HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Wednesday, April 30, 2014

Doa Bulan Rejab

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahnya dapat kita meneruskan kehidupan di dunia ini lagi.

Pejam celik pejam celik, bulan Allah SWT sudah datang kembali. Ulama mengatakan bulan Rejab adalah bulan Allah SWT.

Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah SAW dan bulan Ramadhan adalah bulan umat Muhammad SAW.

Doa Bulan Rejab


Doa Bulan Rejab


Pada tahun ini, 1 haribulan Rejab 1435 jatuh pada 1 Mei 2014. Ini bermakna tidak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan.

Saya masih ingat almarhumah nenek yang kami panggil Tok Lang yang cuku rajin beribadat.

Semasa hidupnya, beliau pernah puasa 3 bulan berturut-turut sejak bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Allahuakbar...hebatnya orang dahulu, biarpun kemudahan tidak ada, guna air telaga, pasang pelita api dan bejalan kaki berbatu-batu untuk ke masjid tetapi amal ibadat mereka tetap dijaga.

Rasa malu dengan beliau. Zaman ini kemudahan hidup ada di mana-mana tetapi amal ibadah ala kadar sahaja. 

Astaghfirullahal'azim...Hari ini saya ingin mengajak diri dan anda semua supaya muhasabah diri. 

Bulan Rejab ini banyak kelebihannya. Kalau kita tidak ambil peluang tahun ini, entah sampai atau tidak tahun hadapan. Hanya Allah yang mengetahui.

Jom kita beramal. Dalam bulan Rejab ini kita digalakkan berdoa, berpuasa sunat, banyakkan membaca al-quran, qiamullail, menuntut ilmu agama, bersedekah dan sebagainya.

Salah satu doa yang boleh kita amalkan bermula bulan Rejab ini adalah seperti berikut.

Kesimpulan


Berdoa seikhlas hati mendidik hati kita bergantung harap kepada Ilahi. Kalau kita tidak mampu melakukan amal-amal ibadah yang lain, amalan yang sedikit ini jangan ditinggalkan pula.

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991.  

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Suplemen Kesihatan Wanita

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 


Ya, sungguh ramai wanita zaman ini yang memiliki kerjaya sendiri. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar besar.

Salah-satu tujuan utama wanita bekerja adalah ingin membantu keluarga dari segi perbelanjaan keluarga.

Bagi yang bekerja peranannya sebagai seorang isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak cukup memenatkan. 

Biarpun banyak peranan serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang wanita, tetapi kesihatan badan tidak boleh ditinggalkan. 

Di sini saya ingin berpesan kepada anda dan diri saya sendiri bahawa, wanita perlu menjaga kesihatannya dengan sebaik mungkin. 

Banyakkan minum air kosong, bersenam, rehat yang cukup dan amalkan pemakanan seimbang.

Bagi sesetengah wanita yang terlalu aktif, masa yang cukup untuk memikirkan tentang keluarga dan kerja jarang diperolehi.

Lantaran itu, salah satu cara untuk menjaga kesihatan adalah dengan memakan makanan tambahan atau suplemen.

Mari saya tunjukkan beberapa suplemen kesihatan yang baik dalam menjaga kesihatan wanita.

Supplemen Kesihatan Wanita


Set ini terdiri daripada Gla Complex, Ostematrix dan juga OmegaGuard.


Set kesihatan wanita shaklee



Gla Complex


Berikut adalah fungsi dan kebaikan Gla Complex:


  • Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron - dapat memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan.
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Membantu dalam menangai menopaus - pengambilan jangka masa panjang akan melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus.
  • Membaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menguatkan dinding arteri.
  • Melegakan simptom akibat rheumatoid arthritis.
  • Menentang kanser - Gla adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan tumor dan kanser.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Mengurangkan keradangan kulit dan kulit kering.
  • Menghalang komplikasi diabetes.
  • Menghalang tekanan darah tinggi.
  • Membantu meningkatkan kesuburan bagi mereka yang ingin hamil.

