Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Maksiat adalah perbuatan yang menyeronokkan berbanding ketaatan kepada Allah SWT.
Maksiat tidak perlu ambil kira halal atau haram. Ikut nafsu kita apa yang kita ingin lakukan.
Namun, Islam melarang kita melakukan maksiat. Hal ini bercanggah dengan seorang kekasih Allah SWT yang bernama Ibrahim Bin Adham.
Beliau mengatakan bahawa anda boleh buat maksiat. Tidak ada masalah. Asalkan anda boleh penuhi 5 Syarat Boleh Buat Maksiat yang saya akan kongsikan dalam entri kali.
Jom baca kisah seorang lelaki yang minat benar melakukan maksiat. Namun, Allah SWT telah berikan dia hidayah setelah berjumpa dengan Ibrahim Bin Adham.
5 Syarat Boleh Buat Maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
#1. Boleh makan rezeki selain daripada rezeki Allah SWT
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
#2. Cari bumi selain daripada bumi Allah SWT
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

#3. Cari tempat persembunyian yang tidak dapat dilihat oleh Allah SWT.
Lelaki itu kemudian menanyakan syarat yang ketiga pula.
Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim

#4. Dapat bertoleransi dengan malaikat maut
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

#5. Dapat menolak malaikat Zabaniyah ketika mengiringi masuk ke neraka
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan
Kisah ini sepatutnya menjadi pengajaran untuk kita semua di atas muka bumi ini.
Maksiat bukan untuk kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Namun, kita tidak sunyi dari melakukan kesilapan.
Oleh yang demikian, selagi pintu taubat masih terbuka, mari kita bertaubat.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
Seandainya anda rasa entri in bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Salam.patut malukan pada diri sendiri.ikutkan hari2 buat benda maksiat.lihat sahaja muka buka penuh dengan gambarkan.wahualam
ReplyDeletehari ini senang sahaja kalau nak buat maksiat...dihujung jari sahaja
Deleteayuh kita banyak amalan.terima kaish admin untuk ingatan bersama
ReplyDeletesama-sama kita ingat mengingati
DeleteTerima kasih
ReplyDeletesama-sama, jom sama-sama kita banyakkan amalan.
ReplyDeleteterima kasih di atas peringatan ini.. bersama kita menjauhi melakukan maksiat..
ReplyDeletejom cegah maksiat
Deletejanganlah hidup di alam ciptaan tuhan jikalau engkau tak taat kepadaNYA
ReplyDeleteGood sharing.. Peringatan unuk diri sendiri :D
ReplyDelete