HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, February 10, 2014

Panduan Menarik Trafik Melalui Komen

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.


Sebagai seorang blogger, trafik merupakan perkara penting yang perlu diambil perhatian. 

http://goo.gl/TKhCoJ



Tahukah anda bahawa dengan hanya meninggalkan komen pada blog atau laman web orang lain mampu menarik trafik ke blog anda.

Panduan Menarik Trafik Melalui Komen

Memberi komen kepada laman web berprofil tinggi adalah taktik besar untuk menarik trafik ke laman web anda sendiri. 

Antara contoh laman web berprofil tinggi di Malaysia adalah seperti Denaihati, Arifshah, Ohcikgu, Amanz dan lain-lain lagi.

Cara ini adalah taktik yang mudah kerana sesiapa pun boleh melakukannya.

Ia sangat berkesan dalam membina hubungan dengan blogger yang lain dan mendapat lebih banyak komen pada artikel anda sendiri.

Komen bukan berkaitan SEO tetapi berhubung dengan pelawat


Pautan dalam komen tidak dilihat sebagai satu cara membina link untuk meningkatkan kedudukan dalam enjin carian. 

Meskipun komen di blog lain ataupun laman web tidak meningkatkan nilai tambah kepada SEO blog anda tetapi ia lebih kepada cara membina hubungan yang erat dengan laman web yang lain.

Ia adalah satu peluang untuk mendapatkan trafik daripada sumber-sumber lain seperti blog atau website selain daripada enjin carian. 

Mendapatkan kedudukan enjin carian adalah satu proses jangka panjang. Usah rasa pelik jika dalam beberapa minggu dan bulan pertama blog baru yang anda bangunkan mungkin tidak mendapat banyak trafik melalui enjin carian. 

Justeru, semasa anda membina kandungan dalam arkib dan mendapatkan pelawat, bolehlah anda menulis komen yang berguna di laman web atau blog yang berkaitan untuk menjana beberapa trafik awal.

Secara tidak langsung, taktik ini dapat memberi tahu kepada seluruh dunia tentang kewujudan blog anda. 

5 Cara GandakanTrafik Melalui Komen


Berikut adalah 5 langkah boleh anda ikuti untuk menarik trafik ke laman web anda sendiri melalui komen:

#1. Cari laman web yang berkaitan dengan blog anda. Gunakan carian Google atau Twitter dan media sosial yang lain. 

Langgan ke laman web yang berkaitan, follow mereka dalam media sosial dan terokai kandungan artikel mereka. 

Untuk menarik trafik anda mesti memberi komen mengenai laman berprofil tinggi yang biasanya mempunyai banyak pengunjung. 

Simpan blog atau laman web (jadikan favourite) yang telah dipilih untuk meninggalkan komen seterusnya.

#2. Komen awal. Kebanyakan ruang komen di blog akan menyenaraikan komen terawal di atas. Anda mesti komen mengenai artikel yang baru diterbitkan. 

Jika anda berbuat demikian anda akan mendedahkan komen anda kepada beribu-ribu orang yang akan membaca post tersebut. 

Lebih awal anda komen, lebih banyak orang akan melihat komen anda.

#3. Jenamakan komen anda. Ia akan membuat diri anda mudah dikenali dengan komen avatar yang diiktiraf secara global dari Gravatar. Panduan menggunakan Gravatar boleh dirujuk di sini.

#4. Jangan hanya memberi komen. Tinggalkan komen pada arikel yang anda suka dan jika anda mempunyai sesuatu yang relevan serta menarik untuk dikatakan. 

Komen yang berkualiti mewujudkan nilai tambah kepada pengomen dan mengambil perhatian pembaca. 

Tambah sesuatu yang besar menerusi komen anda. Berikan idea anda tentang sesuatu isu dan berikan maklumat tambahan daripada pengalaman peribadi anda atau dari artikel di blog anda sendiri. 

#5.Kekal berhubung dengan laman-laman ini. Melibatkan diri dalam perbincangan beberapa kali sejak dari awal dan beberapa hari seterusnya. 

Jangan hanya menghantar satu komen dan tidak pernah kembali lagi ke blog tersebut. 

Ini akan memberi perhatian kepada pemilik blog dan akan membantu anda membina hubungan yang kukuh. Jom baca selanjutnya.

3 Tabiat komen yang perlu dielakkan


Komen yang baik berkait rapat dengan etika dan nilai penghormatan. Apabila anda berkunjung ke laman web seseorang, anda diumpamakan sebagai "tetamu".

Secara mudahnya begini. Tetamu yang berkunjung ke rumah anda, pasti anda akan dilayan dengan baik selagi anda hormat kepada tuan rumah. 

Oleh itu, elakkan tabiat memberi komen di bawah ini:

#1. Tidak membaca semua artikel berkaitan sebelum komen. Hal ini adalah penting terutamanya dalam artikel-artikel kontroversi. 

Kemungkinan besar, di dalam artikelnya terdapat sindirin di hujung, di tengah atau dalam artikel sebelum ini.

Jika anda meninggalkan komen tanpa membaca keseluruhan artikel yang berkaitan, biasanya penulis tahu bahawa anda tidak faham tentang artikel yang ditulis.

#2. Tidak membaca semua isi artikel sebelum komen. Kotak komen adalah untuk pembaca yang mempunyai sesuatu untuk diperkatakan tentang bahan yang disampaikan. 

Jika anda tidak membaca isi kandungan artikel, maka kotak komen tersebut bukan untuk anda. 

#3. Malu mempromosikan blog anda dalam komen. Mempromosikan laman web anda adalah penting. 

Dengan cara meninggalkan komen di laman web lain dan membiarkan pembaca klik pada URL anda sendiri telah mempromosikan blog anda.

Cara ini akan meningkat diri dan blog anda dalam usaha untuk mendapatkan trafik di peringkat awal. 

Secara tidak langsung blog anda mudah dikenali dan diperkenalkan kepada beberapa penulis blog yang lebih popular dalam bidang anda. 

Sekarang bayangkan jika anda melakukan ini secara konsisten pada beberapa laman web berprofil tinggi pada masa yang sama. 

Ia boleh membawa jumlah yang banyak trafik ke laman web anda . Saya sangat mengesyorkan cara ini.


Kesimpulan


Bagaimana kita meninggalkan komen secara langsung memberi imej kepada blog yang kita miliki.

Lalu, kita perlu berlatih sedaya upaya untuk meninggalkan komen yang berkualiti.

Sebabnya komen yang kita tinggalkan itu telah menjadi rekod kepada blog dan pengunjung lain ke blog tersebut.

Kita juga perlu ingat bahawa komen kita tinggalkan dalam blog itu boleh diakses sampai bila-bila sekiranya blog tersebut masih aktif.

Ia mungkin akan terus dirujuk oleh generasi masa hadapan.

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. 

Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!






HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

9 comments:

  1. Terbaiklah..mungkin ini singgah komen pertama sy.

    p/s Word Verification agak melambatkan proses komen , kalau boleh tak perlu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas singgah sulung PCL, saya begitu teruja sekali..insyaAllah saya betulkan secepat mungkin

      Delete
  2. Selamat kembali menulis...selamat datang...saya telah add anda sebagai follower...sudi add saya dengan blog baru anda...semoga persahabatan berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berjumpa lagi..terima kasih banyak Tuan Muhammad Khairuddin Lim. saya cukup terharu dengan komen Tuan. semoga kita bersahabat hingga ke syurga

      Delete
  3. Saya gembira kerana anda telah kembali ke dunia blogging ...Salam kejayaan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lagi dan lagi...sokong yang membuatkan saya rasa cukup bersemangat,

      Delete
  4. Assalammualaikum..faizal,

    wahh.. penerangan yang jelas, terima kasih bebanyak. Suka membaca utk menambah ilmu, boleh menarik traffik melalui komen.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Tuan Mohd Selim Zainal...terima kasih banyak di atas sokongan dari tuan.

      Delete
  5. bagi aku suka wujudkan hubungan,"awak komen blog saya, saya komen blog awak"..yang penting kena ada loyal readers.nanti takdelah entri kalo publish kosong takde orang komen..haha

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi