Ramadhan yang dirindui sudah pun muncul kembali. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan-rakan blogger dan seluruh umat Islam.

Seperti yang kita sedia maklum, bulan ini adalah bulan amali bagi umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.

Setelah 11 bulan sebelum Bulan Ramadhan kita menuntut ilmu tentang ibadah, maka bulan Ramadhan adalah bulan untuk mengamalkan ilmu-ilmu tersebut seperti bersedekah, berzakat, berzikir, solat sunat, dan sebagainya.

Oleh itu, setiap kali menjelang Ramadhan, saya cuba aplikasikan salah satu amalan yang diajarkan oleh orang berilmu iaitu berdoa dan berazam untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali di dalam bulan Ramadhan.
Sekiranya kita berdoa dan yakin bahawa anda boleh khatam Al-Quran dalam tempoh sebulan, insyaAllah boleh berjaya.

Alhamdulillah syukur kerana tahun-tahun sebelum ini, Allah SWT kabulkan doa saya untuk khatam Al-Quran dalam Bulan Ramadhan.

Tahun ini juga saya memohon kepada Allah SWT agar diizinkan untuk menamatkan 30 juzuk Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Rakan-rakan sekalian tolong doakan saya ya...

Entri kali ini saya ingin berkongsi Cara Pantas Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Cara Pantas Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan


Saya yakin, ramai lagi yang mampu khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan bukan sahaja sekali, malah ada yang dua kali atau lebih.

Di sini saya tunjukkan 3 cara bagaimana untuk anda khatam Al-Quran 1, 2 dan 3 kali dalam bulan Ramadhan.


Cara khatam Al-Quran 1 kali


Jika anda berazam untuk khatam Al-Quran sebanyak sekali dalam bulan Ramadhan, anda boleh membaca Al-Quran setiap kali waktu solat sama ada selepas atau sebelum solat fardu.

Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat subuh
Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat zohor
Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat asar
Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat maghrib
Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat isyak

Cara khatam Al-Quran 2 kali


Jika anda berazam untuk khatam Al-Quran sebanyak 2 kali dalam bulan Ramadhan, anda boleh membaca Al-Quran setiap kali waktu solat sama ada selepas atau sebelum solat fardu.

Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat subuh
Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat zohor
Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat asar
Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat maghrib
Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat isyak

Cara khatam Al-Quran 3 kali


Jika anda berazam untuk khatam Al-Quran sebanyak 3 kali dalam bulan Ramadhan, anda boleh membaca Al-Quran setiap kali waktu solat sama ada selepas atau sebelum solat fardu.

Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat subuh
Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat zohor
Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat asar
Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat maghrib
Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat isyak

Anda boleh memilih cara ini untuk khatamkan Al-Quran tetapi jangan terlalu terkejar-kejar kerana kualiti membaca Al-Quran adalah lebih diutamakan berbanding kuantiti membaca Al-Quran.

Biar baca perlahan tapi betul berbanding membaca banyak tetapi salah. Biar membaca salah daripada tidak membaca langsung. Orang yang membaca salah tidak bersalah kalau dia sedang belajar.

Jika anda ada cara lain boleh kongsikan dalam ruang komen di bawah ini.

Kesimpulan


Pada saya, disiplin dalam mencari masa untuk membaca Al-Quran adalah penting kerana jika kita hanya menunggu masa terluang untuk membaca Al-Quran memang sukar untuk diperolehi.

Moga-moga dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan, dapatlah kita mengurangkan masa melakukan perkara-perkara yang melalaikan.


 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Cara Pantas Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Saturday, June 28, 2014

Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan


Saya doakan anda semua sihat wal-afiat dan ceria dalam menghadapi Ramadhan yang sudah hampir muncul.

Sudah berapa kali anda berpuasa di Bulan Ramadhan? Soalan ini perlu dijawab sendiri dalam hati atau memaklumkan kepada rakan anda.

Adakah setiap kali berpuasa, perkara sama sahaja yang kita lakukan? Soalan ini juga perlu dijawab sendiri. Kalau ingin maklumkan kepada orang tersayang.

Saya teringat dengan satu kata-kata:

Seorang yang dikatakan berjaya apabila dia mampu menjadi lebih baik dan lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.
Oleh itu, jom kita sama-sama muhasabah diri sendiri dan jadikan bulan Ramadhan ini sebagai titik permulaan untuk  menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Cukupkah sekadar mengambil tahu Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 2014 tanpa mengambil perhatian perkara yang sepatutnya kita lakukan atau sepatutnya kita tinggalkan.

Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan


Sebagai persiapan menjelang Ramadhan yang akan bakal tiba esok hari, saya ingin berkongsi 21 Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan yang patut kita ambil perhatian.

Bil
Do’s
Don’ts
1
Hadirkan niat ikhlas kerana Allah
Berpuasa kerana terpaksa
2
Melambatkan sahur
Meninggalkan sahur
3
Memperbanyakkan berzikir dan beristighfar
Banyakkan berbual-bual kosong dan berdusta
4
Menyegerakan solat dan lakukan secara berjemaah
Melengah-lengahkan solat sehingga ada kalanya meninggalkan solat
5
Kurang bercakap atau banyak diam
Mengeluarkan kata-kata yang mempunyai unsur-unsur fitnah dan umpatan
6
Berakhlak mulia
Kurang bersabar atau mudah marah
7
Tadarus Al-Qurtan dan tadabbur maknanya
Malas membaca Al-Quran
8
Itqan atau tekun belajar/bekerja
Malas membuat atau menambah amalan sunat 
9
Rajin bersedekah
Kedekut
10
Setiap kerja adalah ibadah
Banyak tidur sepanjang masa
11
Niat memberi atau menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa terutama kepada orang miskin dan susah
Tidak berusaha menjaga hubungan baik sesama manusia malah sehingga memutuskan silaturrahim
12
Besederhana menyediakan dan membeli juadah berbuka puasa
Berlebihan dalam menyediakan juadah berbuka puasa sehingga membazir
13
Menyegerakan berbuka
Melambat-lambatkan berbuka puasa
14
 Berbuka dengan tamar dan air terlebih dahulu
Makan banyak ketika berbuka sehingga menyebabkan malas beribadah
15
Solat terawih dan witir
Menonton televisyen atau melakukan aktiviti malam yang tidak berfaedah atau melalaikan
16
Menjaga pandangan dan pendengaran
Langsung tidak menjaga pandangan dan sering memandang yang bukan mahram
17
Tidur awal dan berniat untuk bangun awal malam
Menghabiskan malam dengan perkara yang melalaikan sehingga tidur lewat.
18
Menghidupkan 10 malam Ramadhan dengan pelbagai agenda ibadah
Sibuk membuat persiapan Syawal sehingga kurang beriktikaf dan solat malam
19
Menghadiri majlis ilmu  atau membaca buku ilmiah
Banyak berhibur
20
Manfaatkan waktu haid dan nifas (bagi wanita)
Meninggalkan amalan ibadah lain walaupun tidak diwajibkan solat dan puasa (bagi wanita)
21
Rancang perbelanjaan sempena hari raya
Boros membuat persiapan menyambut hari raya













































Kesimpulan


Senarai 21 Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan yang disenaraikan adalah perkara biasa yang kita sering lakukan. Namun, mungkin ada kalanya kita terlepas pandang.

Sebab itu, tidak hairan kalau di pondok-pondok atau pusat pengajian Islam di adakan program yang lengkap sepanjang Ramadhan sejak pagi sampai ke malam.

Ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan ini dan masa yang berjalan tidak diisi dengan perkara yang sia-sia. Apatah lagi, perkara yang mendatangkan dosa.

Jom hiasi Ramadhan dengan amal ibadah. Moga-moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun terkemudian.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi