HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Wednesday, June 4, 2014

Persediaan Ilmu Penyusuan Sejak Mengandung

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Semua sedia maklum bahawa ilmu memainkan peranan penting dalam kehidupan kita . Sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih mudah sekiranya kita ada ilmu. Tanpa ilmu, kita tidak ada panduan untuk melakukan sesuatu perkara.

Persediaan Ilmu Penyusuan Sejak Mengandung, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Bayi suka susu ibu


Begitu juga dalam hal mengandung, seorang ibu perlukan ilmu sejak disahkan mengandung. Di sini saya ingin kongsikan persediaan ilmu penyusuan sejak mengandung.

Sebelum itu, sekiranya anda ingin mengetahui persedian menyusu sebelum melahirkan anak, semasa melahirkan anak dan selepas melahirkan anak boleh rujuk di sini. Klik sini >> Persediaan menyusu badan.

Persediaan Ilmu Penyusuan Sejak Mengandung, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Susu botol yang dikumpulkan di dalam peti sejuk

Persediaan Ilmu Penyusuan Sejak Mengandung


Di bawah ini, saya senaraik 4 persedian ilmu untuk penyusuan susu ibu sejak disahkan mengandung iaitu kelas penyusuan, mengumpul maklumat, nombor telefon laktasi dan sertai komuniti

#1 Kelas Penyusuan


Saya sendiri bersama suami pergi kelas penyusuan di Pearl Maternity Hospital semasa mengandungkan anak pertama saya. Alhamdulillah, selepas menghadiri kelas itu keyakinan untuk menyusu badan lebih kuat lagi.

Ramai beranggapan penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang berlaku secara semulajadi. Hakikatnya, ia juga perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dibimbangi kita akan terkandas di pertengahan jalan.

Anda disarankan menghadiri kelas penyusuan yang dianjurkan oleh hospital atau klinik kerajaan yang dianjurkan secara percuma. Ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kita dalam persediaan menjadi ibu dan bapa. 

Selain itu, anda juga boleh memilih kelas berbayar yang dikendalikan oleh kaunselor laktasi yang bertauliah. Sebaik-baiknya hadirlah ke kelas berkenaan bersama-sama suami supaya dia juga dapat memahami konsep penyusuan susu ibu. 

Apabila suami mempunyai kesedaran tentang kebaikan susu ibu, sudah tentu dia akan memberi sokongan padu dalam usaha menyusukan bayi anda.

Kelas Penyusuan, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Sokongan Bapa Juga Penting

#2 Kumpul Maklumat


Para ibu dan bapa hendaklah mencari sebanyak mungkin ilmu berkaitan penyusuan susu ibu. Hal ini penting agar anda faham konsep asas penyusuan iaitu semakin kerap payu dara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan.

Selain daripada menghadiri kelas, ada juga boleh menimba ilmu menerusi pelbagai sumber. Antaranya adalah bahan bacaan bercetak, laman web, blog, forum dan sebagainya.

#3 Nombor Telefon


Kaunselor laktasi sangat diperlukan sewaktu anda mengalami masalah berkaitan susu ibu terutamanya pada hari-hari pertama kelahiran bayi.

Jadi, simpan nombor telefon kaunselor laktasi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Dengan yang demikian, ia dapat memudahkan anda membuat rujukan apabila menghadapi masalah kelak.

Di sini terdapat beberapas senarai pakar laktasi yang boleh anda hubungi.

#4 Sertai Komuniti


Di Malaysia terdapat banyak komuniti susu ibu yang bermatlamat menyokong para ibu menyusu agar lebih yakin untuk menyusukan si manja.

Sertailah komuniti atau forum penyusuan susu ibu supaya anda mendapat sokongan daripada rakan-rakan lain yang sama-sama menyertainya.

Antara contoh kelab ibu menyusu adalah Kelab Ibu-Ibu Comel Menyusu. Anda boleh dapatkan maklumat daripada sana.


Sertai Komuniti, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee

Kesimpulan


Apabila ibu-ibu sudah mempunyai ilmu, barulah mereka faham tuntutan menyusu anak dan bertambah kuat semangat untuk menyusukan anak kesayangan.

Segala tindakan kita tentang penyusuan bermula dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, ibu yang ingin menyahut cabaran penyusuan susu ibu digalakkan menuntut ilmu penyusuan sejak mengandung lagi.

Di samping itu para ibu boleh menambah ilmu dengan mengumpul maklumat sendiri dari pelbagai sumber seperti membaca buku, majalah, melayari internet dan lain-lain lagi.

Dapatkan nombor telefon kaunselor laktasi agar dapat bertanya secara langsung masalah berkaitan penyusuan susu ibu. 

Terakhir sekali, ibu-ibu akan bertambah yakin dengan menyertai susu ibu yang sedia menyokong dan membantu ibu dalam penyusuan susu ibu terhadap anak mereka.



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Persediaan Ilmu Penyusuan Sejak Mengandung, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

4 comments:

  1. Yang ni memang kena jaga dengan begitu baik sekali..hehe

    ReplyDelete
  2. kathy akui penyusuan ibu lebih baik untuk anak..semua anak kathy susukan sendiri hingga diorang benar² tak nak menyusu lagi.

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi