Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, kita masih sihat. Jom ikut saya berdoa semoga dipanjangkan umur agar dapat berpuasa hujung minggu hadapan.
Terima kasih kerana sudi ikut saya berdoa. Semoga Allah SWT makbulkan doa kita. Saya teruskan sahaja apa yang ingin dikongsikan dalam entri ini.
Semalam saya sempat membelek Majalah Solusi isu 34 tentang Ramadhan dan Syawal. Salah satu perkara menarik yang ingin saya sampaikan adalah mengenai 5 Kelebihan Yang Kita Sahaja Dapat Dalam Bulan Ramadhan.
Kenapa saya tulis tajuk kita sahaja? Maksud kita sahaja di sini adalah bukan umat-umat terdahulu, tetapi umat zaman ini atau umat Rasulullah SAW.
Sebelum itu, jom semak jadual berbuka puasa serta waktu imsak tahun 2014 dan nota padat puasa tahun 2014.
5 Kelebihan Yang Kita Sahaja Dapat Dalam Bulan Ramadhan |
Alhamdulillah, kita masih sihat. Jom ikut saya berdoa semoga dipanjangkan umur agar dapat berpuasa hujung minggu hadapan.
"Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, panjangkan umur kami agar dapat kami menemui bulan Ramadhan tahun ini. Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Amiin Ya Rabbal 'alamin"
Terima kasih kerana sudi ikut saya berdoa. Semoga Allah SWT makbulkan doa kita. Saya teruskan sahaja apa yang ingin dikongsikan dalam entri ini.
Semalam saya sempat membelek Majalah Solusi isu 34 tentang Ramadhan dan Syawal. Salah satu perkara menarik yang ingin saya sampaikan adalah mengenai 5 Kelebihan Yang Kita Sahaja Dapat Dalam Bulan Ramadhan.
Kenapa saya tulis tajuk kita sahaja? Maksud kita sahaja di sini adalah bukan umat-umat terdahulu, tetapi umat zaman ini atau umat Rasulullah SAW.
Sebelum itu, jom semak jadual berbuka puasa serta waktu imsak tahun 2014 dan nota padat puasa tahun 2014.
5 Kelebihan Yang Kita Sahaja Dapat Dalam Bulan Ramadhan
Hal ini dirujuk kepada sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sabda Rasulullah SAW : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
#1. Bau mulut
Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah SWT.
#2. Perbelanjaan dan derita lapar
Segala perbelanjaan dan derita lapar selama berpuasa, Allah SWT membalasnya dengan ganjaran syurga.
#3. Malam Lailatul Qadar
Allah SWT mengampunkan dosa-dosa mereka yang bertaubat pada malam Lailatul Qadar.
#4. Ganjaran pahala
Amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan digandakan kepada 10 hingaa 700 kali ganda, melainkan puasa maka ia adalah bagiKU, AKU balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana AKU.
#5. Nikmat
Allah SWT dikurniakan nikmat dan keseronokkan ketika berbuka puasa dan ketika menemui Tuhannya di akhirat kelak.
(Al-Hadith)
Ralat:
Saya mohon maaf kerana tersalah meletak link sumber sebenar. Pada asalnya saya rujuk Hadith yang dipetik hampir sama dengan apa yang terkandung dalam majalah Solusi isu #34 Andai ini ramdhan terakhir, layakkah kita berhari raya.
Namun, bila saya semak kembali ada sedikit kelainan . Jadi saya tulis lagi satu artikel bertajuk 5 Bonus Khas Bulan Ramadhan yang memang diambil secara langsung dari Solusi isu #34 Andai ini ramdhan terakhir, layakkah kita berhari raya.
Kesimpulan
Kelebihan yang Allah SWT kurniaakan kepada kita ini seharusnya kita syukuri dan hargai dengan mentaati perintahNya.
Moga-moga Ramadhan tahun ini keimanan, ketakwaan dan amalan kebajikan kita akan lebih baik dari tahun-tahun dahulu.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Terima Kasih atas perkongsian ..
ReplyDeleteSama-sama..moga bermanfaat
DeleteAlhamdulillah..sangat berguna sebagai persediaan Ramadhan tahun ini
ReplyDeletemoga bermanfaat
Deletealhamdulillah..tqvm..
ReplyDeleteSyukur kepada Allah
Delete