HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, June 9, 2014

5 Keperluan Penyusuan Ibu Bekerja

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Saya merupakan seorang penjawat awam. Setiap hari saya bekerja 8 jam sehari. Namun, Alhamdulillah saya masih tetap diberi nikmat untuk memberi susu ibu kepada anak saya.

Dahulu, setiap kali mengepam susu ditempat kerja, saya terpaksa mencari  peti sejuk untuk menyimpan hasil perahan susu. 

Kadang-kadang memang tidak sempat menyimpan susu kerana dalam peti sejuk itu penuh dengan susu-susu perahan rakan sekerja yang lain.


5 Keperluan Penyusuan Ibu Bekerja, set menyusu shaklee, produk shaklee, penyusuan susu ibu


Ketika itu saya masih tiada pengalaman. Saya sendiri tidak tahu apa keperluan yang patut saya sediakan.

Alhamdulillah, kini pengurusan hasil perahan susu ibu lebih lancar dan teratur. Bagi melancarkan penyusuan susu ibu, saya kongsikan 5 Keperluan Penyusuan Ibu Bekerja.

Barangkali anda tahu cara menambah susu ibu, tetapi anda juga perlu faham keperluan penyusuan susu ibu bagi yang bekerja. Jom baca selanjutnya.

5 Keperluan Penyusuan Ibu Bekerja


#1. Pam Susu


Of course, pam susu memang wajib ada bagi seorang ibu yang bekerja. Anda boleh pilih pam susu elektrik atau bateri yang boleh digunakan secara serentak untuk mengepam.

Ini dapat menjimatkan masa ibu. Pam yang ringan memudahkan ibu membawanya ke mana-mana sahaja.

5 Keperluan Penyusuan Ibu Bekerja, set menyusu ibu, penyusuan susu ibu, produk shaklee

Untuk pengetahuan anda, saya telah menggunakan dua jenis pam susu elektrik. Walaupun pam susu yang pertama masih boleh digunakan tetapi telah membeli pam yang kedua kerana ia menyakitkan saya ketika mengepam.

Oleh itu, saya menyarankan kalau boleh keluarkan sedikit modal untuk membeli sekali sahaja pam susu yang berjenama seperti mandela, avent atau sebagainya kerana ia lebih tahan lama dan selesa. Dengan syarat anda menjaganya dengan baik.

Bagi ibu-ibu yang tidak ada pam susu juga masih boleh menyimpan stok iaitu dengan memerah menggunakan tangan.

#2. Penyimpan susu 


Anda boleh menyimpan susu yang dipam atau diperah ketika bekerja di dalam plastik atau botol. Penggunaan plastik lebih menjimatkan ruang di dalam peti ais berbanding botol.

Labelkan tarikh setiap plastik atau botol yang telah diisi dengan susu. Ini memudahkan anda untuk memberikan susu kepada bayi mengikut tarikh yang mana dahulu.

#3. Beg penyejuk


Seperti yang saya katakan tadi, dahulu saya terpaksa mencari peti ais untuk menyimpan stok susu dan kadang-kadang peti sejuk pula penuh.

Jadi, langkah terbaik adalah dengan menyediakan beg penyejuk. Beg penyejuk ini boleh digunakan usai mengempam susu. Ia mengekalkan suhu sejuk susu dan membuatkannya tahan lama. Anda boleh disimpan di dalam peti sejuk setelah sampai ke rumah.

Kebiasannya, jika anda membeli set mengepam susu disediakan juga beg penyejuk bersama.

5 Keperluan Penyusuan Ibu Bekerja,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee

#4. Coli menyusu


Coli menyusu tidak sama dengan coli biasa. Coli ini membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan coli biasa ketika menyusu. Hal sebegini tidak boleh diambil mudah kerana boleh memudaratkan.

Sekiranya, ibu menyusu bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara tersekat dengan coli yang digunakan terutamanya bahagian getah.

#5. Pemanas susu ibu


Sebelum susu ibu diberikan kepada anak, susu tersebut perlu dipanaskan. Pemanaskan susu ibu ini memudahkan pengasuh untuk memberikan susu kepada anak anda.

Sekiranya, tidak ada pemanas susu ibu boleh direndam di dalam air suam dan suhu bawah daripada 40 darjah calcius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.

Kesimpulan



Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sebagai seorang ibu yang ingin memberikan penyusuan susu ibu eksklusif kepada bayi kesayangan.

Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada pakar laktasi, rakan-rakan berpengalaman atau hubungi saya untuk berkongsi penyusuan susu ibu.




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

5 Keperluan Penyusuan Ibu Bekerja, penyusuan susu ibu, set menyusu shaklee, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

6 comments:

  1. tips yg bagus bg ibu2 yg bekerja ni..biasa tgk ibu2 ni guna waktu pam susu di surau2..

    ReplyDelete
  2. informasi berguna untuk ibu-ibu yang berkerja... boleh bagitau wafe ni

    ReplyDelete
  3. nanti nak promote blog ni kat wife

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi