Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
5 Bonus Khas Bulan Ramadhan |
Alhamdulillah, kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang 5 Kelebihan Yang Kita Sahaja Dapat Dalam Bulan Ramadhan, tetapi hari ini saya ingin kongsikan 5 Bonus Khas Bulan Ramadhan.
Apa perbezaan diantara kedua-dua artikel ini? Sebenarnya 5 kelebihan dan 5 bonus ini ada sedikit kelainan.
Artikel ini dihasilkan bertujuan untuk memaklumkan sedikit ralat yang berlaku dalam artikel 5 Kelebihan Yang Kita Sahaja Dapat Dalam Bulan Ramadhan.
Artikel ini dihasilkan bertujuan untuk memaklumkan sedikit ralat yang berlaku dalam artikel 5 Kelebihan Yang Kita Sahaja Dapat Dalam Bulan Ramadhan.
Semoga bermanfaat untuk semua.
5 Bonus Khas Bulan Ramadhan |
5 Bonus Khas Bulan Ramadhan
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu iaitu:
Bonus #1 | Bau mulut orang berpuasa
Bau mulut orang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah
Bonus #2 | Para malaikat beristighfar
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga berbuka puasa
Bonus #3 | Allah memperindahkan Syurga
Allah memperindahkan SyurgaNya setiap hari dan berfirman :
Hampir - hampir hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu. (Mereka sanggup bersusah-payah di dunia dan akhirat).
Bonus #4 | Syaitan-syaitan dibelenggu
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus #5 | Mereka akan mendapat keampunan
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: ''Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahala seusai menyelesaikan amalnya. " (Riwayat Ahmad)
Kesimpulan
Kelebihan yang Allah SWT anugerahkan kepada kita seharusnya dijadikan sumber motivasi untuk kita bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak nanti.
Huraian yang terperinci berkanaan hadith sila rujuk dengan orang yang ahli seperti tuan guru, ustaz dan sebagainya. Saya cuma berkongsi kelebihan-kelebihan ini sebagai tazkirah untuk kita sama-sama memuhasabah diri menjelang Ramadhan ini.
Kalau kita sibuk mempromosikan hal-hal lain, kenapa tidak boleh mempromosikan bulan Ramadhan ini pula? Waallahu'alam.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
salam. bersama kita merebut 5 bonus itu nanti :))
ReplyDeletebtw nice sharing :))
Terima kasih...jom bersama-sama
Deletemari kita merebut bonus yang ada ini...muhasabah diri...
ReplyDeleteMuhasabah diri dan jom berlumba-lumba
Deletebanyak yang pelupa tapi itulah kebenarnya...kita buat tak tahu kita sendiri yang rugi
ReplyDeletebetul tu suri...sebab itu kita dituntun nasihat menasihati
Deletepertanyaannya adalah siapa yang tidak mau dengan bonus di bulan ramadhan,kayaknya orang bodoh yang tidak mau meraihnya,... Marhaban Ya Ramadhan
ReplyDeletemakasih ya, benar sekali kenyataan mas Zulham Efendi. Marhaban Ya Ramadhan
DeleteSemoga segala amalan kita di bulan puasa nanti di berkati Allah SWT
ReplyDeleteAmin...saya juga berharap begitu
DeleteSemoga puasa kita diterima Allah dan mendapat fadhilatnya.
ReplyDeleteamin ya rabbal 'alamin
Delete