HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, April 5, 2014

5 Cara Percuma Mempromosikan Blog

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.

Sekarang ini beribu-ribu blog telah dibangunkan oleh rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

Mustahil sekali blog yang baru kita bangunkan akan dikenali oleh pembaca kalau kita tidak mempromosikannya.

Untuk itu, saya senaraikan 5 cara percuma mempromosikan blog yang berkesan.



Cara ini baik diamalkan oleh blogger-blogger baru dan pada pemerhatian saya, blogger-blogger lama juga masih menggunakannya.

5 Cara Percuma Mempromosikan Blog 


#1. Gunakan media sosial


Laman sosial yang disukai pada masa kini adalah facebook dan twitter. Anda boleh mempromosikan artikel dari blog secara manual ataupun automatik.

Selain menggunakan akaun facebook peribadi, anda boleh membina fanpage untuk mempromosikan blog anda.

Anda boleh menggunakan 5 cara berkesan mempromosikan blog di facebook atau cara hantar entri ke banyak group facebook serentak untuk memudahkan promosi anda.


#2. Gunakan Laman Ping Aggregator  


Laman ping aggregator merupakan laman satu laman yang memudahkan pengguna berdaftar untuk berkongsi kandungan terkini dari blog mereka kepda para pembaca yang lain.

Terdapat banyak laman ping aggregator seperti busuk.org, gilaping, blogr dan sebagainya. 

Anda boleh lihat Laman Ping Aggregator yang digunakan oleh blog syukurnyasihat.

#3. Komen di blog


Komen yang anda tinggalkan di blog-blog yang berperngaruh memberi peluang kepada pembaca baru untuk datang ke blog anda.

Cuba jadi orang yang pertama komen di blog yang hebat seperti denaihati, ohcikgu dan sebagainya.

Elakkan komen yang berbentuk SPAM. Ini akan menghilangkan kredabiliti anda sebagai seorang blogger.

Anda boleh baca bagaimana cara menarik trafik dengan menginggalkan Komen di blog.

#4. Guest Blogging


Apa maksud guest blogging? Guest blogging adalah penulis jemputan yang boleh dikategorikan kepada dua bahagian:
  • anda menjadi penulis di blog orang lain
  • anda menjemput orang lain menulis di blog anda

Kedua-dua jenis ini mampu menarik trafik ke blog anda iaitu pembaca dari blog yang anda tulis akan datang membaca blog anda

Manakala anda menerima sumbangan artikel daripada penulis luar pula, si penulis akan membawa pengikutnya datang membaca artikel yang dihantar ke blog anda.

#5. Gunakan Video


Laman YouTube merupakan salah satu medium membolehkan anda menghantar atau muat naik sebarang video.

Pengunjung video di laman youtube meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda boleh mempromosikan blog anda di sana.

Anda boleh rakam video tutorial, memberi sebarang pendapat, berkongsi pengalaman, cerita penulisan dan sebagainya.

Jangan lupa letakkan URL blog anda di dalam video. Biasanya dihujung video yang dimuatnaik.


Kesimpulan


Setakat ini blog syukurnyasihat hanya menggunakan cara #1-#3 sahaja untuk mempromosikan blog.

Namun begitu, Alhamdulillah dalam tempoh yang tidak terlalu lama blog ini telah berjaya masuk dalam rangking alexa.

Terdapat banyak cara lagi untuk mempromosikan blog kita secara percuma tetapi sebelum mempromosikan blog terlebih dahulu kita perlu pastikan isi kandungan blog kita berkualiti dan disukai ramai.

Oleh itu, proses mencari dan belajar tidak boleh berhenti. Ia akan terus berjalan dan berjalan jika kita mahu menjadi seorang blogger berjaya.

Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.


FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

10 comments:

  1. Bestnya k.huda....nk try jgkla..... :)

    ReplyDelete
  2. cara-cara offline juga penting seperti buat bisnes card, rajin ke gathering dan perjumpaan, seminar blogging dan kelas. boleh bina lebih luas business network bila berjumpa depan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju sangat dengan Tuan Izwan..cara ini hanya sebahagian kecil sahaja. Offline juga kalau kena caranya memang berkesan. terima kasih kerana berkongsi idea

      Delete
  3. byk cara nak promote blog sebenarnya kan? terpulang pada individu nak guna cara yang mana. :)

    ReplyDelete
  4. Ada mcm2 cara untuk promote blog sebenarnya kan.. cuma terpulang pada blogger tu sendiri nak guna cara apa. :)

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi