Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Lama saya tidak mencoret disini. Alhamdulillah, hari ini boleh kembali. Ikut pesan guru,
"utamakan yang lebih utama" - Guru Rohani
Beberapa minggu lepas, masa harian saya lebih difokuskan bagi
- mengurus tugas hakiki sebagai pentadbir hal peperiksaan sebuah Universiti. Lega, semua selesai dengan tenang.
- Kemaskini blog peribadi yang turut sama bersarang; saljuhumairah. Ia blog yang menjadi pintu rezeki atas talian. (Jemput singgah ye....)
- Utama dan mustahak dalam jalan kehidupan ini, ruang masa untuk keluarga wajib didahulukan.
Saya adalah penulis jemputan disini (mungkin ada pembaca yang belum sedar), sekadar ingin berkongsi dalam benak fikiran - thanks to admin kerana sudi beri ruang.
Beberapa artikel telah terpapar disini dengan harapan bawa manfaat dalam kualiti kehidupan pembaca. Sila rujuk link dibawah sekiranya anda terlepas:
- Boleh ke Berniaga kerana Untuk Kaya Semata?
- Muslimah Mengajar KAFA beli Cash MPV.
- Yang Mana Kau Pilih? Perhatian Manusia VS Perhatian Allah?
- Beralasan Buang Banyak Masa
- Motivasi Berniaga | Jangan Bersangka
- Sinergi Dengan Allah dalam Segala Perkara
- 7 Tanda Kemunculan Dajjal Sudah Terjadi
- Bila Mat Lutfi Buat Kepala
Walaupun saya mempunya blog peribadi, saya suka menulis disini kerana konsep dan temanya - menjaga kesihatan fizikal/jasmani dan utamanya kesihatan/ketenangan rohani.
Malah ada juga terselit sedikit ruang dan peluang memikat rezeki. (Rujuk dengan admin sekiranya berminat mengetahui.
Entry kali ini saya ingin kongsikan tentang syukur. Semoga ia memberi motivasi dalam kelangsungan hidup penuh cabaran.
Lazimi Syukuri Dalam Diri ...
RM10 Klasik - ada yang masih simpan ke? |
Andai
kita seorang peniaga, dalam masa sebulan, Allah beri kita nikmat lebih RM100
tiap hari dijana daripada keuntungan produk yang kita jual.
Suatu
hari, Allah uji. Hanya RM10 sahaja. Kebiasaan daripada kita,
"RM10
je?"
Sedangkan
dalam tempoh 365 hari yang Allah beri lebih RM100, berapa kali kita mensyukuri
keuntungan RM100 itu?
Hanya 1
hari Allah uji, kita sudah merungut.
RM100 Lama - Tinggal Kenangan |
Analogi lain,
Ketika
kita melakukan kebaikan, tidak akan bergerak kita ke arahnya, kecuali dengan
izin Allah. Andai kita seorang yang tidak pernah tinggal solat, suatu hari
Allah uji, kita begitu malas solat.
Rasa
seperti ada energi yang menyapa diri yang menjadikan kita begitu malas, dan
berat untuk solat. Pasti, insya-Allah selepas beberapa ketika melalui saat itu,
kita merasa enaknya apabila diri melakukan kebaikan.
"Sesungguhnya, jika tidak kerana kurniaan Allah dan rahmat dari-Nya, nescaya tidak ada seorang pun daripada kamu yang bersih. Iaitu bersih daripada perbuatan keji dan mungkar selama-lamanya." - Petikan filem 7 Petala Cinta
Adakalanya,
sebuah pahala lebih nikmat apabila pernah rasa dosa. Sebuah penghijrahan terasa
begitu berkesan, setelah kita bertaubat daripada berbuat maksiat.
Adakalanya,
mendekati Tuhan menjadi lebih nikmat, ketika kita sedang diuji.
Adakalanya,
kita lebih khusyuk, ketika kita sedang berdukacita. Di saat itu, kita memohon
pertolongan Allah, daripada hati yang terdalam.
Adakalanya,
tawakal lebih efektif apabila kita mengosongkan kemampuan diri. Merasa
kehambaan yang tiada apa-apa tanpa-Nya.
Adakalanya
sebuah kelebihan akan lebih nikmat, apabila kita pernah berasa kekurangan.
Firman
Allah,
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku, dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai.
Dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah Al Ahqaf, 46: 15)
Allahumma
aamiin.
"Sebaik-baik wanita adalah, yang apabila diberi sesuatu, dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa, dia bersabar, yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya, dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya."
Andai
diadaptasi secara umum,
"Sebaik-baik hamba adalah apabila diberi sesuatu dia bersyukur, dan bila tidak diberi apa-apa dia bersabar. Yang sentiasa tenang bila menerima ujian. Yang mentaati Allah, apabila diperintah."
Justeru,
lazimi syukuri nikmat yang Dia beri. Atau diam itu lebih baik daripada
merunguti nikmat rezeki dari Ilahi.
Dengan
bersyukur, Allah tambah nikmat.
Andai
kufur, nantikan azab-Nya.
Insya-Allah
apabila kita mula menghargai tiap nikmat yang Allah beri, rezeki akan semakin
deras.
Ia adalah
salah satu pengajaran yang akan dipelajari lebih banyak dalam ebook 70 Lessons.
Muatturun
ebook 70 Lessons untuk lebih banyak motivasi kejayaan.
Astagfirullah.
Ampunkan Aku - Allah Ya Allah...
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991. Komen dan pandangan anda sangat dihargai. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. "Like" dan kongsikan andai ia bermanfaat - semoga anda semua sentiasa dalam lindunganNya.
kdang2 jie lupa gak nk bersyukur..hehe
ReplyDeleteSaya pun sama. Memang kita perlu saling ingat mengingat
Deletekadang-kadang bila kita rasa ada yang kurang, kita lupa nak bersyukur sebaliknya kita merungut pula. Sebenarnya semua itu ujian buat kita.
ReplyDeleteAllah bagi ujian untuk menguji hambanya
DeleteKita memang lemah. Bila kita teringat, terus sahaja bersyukur
ReplyDeleteJangan tunggu masa lapang untuk bersyukur
Delete