HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, April 26, 2014

1 Formula Hidup Tenang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.




1 Formula Hidup Tenang


[[ 1 Formula Hidup Tenang, Bahagia + Hati Lapang ]]



Sebagai manusia, tiap orang pasti ada impian menjadi kaya. Andai imannya dibimbing Allah, insya-Allah dia tidak akan menggunakan jalan yang Allah murka untuk capai impian itu.

Ketika mencari formula mencari kaya dalam masa 3 tahun, walau di awal usia 20-an, rumusan formula saya adalah,

"Kembali kepada Allah."

Segala formula dalam Al Quran, hadis adalah formula yang tepat menuju kekayaan, kebahagiaan dan ketenangan hidup. Tidak ada formula yang lebih baik daripada,

"Kembali kepada Allah."

Nak kaya - sedekah
Nak rasa bercukupan - syukur



---------

Keutamaan Kaya Jiwa

--------

Pengajaran bermakna setelah pernah 'pegang' RM 3 - 4 angka tiap bulan, adalah,

"Kaya jiwa lebih utama daripada kaya harta."

Andai di saat kita kaya harta, tetapi hati kita miskin, ia bermakna kita miskin.

Contoh: Kita peroleh RM3,000 tiap bulan

Perkara pertama yang kita buat bukan sedekah. Kita lupa nak 'laburkan' kembali duit itu di jalan Allah. Sama ada lupa atau buat-buat lupa. Kita rasa berat nak sedekah.

Andai orang berniaga, kita rasa berat nak berzakat. Antara sebabnya, kita rasa kita memiliki harta itu. Sedangkan,

"Tiap rezeki kita ada rezeki orang lain."

Oleh sebab itu, kaya hati itu lebih penting daripada kaya harta. Dalam BANGKIT 2014 Dr. Azizan Osman berkongsi, di saat kita memberi, di saat itulah kita sedang memprogram diri bahawa,

"Aku seorang yang kaya."

Dari dimensi yang lain, kita sedang menyebarkan frekuensi,

"Aku seorang yang kaya."

Orang yang memberi adalah orang kaya.

"Apa yang kita fikir, cakap, rasa adalah DOA." - Dr. Azizan Osman

Oleh sebab itu, di saat kita memberi, rasakan kita adalah orang yang banyak harta. Beri dengan emosi yang excited nak beri. Emosi seolah-olah kita telah peroleh kekayaan harta yang kita damba.

Insya-Allah, ia menjadi impian yang diwujudkan. Iaitu menjadi orang kaya.

---------

Testimoni - Menjalani Projek RM 6 - 7 angka

---------

Berikut adalah testimoni seorang wanita, isteri bagaimana hidup beliau berubah (dengan izin Allah), dengan bersedekah dan berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Beliau memberikan testimoni ini kepada Cik Insyirah Azhar, penulis ebook KeTuhanan.

Seperti yang dirumuskan formula di atas. Formula untuk hidup tenang, bahagia dan hati lapang adalah,

"Kembali kepada Allah."

Cikpuan, air mata mengiring text kita pada Subuh ini. Benarlah kekuatan sedekah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Saya sedang menjalani projek yang insya-Allah, berpotensi memberi keuntungan RM 6 - 7 angka Subhanallah. Sangat di luar jangkaan pemikiran saya. Tak pernah fikir untuk berada di tahap ini.

Dan saya sangat usaha jaga apa yang di Fikir, Cakap dan Buat, kerana semuanya adalah doa. Serta fokus pada apa yang kita mahu. Bak kata Prof. Dr. Muhaya,

"Nak jadi ahli syurga, kena senyum, bersifat penyayang dan rajin bantu orang."

Segalanya milik Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Syukur kerana saya memilih untuk bangkit, dan dikelilingi sahabat-sahabat yang positif, yang mendoakan, dan mengajak kepada amar maa'ruf nahi mungkar.

Setiap kata-kata mereka ada santapan rohani buat jiwa saya. Tarbiah dari Allah. Wallahu alam.

---

Alhamdulillah. Haza min fadhli Rabbi. Begitulah keajaiban sedekah yang telah menghantui cikpuan di atas. Daripada perkara di atas, kita dapat merumuskan:

"Nak kaya - kembali kepada Allah." 

Abu Darda’ meriwayatkan : Barang siapa membaca kalimat-kalimat ini 7 kali di waktu pagi dan 7 kali di waktu petang dengan ikhlas, Allah akan mencukupkan baginya terhadap segala apa yang menyedihkannya( dalam dunia dan akhirat).(Hadis Abu Dawud)



حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

…Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung.”(Surah At-Taubah [9]: 129)



Di saat kita telah kembali kepada Allah, di saat itulah, kita sedang berpaling pada Yang Maha Kaya.

---------

Ebook 70 Lessons - Meneladani lebih 70 pengajaran bermakna

---------

Insya-Allah dalam ebook ini, penulis berkongsi lebih 70 pengajaran bermakna, seperti di atas, yang penulis peroleh selama berpengalaman 3 - 5 tahun. Ada banyak pengajaran yang boleh diperoleh.

Pengajaran di atas adalah daripada aspek spiritual. Insya-Allah, dalam ebook ini turut dikongsi daripada aspek bisnes dan kehidupan.

Muatturun ebook 70 Lessons untuk pelajari 70 pengajaran yang lain,

Klik sini --> 70Pengajaran




Alhamdulillah.  Semoga ianya bermanfaat untuk kesihatan rohani anda.


Jika berminat dengan produk shaklee untuk kesihatan jasmani, sila hubungi

Huda: 011-18685991 Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi