HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, April 5, 2014

Sinergi Dengan Allah Dalam Segala Perkara

Bismillah.

"Orang yang kita sayang, belum tentu mampu sayang kita sebagaimana kita sayang dia. Namun insya-Allah orang yang sayang kita, mampu jaga kita sebaiknya. Malah mungkin, menyayangi kita lebih daripada dirinya. Justeru, pilih orang yang sayang kita. Insya-Allah kita akan dijaga sebaiknya."

Sebaik-baik pewaris adalah Allah. 





Andai di saat kita sakit, ibu kita sanggup datang kepada kita daripada jauh, namun kasih sayang Allah terhadap kita lebih daripada itu.



Andai di saat kita terluka, tiada orang lain yang lebih memahami hati kita selain daripada Allah. 



"Tidak pernah kecewa orang yang bercinta kerana Allah." - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di Seminar Baitul Muslim 3.0



Kadang-kadang, Allah tak cakap pun Dia sayang kita. Namun, kita dapat menilai daripada nikmat yang Allah beri.



Apabila kita minta kekuatan, Allah beri ujian, agar dengan itu kita jadi orang yang kuat.



Apabila kita minta kegembiraan, Allah sentiasa menjadi peneman. Walau kita tak nampak, Dia tetap ada. Andai kita fikir kita bersendirian, fikirkan ayat ini,



"Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada." (57: 04)


Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Walau Dia ada trillion hamba-Nya yang lain. Betapa hebatnya Allah. Masya-Allah.



Apabila kita minta peneman, adakalanya Allah buat kita tidak dapat fikirkan sesiapa pun. Agar dengan itu, kita hanya teringat untuk luahkan pada Dia.




Adakalanya terasa bersalah kepada Allah. Betapa banyak hadiah Allah beri kepada kita tiap hari, namun berapa kali kita bersyukur pada tiap nikmat itu.



"Maka nikmat yang mana yang kamu dustakan?"



Petikan 7 Petala Cinta,



"Sesungguhnya, jika tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat dari-Nya, nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu yang bersih.
Iaitu bersih daripada perbuatan keji dan mungkar selama-lamanya. Sebab itu cinta bukan melemahkan, tetapi menguatkan."




Allah tidak lihat betapa banyak kali kita berdosa. Namun Allah lebih lihat, berapa kali Allah kembali kepada kita semula.



Dikisahkan dalam surah Mariam. Di saat Mariam sarat mengandung, Allah tetap minta Mariam goncangkan pokok kurma. Walhal ketika itu Allah tahu, Mariam tidak mampu.



Allah hanya ingin melihat usaha, bukan hasil. Kerana sesungguhnya hasil itu datang daripada Dia.



Dengan itu, atas alasan apa kita perlu pisahkan Allah dalam kehidupan seharian? Insya-Allah itu antara pengajaran yang saya belajar di universiti kehidupan.



Dalam ebook 70 Lessons, insya-Allah lebih 70 pengajaran. Ebook ini dalam bahasa Melayu. Boleh dibaca, dalam format .pdf yang akan dimuatturun setelah pembayaran disahkan.



Pelajari lebih 70 pengajaran dengan klik link di bawah,




Alhamdulillah.




Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 


Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. 


Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

6 comments:

  1. alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmat Allah terlalu banyak kepada hambaNya

      Delete
  2. Allah sentiasa bersama kita di saat suka dan duka.. hanya kita yang kadangkala jauh dari Dia..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg baik.. sesungguhnya Dia sangat dekat dengan kita..

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi