HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, April 21, 2014

Matlamat Kejayaan Kekayaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.

Idea untuk menulis sebuah artikel tentang matlamat kejayaan kekayaan ini telah tercetus sejak saya menghadiri kursus oleh Dr Azizan Osman yang bertajuk "Magnet Kejayaan Kekayaan".


Matlamat Kejayaan Kekayaan


Alhamdulillah, setelah sekian lama idea ini tersimpan baru hari ini dapat diketengahkan.

Sungguh ramai masyarakat khususnya usahawan yang berusaha gigih memajukan perniagaan mereka agar berjaya menjadi kaya.

Namun begitu, ada dua kategori usahawan yang berjaya menjadi kaya setelah mereka menempuh ribuan ranjau dalam perniagaan.

Kategori pertama adalah usahawan yang sebelum berjaya mengenal diri sendiri, agama dan Tuhan tetapi berubah setelah jadi kaya.

Kategori kedua pula adalah usahawan yang pada awal hidupnya jauh dari Allah SWT dan agama, tetpai mula berubah selepas mereka sedar kepentingan kejayaan kekayaan.

Semoga kita tergolong dalam kategori yang kedua. Bukannya kategori pertama.


Matlamat Kejayaan Kekayaan


Dalam artikel ini saya ingin menerangkan tentang matlamat kejayaan kekayaan yang patut kita tentukan iaitu:


#1. Mengenal diri


Diri kita terdiri daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Perjalanan mengenal diri sendiri tidak cukup sekadar mengenal rupa paras (jasmani) sahaja.

Sebaliknya kita perlu mengenal watak rohani iaitu jiwa, fikiran, nafsu dan kekuatan seorang insan.

Kita perlu meletakkan matlamat kejayaan kekayaan untuk menggunakan masa yang banyak untuk diri kita mengenal diri.

Apabila kita mengenal diri kita barulah mudah kita menghargai diri dan juga orang lain. Tidaklah kita mensia-siakan orang yang tersayang.

#2. Mengenal Agama


Kekayaan yang ingin kita capai seharusnya boleh dijadikan aset untuk kita menuntut ilmu agama yang lebih.

Kita mungkin boleh merantau jauh mencari ilmu, bermastautin lama di pondok atau menjemput guru agama untuk mengajar kita dan keluarga tentang agama.

Di samping itu kita juga perlu lebih banyak menyumbang dan bersedekah. Menurut Dr Azizan, kita sudah dianggap kaya jika kita sudah mampu memberi walaupun dengan RM1.


#3. Mengenal Tuhan


Kejayaan kekayaan yang ingin dicapai bertujuan menjadikan kita lebih bersyukur.

Memang tidak dinafikan ramai usahawan yang telah kaya raya tetapi mereka tidak sombong, tawaduk dan tidak lokek menyumbang.

Bahkah kekayaan yang dicapai langsung tidak lekat di hati mereka. Semua itu dianggap sebagai milik Allah SWT. 


Kesimpulan


Matlamat sebenar kejayaan kekayaan di dunia ini adalah demi membina kehidupan di akhirat dengan lebih bahagia.

Kita menjadi lebih kaya di dunia bagi membuka ruang mengenal diri, agama dan Allah SWT.

Di doakan agar dengan kekayaan yang dianugerahkan Allah SWT dapat membantu orang lain serta dapat membayar zakat.

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. 

Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

Untuk membeli produk shaklee, boleh hubungi Huda : 011-18685991

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

6 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi