Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Siapa yang tidak kenal dengan Hujjatul Islam Imam Ghazali, sila angkat tangan.
Saya yakin ramai umat Islam kenal siapa dia Imam Ghazali. Kalau masih ada yang belum kenal mari saya kongsikan sedikit sejarah hidup ulama besar ini.
Nama penuh Imam Ghazali adalah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad.
Beliau dilahirkan di Thusia, suatu kota di Khurasan dalam tahun 450H bersamaan 1058M.
Bapanya bekerja sebagai pembuat pakaian dari bulu dan menjualnya di pasar Thusia.
Kehidupan bapa beliau yang miskin menyebabkan tiada harta yang mampu diwariskan kepada anaknya.
Bapanya misikin tetapi jujur dan gigih berusaha menenun kain bulu demi mencari nafkah.
Selain itu, beliau sering mengunjungi rumah ulama untuk menuntut ilmu agama, banyak berjasa dan senang membantu orang lain.
Diceritakan, bapa Imam Ghazali pernah menangis seraya mendengar penerangan guru yang alim.
Lantas, beliau memohon doa agar dikurniakan dengan seorang anak yang pandai dan berilmu.
Setelah bapanya meninggal dunia, beliau di asuh oleh seorang ahli tasawuf iaitu teman kepada bapanya.
Imam Ghazali memang seorang yang gigih mendalami ilmu. Sejak kecil lagi imam Ghazali mempelajari ilmu fiqah di negerinya sendiri kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Ar-Razikani.
Kemudian beliau pergi ke negeri Juijan dan belajar pada Imam Abi Nasar Al-Ismaili.
Selepas itu, Imam Ghazali berangkat pula ke negeri Nisapur dan belajar dengan Imam Al-Haramain.
Semasa berada di sana, tanda-tanda ketajaman mindanya terserlah sekali. Imam Ghazali mampu menguasai beberapa ilmu pengetahuan seperti ilmu mantik (logika), falsafah dan fiqh mazhab Syafie.
Gurunya Iman Al-Haramain pernah berkata.,"Imam Ghazali itu umapama luatan tak bertepi."
Pada tahun 484 H, beliau dilantik oleh menteri Nizamul muluk menjadi guru besar di Perguruan Tinggi Nizamiyah yang terletak dalam kota Baghdad.
Kitab karangan beliau banyak sekali dan sebuah kitab agung yang menjadi rujukan seluruh dunia adalah Ihya' Ulumuddin.
Ketika mengarang kita tersebut Imam Ghazali memilih cara hidup yang sederhana seperti mengurangkan makan dan minum dan lebih banyak beribadah kepada Allah SWT.
Cara hidup sedemikian diteruskan sehingg tanggal 14 Jamadil Akhir tahun 505H bersamaan 111M di Thusia.
Semoga pusaka ilmu yang ditinggalkan oleh Imam Ghazali menjadi rujukan dan faedah oleh umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya.
Terlalu banyak kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh Imam Ghazali untuk kita diambil sebagai panduan dan pengajaran.
Namun, hari ini saya hanya sekadar berkongsi 5 Kata-Kata Hikmah Imam Ghazali sahaja.
Kalau anda ingin mengetahui kata-kata hikmah Imam Ghazali yang lain boleh dirujuk daripada buku atau kitab yang banyak dijual di pasaran.
Kalau anda ingin mengetahui kata-kata hikmah Imam Ghazali yang lain boleh dirujuk daripada buku atau kitab yang banyak dijual di pasaran.
5 Kata-Kata Hikmah Imam Ghazali
#1. Kehidupan
Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.
2#. Mencari Hati
Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!
#3. Kanak-Kanak dan Orang Tua
Jika berjumpa dengan kanak-kanak – bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
Apabila bertemu dengan orang tua – bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
#4. Orang Alim dan Orang Jahil
Jika berjumpa dengan orang alim – dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
Apabila melihat orang jahil – mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
#5. Orang Jahat
Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Kata-kata no 2 tu .. "mencari hati" ... memang menyentuh hati :)
ReplyDeleteKalau tersentuh maknanya puteri berhati lembut
DeleteNurul kagum dengan kata2 imam Ghazali.. memang nasihat yang disampaikan secara lembut tapi penuh makna
ReplyDeleteSaya pun sama. terima kasih bertandang ke sini
Deleteperkongsian yg baik.. hebat pemikira imam ghazali..
ReplyDeleteTerima kasih..sebab itulah beliu digelar sebagai hujjatul Islam
Delete