HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, June 30, 2014

Cara Pantas Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Bulan Ramadhan yang dirindui sudah pun muncul kembali. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan-rakan blogger dan seluruh umat Islam.

Seperti yang kita sedia maklum, bulan ini adalah bulan amali bagi umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.

Setelah 11 bulan sebelum Bulan Ramadhan kita menuntut ilmu tentang ibadah, maka bulan Ramadhan adalah bulan untuk mengamalkan ilmu-ilmu tersebut seperti bersedekah, berzakat, berzikir, solat sunat, dan sebagainya.

Oleh itu, setiap kali menjelang Ramadhan, saya cuba aplikasikan salah satu amalan yang diajarkan oleh orang berilmu iaitu berdoa dan berazam untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali di dalam bulan Ramadhan.
Sekiranya kita berdoa dan yakin bahawa anda boleh khatam Al-Quran dalam tempoh sebulan, insyaAllah boleh berjaya.

Alhamdulillah syukur kerana tahun-tahun sebelum ini, Allah SWT kabulkan doa saya untuk khatam Al-Quran dalam Bulan Ramadhan.

Tahun ini juga saya memohon kepada Allah SWT agar diizinkan untuk menamatkan 30 juzuk Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Rakan-rakan sekalian tolong doakan saya ya...

Entri kali ini saya ingin berkongsi Cara Pantas Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Cara Pantas Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan


Saya yakin, ramai lagi yang mampu khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan bukan sahaja sekali, malah ada yang dua kali atau lebih.

Di sini saya tunjukkan 3 cara bagaimana untuk anda khatam Al-Quran 1, 2 dan 3 kali dalam bulan Ramadhan.


Cara khatam Al-Quran 1 kali


Jika anda berazam untuk khatam Al-Quran sebanyak sekali dalam bulan Ramadhan, anda boleh membaca Al-Quran setiap kali waktu solat sama ada selepas atau sebelum solat fardu.

Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat subuh
Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat zohor
Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat asar
Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat maghrib
Baca 2 helai atau 4 muka surat ketika solat isyak

Cara khatam Al-Quran 2 kali


Jika anda berazam untuk khatam Al-Quran sebanyak 2 kali dalam bulan Ramadhan, anda boleh membaca Al-Quran setiap kali waktu solat sama ada selepas atau sebelum solat fardu.

Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat subuh
Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat zohor
Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat asar
Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat maghrib
Baca 4 helai atau 8 muka surat ketika solat isyak

Cara khatam Al-Quran 3 kali


Jika anda berazam untuk khatam Al-Quran sebanyak 3 kali dalam bulan Ramadhan, anda boleh membaca Al-Quran setiap kali waktu solat sama ada selepas atau sebelum solat fardu.

Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat subuh
Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat zohor
Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat asar
Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat maghrib
Baca 8 helai atau 16 muka surat ketika solat isyak

Anda boleh memilih cara ini untuk khatamkan Al-Quran tetapi jangan terlalu terkejar-kejar kerana kualiti membaca Al-Quran adalah lebih diutamakan berbanding kuantiti membaca Al-Quran.

Biar baca perlahan tapi betul berbanding membaca banyak tetapi salah. Biar membaca salah daripada tidak membaca langsung. Orang yang membaca salah tidak bersalah kalau dia sedang belajar.

Jika anda ada cara lain boleh kongsikan dalam ruang komen di bawah ini.

Kesimpulan


Pada saya, disiplin dalam mencari masa untuk membaca Al-Quran adalah penting kerana jika kita hanya menunggu masa terluang untuk membaca Al-Quran memang sukar untuk diperolehi.

Moga-moga dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan, dapatlah kita mengurangkan masa melakukan perkara-perkara yang melalaikan.


 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Cara Pantas Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sebelum ini, saya telah kongsikan dengan rakan-rakan blogger dan pembaca sekalian tentang pengalaman Bersama dengan Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa sebelum ketibaan Bulan Ramadhan. 

Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa

Hari ini saya bercadang ingin berkongsi dengan anda tentang biodata ringkas Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa.

Apa salahnya kita mengenali orang-orang alim seperti Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa kerana ulama adalah pewaris nabi-nabi. 

Mereka adalah manusia yang paling mengenal Allah SWT dan tugas mereka adalah menunjukkan jalan untuk kita menuju Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Fathir: 28)

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa


Beliau dilahirkan pada tahun 8 haribulan Februari tahun 1929 di Pekan Sik Kedah. Anak ketiga daripada 8 orang adik beradik. Ayahandanya adalah Tuan Guru Haji Musa Bin Salleh dan bundanya bernama Khatijah Binti Md Saad Mehamad.

Berkahwin dengan Hajjah Hatiah Binti Hanafi dan mendapat 2 orang cahaya mata semasa belajar di Makkah. Setelah Hajjah Hatiah Binti Hanafi beliau berkahwin pula dengan Hajjah Sofiah Binti Haji Awang, dengan. Beliau dianugerahkan dengan 11 orang cahaya mata semuanya. 

Pendidikan


Sekolah Rendah Kebangsaan Sik, Kedah
Pondok Tuan Hussin, Kedah, 
Pondok Tuan Guru Haji Mad Nawawi, Gurun, Kedah, 
Pondok Pak Chu Him Gajah Mati, Pendang, Kedah
Darul Ulum Makkah dan menamtkan sijil kepujian Aliy
Mendalami ilmu di Masjidil Harram Makkah

Antara Guru Di Makkah


Syeikh Ismail Fathoni, Syeik Yassin Al-Fadani, Syeikh Abdul Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi AL-Maliki, Syeik Syed Amin Qutubi dan Syeik-Syeik muktabar yang lain.

Berdakwah


Tuan Guru Haji Salleh pulang ke Tanahair pada tahun 1964 dan terus berkhidmat membantu ayahnya mengajar di pondok yang terletak di Pekan Sik.

Kemudian, Tuang Guru Haji Salleh menggantikan ayahnya sebagai mudir Madrasah Ar-Rahmaniah sehingga sekarang.

Kini, anaknya sendiri Syeikh Muslim menjadi Timbalan Mudir yang membantu Tuan Guru Haji Salleh meneruskan perjuangan dakwah di pondok tersebut.

Nama Tuan Guru Haji Salleh menjulang tinggi dalam arena dakwah tanahair. Ulama ini bukan sahaja mengajar di pondok dan sekitar Negeri Kedah, malah telah keluar ke merata negeri menyebarkan dakwah.

Anugerah


KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran. Antaranya BKM, SDK dan Tokoh pendakwah Negeri Kedah tahun 2009.

Almarhum YAB Dato' Seri Di Raja Ustaz Azizan Abd Razak menganugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah pada tahun 2010.

Pada tahun 2011, Tuan Guru Haji Salleh dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuan Daerah Sik oleh Pegawai Daerah Sik.

Penutup


Biodata yang ringkas ini sudah memadai bagi saya untuk mengakui kehebatan beliau khusunya dari segi ilmu agama Islam.

Cara penyampaian beliau cukup mendalam dan berkesan di hati. Ada ketikanya beliau bertegas. Ada kalanya juga beliau bergurau dalam kuliah mahupun ceramah.

Sepanjang saya mengikuti kuliah atau ceramah Tuan Guru di mana-mana pun, perkara yang sering ditekankan adalah berkenaan dengan akidah ahli sunnah wajlamaah.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi kesihatan dan panjangkan usia Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa. Ini khidmat beliau dalam arena dakwah di dunia ini masih diperlukan.

Sumber:

http://pondoktauhid.blogspot.co.uk/2011/05/tuan-guru-hj-salleh-musa-sik-kedah-yang.html
http://bloginfo4uall.blogspot.co.uk/2013/04/tokoh-agama-tuan-guru-hj-salleh-bin-musa.html

 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com
Cash On Delivery (COD) : Seberang Perai, Seberang jaya, bukit mertajam, kulim dan kawasan yang berdekatan.

 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Saturday, June 28, 2014

Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan


Saya doakan anda semua sihat wal-afiat dan ceria dalam menghadapi Ramadhan yang sudah hampir muncul.

Sudah berapa kali anda berpuasa di Bulan Ramadhan? Soalan ini perlu dijawab sendiri dalam hati atau memaklumkan kepada rakan anda.

Adakah setiap kali berpuasa, perkara sama sahaja yang kita lakukan? Soalan ini juga perlu dijawab sendiri. Kalau ingin maklumkan kepada orang tersayang.

Saya teringat dengan satu kata-kata:

Seorang yang dikatakan berjaya apabila dia mampu menjadi lebih baik dan lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.
Oleh itu, jom kita sama-sama muhasabah diri sendiri dan jadikan bulan Ramadhan ini sebagai titik permulaan untuk  menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Cukupkah sekadar mengambil tahu Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 2014 tanpa mengambil perhatian perkara yang sepatutnya kita lakukan atau sepatutnya kita tinggalkan.

Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan


Sebagai persiapan menjelang Ramadhan yang akan bakal tiba esok hari, saya ingin berkongsi 21 Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan yang patut kita ambil perhatian.

Bil
Do’s
Don’ts
1
Hadirkan niat ikhlas kerana Allah
Berpuasa kerana terpaksa
2
Melambatkan sahur
Meninggalkan sahur
3
Memperbanyakkan berzikir dan beristighfar
Banyakkan berbual-bual kosong dan berdusta
4
Menyegerakan solat dan lakukan secara berjemaah
Melengah-lengahkan solat sehingga ada kalanya meninggalkan solat
5
Kurang bercakap atau banyak diam
Mengeluarkan kata-kata yang mempunyai unsur-unsur fitnah dan umpatan
6
Berakhlak mulia
Kurang bersabar atau mudah marah
7
Tadarus Al-Qurtan dan tadabbur maknanya
Malas membaca Al-Quran
8
Itqan atau tekun belajar/bekerja
Malas membuat atau menambah amalan sunat 
9
Rajin bersedekah
Kedekut
10
Setiap kerja adalah ibadah
Banyak tidur sepanjang masa
11
Niat memberi atau menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa terutama kepada orang miskin dan susah
Tidak berusaha menjaga hubungan baik sesama manusia malah sehingga memutuskan silaturrahim
12
Besederhana menyediakan dan membeli juadah berbuka puasa
Berlebihan dalam menyediakan juadah berbuka puasa sehingga membazir
13
Menyegerakan berbuka
Melambat-lambatkan berbuka puasa
14
 Berbuka dengan tamar dan air terlebih dahulu
Makan banyak ketika berbuka sehingga menyebabkan malas beribadah
15
Solat terawih dan witir
Menonton televisyen atau melakukan aktiviti malam yang tidak berfaedah atau melalaikan
16
Menjaga pandangan dan pendengaran
Langsung tidak menjaga pandangan dan sering memandang yang bukan mahram
17
Tidur awal dan berniat untuk bangun awal malam
Menghabiskan malam dengan perkara yang melalaikan sehingga tidur lewat.
18
Menghidupkan 10 malam Ramadhan dengan pelbagai agenda ibadah
Sibuk membuat persiapan Syawal sehingga kurang beriktikaf dan solat malam
19
Menghadiri majlis ilmu  atau membaca buku ilmiah
Banyak berhibur
20
Manfaatkan waktu haid dan nifas (bagi wanita)
Meninggalkan amalan ibadah lain walaupun tidak diwajibkan solat dan puasa (bagi wanita)
21
Rancang perbelanjaan sempena hari raya
Boros membuat persiapan menyambut hari raya













































Kesimpulan


Senarai 21 Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan yang disenaraikan adalah perkara biasa yang kita sering lakukan. Namun, mungkin ada kalanya kita terlepas pandang.

Sebab itu, tidak hairan kalau di pondok-pondok atau pusat pengajian Islam di adakan program yang lengkap sepanjang Ramadhan sejak pagi sampai ke malam.

Ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan ini dan masa yang berjalan tidak diisi dengan perkara yang sia-sia. Apatah lagi, perkara yang mendatangkan dosa.

Jom hiasi Ramadhan dengan amal ibadah. Moga-moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun terkemudian.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Do’s and Don’ts Dalam Bulan Ramadhan
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Friday, June 27, 2014

Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Alhamdulillah syukur yang teramat kerana diizinkan Allah SWT mengizinkan saya mengikuti kuliah bulanan di Masjid Kampung Pertama @ Masjid Batu bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa minggu lalu.

Jika anda ingin pergi ke Masjid Kampung Pertama ini terletak di 13500, Permatang Pauh, Pulau Pinang boleh cek lokasi di sini >> Peta Masjid Kampung Pertama.

Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa menggunakan mengajar kitab Hidayatus Sibyan dan Faridatul Faraid setiap kali kuliah di Masjid tersebut.

Nama Tuan Guru Haji Salleh menjulang tinggi dalam arena dakwah tanahair. Ulama ini bukan sahaja mengajar di pondok dan sekitar Negeri Kedah, malah telah keluar ke merata negeri menyebarkan dakwah.

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran. Antaranya BKM, SDK dan Tokoh pendakwah Negeri Kedah tahun 2009.

Almarhum YAB Dato' Seri Di Raja Ustaz Azizan Abd Razak menganugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah pada tahun 2010.

Pada tahun 2011, Tuan Guru Haji Salleh dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuan Daerah Sik oleh Pegawai Daerah Sik.


Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Tuan Guru Haji Salleh sedang memberi kuliah

Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa


Kuliah bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa di masjid tersebut hanya di adakan sekali sebulan. Jadi, sedaya upaya saya akan menyediakan ruang untuk mengikuti kuliah ulama besar ini. Rasa rugi pula, ulama yang tinggal jauh di Sik boleh datang ke Permatan Pauh

Setelah habis kuliah, pengerusi masjid mengumumkan ada kenduri aqiqah yang ditaja oleh salah seorang ahli jemaah. Seterusnya, pengerusi masjid memohon Tuan Guru Haji Salleh untuk membacakan doa selamat.

Majlis Tahnik


Sebaik sahaja solat isyak, muncul seorang pemuda membawa bayi kecil ke sisi Tuan Guru Haji Salleh yang sedang solat sunat ba'diah isyak.

Situasi ini biasa berlaku. Sepanjang saya mengikuti kuliah bersama Tuan Guru, memang ada beberapa orang yang datang membawa anak untuk ditahnik atau belah mulut oleh Tuan Guru.

Saya tidak pasti sama ada Tuan Guru sudah dimaklum lebih awal atau pun tidak, tetapi pada saya, Tuan Guru memang mudah berurusan.

Usai solat sunat, Tuan Guru terus sahaja duduk bersila dan meminta pemuda tadi meletakkan bayi di atas ribanya sendiri.

Saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara tahnik ini secara dekat...


Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Tuan Guru Haji Salleh sedang bertahnik
Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Raut wajah Tuan Guru yang ceria

Majlis Aqiqah

Majlis aqiqah yang di adakan amat ringkas. Semua jemaah dijemput menjamu selera dengan makanan yang disediakan.

Menunya ringkas tapi sedap. Jom scroll down tengok apa yang saya makan. Makanan yang berkat, insyaAllah.


Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Tuan Guru Haji Salleh sedang melangkah ke bilik tetamu untuk makan

Relax sahaja pakcik-pakcik ini menjamu selera di tepi kubur

Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Pakcik-pakcik sedang beratur mengambil makanan

Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Ada air panas dan sejuk

Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Suasana majlis aqiqah

Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Inilah hidangan yang sedap ; kurma kambing, jelath

Kesimpulan


Majlis ilmu bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa terasa mendamaikan. Para jemaah yang ramai datang dari jauh menadah kitab dengan penuh khusyuk.

Semoga Allah SWT panjangkan usia Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa dan diberi kesihatan agar beliau dapat meneruskan perjuangan dakwah di dunia ini.


 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Thursday, June 26, 2014

Ketuk-Ketuk Aidilfitri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur hari ini saya sempat join satu segmen Ketuk-Ketuk Aidilfitri yang dianjurkan oleh D'nialicious.

Ketuk-Ketuk Aidilfitri (KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**


 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi