Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sekarang ini, kalau anda hadirkan diri ke kuliah agama dan layari internet telah tersebar isu kemunculan dajjal.
Bahkan ada ulama yang bermimpi bahawa dajjal sudah muncul. Cuma kita tidak tahu di mana dia berada.
Sama ada dua sudah muncul atau belum, kita wajib yakin bahawa dia pasti akan muncul. Anda boleh rujuk di sini:
Apa yang perlu kita lakukan sekaranga adalah fokus dengan persiapan untuk menjauhi fitnah dajjal.
Di ceritakan bahawa dajjal mampu melewati seluruh tempat di dunia ini kecuali Madinah dan Mekah.
Di ceritakan bahawa dajjal mampu melewati seluruh tempat di dunia ini kecuali Madinah dan Mekah.
Bagaimana cara menjauhi fitnah dajjal? Syukurlah kerana caranya telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Penjelasan yang lebih lengkap berkenaan amalan ini bolehlah dirujuk dengan ustaz yang mahir.
Jom ikut saya amalkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita.
Amalan Harian Jauhi Fitnah Dajjal
#1. Membaca 10 ayat dari surah Al-Kahfi
Terdapat beberapa dalil berkenaan hal ini. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Di samping itu, kita disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).
#2. Menghafal 10 ayat pertama dari surah Al-Kahfi
Terdapat juga dalil yang menyatakan seorang muslim yang menghafal sepuluh pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal.
Dalil tentang fitnah dajjal ini adalah dari Abu Darda R.A dari Rasulullah saw berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
#3. Menghafal 3 ayat dari surah Al-Kahfi
Terdapat juga dalil yang menyatakan seorang muslim yang menghafal tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal.
Dalil tentang hal ini dirujuk pada lafaz Tirmidzi yang bermaksud:
Dalil tentang hal ini dirujuk pada lafaz Tirmidzi yang bermaksud:
“Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadis hasan.”
#4. Menghafal 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi
Siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.
Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata :
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan :
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
#5. Amalkan doa dalam solat sebelum salam
Selain itu, Baginda SAW mengajarkan kita satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang.
Doa itu adalah :
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”
Kesimpulan
Fitnah dajjal merupakan peristiwa akhir zaman yang cukup hebat. Diceritakan dia sendiri mengaku Tuhan dan mampu membinasakan orang yang tidak mahu mengikutnya.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
salam jumaat.. merbahayanya fitnah dajjal.. sangat bermanfaat perkongsian ini untuk amalan kita semua..
ReplyDeletesalam jumaat...fitnahnya semakin dekat
Deletesalam jumaat ... nice sharing :)
ReplyDeletesalam jumaat...terima kasih puteri wanita
DeleteAssalammualaikum...faizal,
ReplyDeleteTerima kasih atas doa nie.. memang benar kita kena jauhi daripada fitnah dajjal dengan amalan doa nie... bagus.
mselim3
Waalaikumussalam..tuan Selim
DeleteSemoga kita terhindar dari fitnah dajjal
nice share.. sama2 kita amalkan smoga kita semua dapat dilindungi dari fitnah dajjal.. amiin..
ReplyDeleteterima kasih Pha Is..amin..sama kita beramal
Deletenice sharing.
ReplyDeleteterima kasih Tuan Muhammad Khairuddin Lim
Deletesalam singgah. alhamdulillah perkongsian yg bermanfaat untuk kebaikan semua :)
ReplyDeletesalam..terima kasih kerana sudi singgah. sama2 kita berkongsi dan beramal
DeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu dan amalan ini.
ReplyDeleteSama-samalah kita beramal
DeleteAssalamualaikum, saudara Faizal. Saya membuat tawaran baru untuk pembelian buku saya Tetamu Istimewa. Jangan lepaskan peluang ini untuk memilikinya. Jom, jenguk ke blog saya. Terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam..Terima kasih di atas tawaran yang hebat ini
Delete