Ostematrix


Berikut adalah fungsi dan kebaikan Ostematrix:


  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, tulang, gigi dan sistem saraf.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas. Pengambilan kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress. Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakan tidur yang selesa,memperbaiki jantung berdebar dan juga stress.
  • Memperbaiki masalah haid.Kajian menunjukkan dengan pengambilan kalsium dan magnesium secara serentak dapat meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh. Kalsium adalah mineral alkalian. Ianya berkesan memastikan pH tubuh yang seimbang.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
  • Mengandungi vitamin D. Ia dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.
  • Mengandungi magnesium. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.  Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus. Menghalang endapan kalsium. Melarut dan mengurangkan formasi batu karang.
  • Zink, boron, manganes dan kuprum. Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot. Menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

OmegaGuard


Berikut adalah fungsi dan kebaikan OmegaGuard:

  • Asid lemak - Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu dalam perkembangan memori.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
  • Menentang kanser - kajian menunjukkan bahawa omega 3 boleh mencegah kanser paru - paru, payudara, prostat dan kolon.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi.
  • Mencegah imsomnia dan membantu mengurangkan tekanan.

Testimoni


Berikut adalah testimoni yang telah menggunakan produk ini.

Testimoni #1


Testimoni 1


Testimoni #2


Testimoni 2


Testimoni #3


Testimoni 3



FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991

Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Erti Hidup Pada Memberi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.




Buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - Saifulislam.com

Erti Hidup Pada Memberi


Bismillah.


Perkongsian dari sahabat saya Saudari Insyirah.


[[ Erti Hidup Pada Memberi ]]

Once a group of 500 people were attending a seminar. Suddenly the speaker stopped and decided to do a group activity. He started giving each person a balloon.


Each person was then asked to write their name on it using a marker pen. Then all the balloons were collected and put in another room.
The people were then let into that room and asked to find the balloon which had their name written on it within 5 minutes.

Everyone was frantically searching for their name, colliding with each other, pushing around others and there was utter chaos.
At the end of 5 minutes no one could find their own balloon.
Then, the speaker asked each person to randomly collect a balloon and give it to the person whose name was written on it.

Within minutes everyone had their own balloon.
The speaker then began,

"This is happening in our lives. Everyone is frantically looking for happiness all around, not knowing where it is.
Our happiness lies in the happiness of other people. Give them their happiness; you will get your own happiness. And this is the purpose of human life...the pursuit of happiness."

Masya-Allah, tabarakallah.

---------------

Berjemaah Lebih Baik Daripada Berseorangan

---------------

Oleh sebab itu, kita boleh ambil pengajaran daripada 'mengapa Allah menggalakkan kita berjemaah'. Dengan berjemaah, kita akan saling mempermudah tiap orang.

Tiap orang ada kekurangan dan kelebihan. Ruang-ruang kosong yang kurang itulah yang akan diisi oleh kelebihan orang lain.

Ibarat jari kita yang ada celah-celah untuk dipegang oleh jari yang lain. Dengan itu, genggaman tangan kita akan menjadi kuat, apabila dipegang oleh jari daripada tangan yang lain.

Insya-Allah lebih banyak pengajaran berharga yang boleh diteladani, dengan membaca ebook 70 Lessons.

Pelajari 70 pengajaran yang lain, dengan muatturun pada link di bawah,


Alhamdulillah.


Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Tuesday, April 29, 2014

Persediaan Menyusu Badan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 


Alhamdulillah syukur, setakat ini saya masih lagi memberi susu badan kepada anak saya yang kedua. 

Insya Allah saya cuba meneruskan perjuangan ini sehingga umur anak saya mencecah 2 tahun.

Saya istilahkan usaha memberi susu badan kepada anak sebagai 'perjuangan' kerana banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Oleh kerana saya merupakan seorang penjawat awam, saya sediakan pam susu untuk mengumpul susu ketika waktu kerja.


Biasanya saya akan pam susu sebanyak 3 kali ketika berada di pejabat. Pagi sekali, tengahari dan petang.



Persediaan Menyusu Badan, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu


Pada waktu malam juga saya akan bangun untuk melakukan aktiviti pam susu ini.


Tidak di nafikan ada ketikanya saya mengalami penyusutan susu terutama ketika badan tidak berapa sihat atau ketika haid. 


Ini menyebabkan saya terpaksa menghantar susu kepada anak di rumah pengasuh ketika waktu rehat. Alhamdulillah susu badan masih cukup.


Dengan izin Allah, saya teruskan juga perjuangan ini, moga-moga usaha saya sentiasa mendapat pertolonganNya.



Persediaan Menyusu Badan


Sebelum ini, saya telah terangkan mengenai Tuntutan dan kelebihan menyusu ibu.


Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa persediaan yang boleh anda lakukan untuk menyusu badan.


Persediaan ini penting supaya ibu yang ingin menyusukan anak memperoleh fokus yang tinggi di samping mendapat sokongan yang tinggi oleh orang-orang sekeliling.



#1. Persediaan sebelum melahirkan anak


Persediaan diri dan keluarga. Pengetahuan tentang penyusuan susu ibu adalah permulaan bagi anda.


Mungkin anda boleh dapatkan pengetahuan melalui membaca buku, majalah atau di internet berkaitan penyusuan susu ibu.


Anda juga boleh menghadiri kelas-kelas antenatal bersama suami serta dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dari klinik atau hospital kerajaan berdekatan.

Buat perancangan rapi. Cuba dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. 

Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.   



#2. Persediaan semasa melahirkan anak


Sentuhan kulit amat penting antara ibu dan anak. Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat ketika satu hingga dua jam selepas kelahiran. 

Biasanya, jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. 

Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.

Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu.

Bayi bertindak seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. 


Pada saat ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. 


Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

#3. Persediaan selepas melahirkan anak


Menyusu mengikut kehendak bayi. Ini bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. 


Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. 


Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.

Pastikan ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in) iaitu ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. 

Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. 


Rooming in ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. 


Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.

Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. 

Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.


Kesimpulan


Tindakan seorang ibu untuk menyusukan anaknya merupakan usaha murni yang memerlukan sokong dari orang yang terdekat.

Di samping itu, jangan berhenti berdoa agar Allah SWT membantu kita menyusukan anak.

Jika anda mengalami kekurangan susu, usahakan dengan suplemen tambahan yang berkesan. InsyaAllah.

Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut >> Tuntutan dan kelebihan menyusu ibu


Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991

Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. 




FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!




HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Monday, April 28, 2014

Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan Anda

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 


Beberapa minggu yang lepas, saya diuji dengan demam, batuk yang kerap dan selsema yang agak lama. Beberapa rutin harian saya sedikit terganggu.

Saya makan ubat demam, ubat batuk dan ubat selsema yang masih tersimpan dalam peti sejuk, tetapi belum lagi mendatangkan berkesan.

Saya rasa bimbang kerana demam yang dialami terlalu lama. Kesian anak-anak saya yang turut demam. Mungkin jangkitan dari saya.

Dalam pada itu, suami saya mencadangkan agar saya cuba makan nutriferon. Saya terlupa bahawa stok nutriferon masih ada di rumah.

Ya, memang ramai yang telah menggunakan nutriferon shaklee ini ketika demam.

Kalau sebelum ini, paracetamol merupakan ubat pilihan ketika demam, kini sudah ada pengganti yang baik kerana ia dihasilkan daripada bahan semula jadi.

Alhamdulillah, dengan izin Allah kesihatan saya semakin pulih. Justeru, hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai nutriferon shaklee ini. 

Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan Anda

Fungsi utama nutiferon shaklee ini adalah mengukuhkan sistem imun badan anda.

Sistem imunisasi badan anda boleh ditingkatkan menggunakan nutriferon ini bersama dengan dua jenis vitamin lain.

Sebelum itu, mari saya terangkan serba sedikit tentang sistem imun badan kita.

Sistem Imun


Sistem Imun ialah suatu sistem dalam tubuh yang memiliki peranan utama dalam pertahanan badan . 

Sistem ini terdiri daripada struktur dan sel yang meliputi ke seluruh jaringan tubuh. 

Fungsi utamanya adalah sebagai pelindung dari serangan benda-benda asing yang masuk ke dalam tubuh. 

Apabila sistem imun di dalam tubuh badan kita baik, tentu serangan penyakit dapat ditangkis sebaik  mungkin.

Sebaliknya, bila sistem imun tubuh kita lemah, kita berkemungkinan diserang penyakit.


Fungsi Asas Sistem Imun


  • Mencegah jangkitan.
  • Melindungi tubuh badan daripada serangan virus, bakteria, pencemaran dan penyakit.
  • Memperbaharui organ atau tisu yang rosak serta mengembalikan fungsinya.

Sistem Imun

Bagaimana Sistem Imun Kita  Berfungsi?



Kita mendapat penyakit daripada bakteria seperti kuman dan virus. 



Sesetengah bakteria tidak berbahaya atau bermanfaat, tetapi banyak yang menjadi berbahaya apabila masuk ke dalam tubuh atau aliran darah.



Apabila virus atau bakteria memasuki tubuh anda dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. 

Sebagai contoh, Virus Polio pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel-sel saraf dan menyebabkan kelumpuhan.

Jangkitan virus dan bakteria merupakan punca biasa penyakit. Contohnya selsema, campak, beguk, malaria dan AIDS.

Tugas utama imun ialah melindungi anda daripada jangkitan virus, bakteria dan jangkitan lain seumpamanya.

Tiga Cara Sistem Imun Bertindak


• Ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh.

• Jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan dan menyingkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak.

• Jika virus dan bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh mengesan pada peringkat awal dan menyingkirkannya.

Set Imunisasi Shaklee

Set Imunisasi Shaklee


Set ini terdiri daripada Garlic, Vitamin C, Zink dan juga Nutriferon.



Set Imunisasi Shaklee



Garlic 


Manfaat produk ini adalah:

  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman.
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - Mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman dan virus.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Menurunkan kolestrol.
  • Mencegah kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser (Nitrosamine).
  • Menolong menstabilkan glukos didalam tubuh kita.

Zinc


Manfaat produk ini adalah:
  • Membentuk kolagen - membantu pembentukkan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Memperbaiki diabetis - membantu oengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin.
  • Mempertingkatkan sistem imun.
  • Mempercepatkan pemulihan luka.
  • Bintik putih di kuku - Bintik putih di kuku adalah tanda kekurangan zinc, yang boleh menyebabkan tekanan, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia dan lemah penglihatan.
  • Memperbaiki radang kulit.
  • Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.
  • Memperbaiki masalah prostat.
  • Kemampuan seks lelaki - pengambilan zinc dalam jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten dan meninggikan kiraan sperma. Zinc yang cukup penting untuk kemampuan seks yang bertenaga.
  • Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

Vitamin C



Manfaat produk ini adalah:



  • Membentuk kolagen - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembut.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merahyang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menetang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung, kulit dan asthma. Selain itu, vitamin c juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.
  • Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk  melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan kulit - Antara kesan pengambilan vitamin c setiap hari ialah kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmentasi.
  • Memperbaiki imsomnia - Ia dapat memperbaiki imsomnia, stress dan masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis dan menghalang pendarahan dalaman.

Nutriferon


Manfaat produk ini adalah:
  • Memperkukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. InsyaAllah.
  • Melawan kanser dan tumor.
  • Melindungi dari influenza.
  • Meringankan stress dan kelesuan.
  • Melambatkan penuaan.
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C.
  • Mempertingkatkan menopaus.
  • Mempertingkatkan PMS.



Testimoni 


Di bawah adalah di antara testimoni yang menggunakan produk ini.


Testimoni #1


Testimoni 1

Testimoni #2


Testimoni 2


Testimoni #3


Testimoni 3

Testimoni #4


Testimoni 4

Testimoni #5


Testimoni 5


Testimoni #6


Testimoni 6

Testimoni #7



Testimoni 7


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 

Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi