Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur yang teramat kerana diizinkan Allah SWT mengizinkan saya mengikuti kuliah bulanan di Masjid Kampung Pertama @ Masjid Batu bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa minggu lalu.
Jika anda ingin pergi ke Masjid Kampung Pertama ini terletak di 13500, Permatang Pauh, Pulau Pinang boleh cek lokasi di sini >> Peta Masjid Kampung Pertama.
Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa menggunakan mengajar kitab Hidayatus Sibyan dan Faridatul Faraid setiap kali kuliah di Masjid tersebut.
Nama Tuan Guru Haji Salleh menjulang tinggi dalam arena dakwah tanahair. Ulama ini bukan sahaja mengajar di pondok dan sekitar Negeri Kedah, malah telah keluar ke merata negeri menyebarkan dakwah.
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran. Antaranya BKM, SDK dan Tokoh pendakwah Negeri Kedah tahun 2009.
Almarhum YAB Dato' Seri Di Raja Ustaz Azizan Abd Razak menganugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah pada tahun 2010.
Pada tahun 2011, Tuan Guru Haji Salleh dinobatkan sebagai Tokoh Ilmuan Daerah Sik oleh Pegawai Daerah Sik.
Kuliah bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa di masjid tersebut hanya di adakan sekali sebulan. Jadi, sedaya upaya saya akan menyediakan ruang untuk mengikuti kuliah ulama besar ini. Rasa rugi pula, ulama yang tinggal jauh di Sik boleh datang ke Permatan Pauh
Setelah habis kuliah, pengerusi masjid mengumumkan ada kenduri aqiqah yang ditaja oleh salah seorang ahli jemaah. Seterusnya, pengerusi masjid memohon Tuan Guru Haji Salleh untuk membacakan doa selamat.
Sebaik sahaja solat isyak, muncul seorang pemuda membawa bayi kecil ke sisi Tuan Guru Haji Salleh yang sedang solat sunat ba'diah isyak.
Situasi ini biasa berlaku. Sepanjang saya mengikuti kuliah bersama Tuan Guru, memang ada beberapa orang yang datang membawa anak untuk ditahnik atau belah mulut oleh Tuan Guru.
Saya tidak pasti sama ada Tuan Guru sudah dimaklum lebih awal atau pun tidak, tetapi pada saya, Tuan Guru memang mudah berurusan.
Usai solat sunat, Tuan Guru terus sahaja duduk bersila dan meminta pemuda tadi meletakkan bayi di atas ribanya sendiri.
Saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara tahnik ini secara dekat...
Majlis ilmu bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa terasa mendamaikan. Para jemaah yang ramai datang dari jauh menadah kitab dengan penuh khusyuk.
Semoga Allah SWT panjangkan usia Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa dan diberi kesihatan agar beliau dapat meneruskan perjuangan dakwah di dunia ini.

Tuan Guru Haji Salleh sedang memberi kuliah |
Bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa
Kuliah bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa di masjid tersebut hanya di adakan sekali sebulan. Jadi, sedaya upaya saya akan menyediakan ruang untuk mengikuti kuliah ulama besar ini. Rasa rugi pula, ulama yang tinggal jauh di Sik boleh datang ke Permatan Pauh
Setelah habis kuliah, pengerusi masjid mengumumkan ada kenduri aqiqah yang ditaja oleh salah seorang ahli jemaah. Seterusnya, pengerusi masjid memohon Tuan Guru Haji Salleh untuk membacakan doa selamat.
Majlis Tahnik
Sebaik sahaja solat isyak, muncul seorang pemuda membawa bayi kecil ke sisi Tuan Guru Haji Salleh yang sedang solat sunat ba'diah isyak.
Situasi ini biasa berlaku. Sepanjang saya mengikuti kuliah bersama Tuan Guru, memang ada beberapa orang yang datang membawa anak untuk ditahnik atau belah mulut oleh Tuan Guru.
Saya tidak pasti sama ada Tuan Guru sudah dimaklum lebih awal atau pun tidak, tetapi pada saya, Tuan Guru memang mudah berurusan.
Usai solat sunat, Tuan Guru terus sahaja duduk bersila dan meminta pemuda tadi meletakkan bayi di atas ribanya sendiri.
Saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara tahnik ini secara dekat...
Tuan Guru Haji Salleh sedang bertahnik |
Raut wajah Tuan Guru yang ceria |
Majlis Aqiqah
Majlis aqiqah yang di adakan amat ringkas. Semua jemaah dijemput menjamu selera dengan makanan yang disediakan.
Menunya ringkas tapi sedap. Jom scroll down tengok apa yang saya makan. Makanan yang berkat, insyaAllah.
Tuan Guru Haji Salleh sedang melangkah ke bilik tetamu untuk makan |
Relax sahaja pakcik-pakcik ini menjamu selera di tepi kubur |
Pakcik-pakcik sedang beratur mengambil makanan |
Ada air panas dan sejuk |
Suasana majlis aqiqah |
Inilah hidangan yang sedap ; kurma kambing, jelath |
Kesimpulan
Majlis ilmu bersama Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa terasa mendamaikan. Para jemaah yang ramai datang dari jauh menadah kitab dengan penuh khusyuk.
Semoga Allah SWT panjangkan usia Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa dan diberi kesihatan agar beliau dapat meneruskan perjuangan dakwah di dunia ini.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
salam perjuangan.
ReplyDeletesama2 lah kita
Deletesemoga berjaya selalu.
ReplyDeleteamin...terima kasih
DeleteSyukur.. Alhamdulillah...
ReplyDelete