HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, February 7, 2014

Apa Pengedar Shaklee Perlu Tahu Tentang Blog?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara. 

Kita sering mendengar ungkapan pendek oleh kebanyakan orang 'tidak kenal maka tidak cinta'. Betul atau tidak ungkapan tesebut?

Saya yakin anda tentu boleh fikirkan sendiri jawapannya. Kalau tanya saya, pasti saya angguk tanda setuju.




Begitu juga dengan blog. Jika kita ingin membina sebuah blog, kita perlu kenal terlebih dahulu apa itu blog.

Tidak semestinya perlu kenal dengan lebih mendalam atau terperinci. Memadai kita kenal secara ringkas.

Apa Pengedar Shaklee Perlu Tahu Tentang Blog?


Sebelum saya teruskan, saya ingin maklumkan bahawa artikel ini boleh juga di baca oleh semua orang yang berminat untuk mengetahui tentang blog.

Tidak semestinya pengedar sah Shaklee sahaja yang mahu belajar membina blog.

Jadi, apakah blog itu ?


Secara mudanya 'blog' adalah 'weblog'. Ia umpama diari peribadi yang boleh dibaca oleh semua orang jika kita sebarkan kepada umum.

Blog juga merupakan koleksi artikel/entri/post yang dimasukkan secara teratur artikel yang terbaru akan diletakkan di atas sekali.

Dalam erti kata yang lain, blog ada diari online yang terdiri daripada beberapa kelebihan:

  • anda boleh kemaskini isi kandungan blog secara berkala
  • pembaca artikel boleh memberi komen terhadap entri anda 
  • artikel blog boleh di susun secara kronologi ikut kita mahu
  • anda boleh berhubung dengan blogger lain secara mudah dan sebagainya.

Menerusi blog, anda memang boleh menjana duit bukan sekadar mengedarkan produk Shaklee sahaja tetapi anda perlu ada kemahiran menulis yang tinggi, traffik yang kukuh dan promosi blog yang hebat.

Sebenar di Malaysia ini telah ramai blogger yang telah menjana duit dari blog seperti saljuhumairah, ciktom, titan dan sebagainya.

Apa yang membuatkan blog kita istimewa?


Pada masa kini terdapat lebih daripada 250 juga blog umum yang diterbitkan setiap hari.

Jadi, apa yang membuatkan blog kita istimewa? Mudah sahaja, blog yang berguna adalah:


  • Blog yang mudah dikemaskini
  • Mudah untuk pengunjung datang kembali
  • Tarikan promosi melalui komen
  • Tidak semestinya anda perlukan kemahiran yang tinggi untuk maintain a blog

Bahkan orang yang bukan mahir tentang teknologi maklumat boleh membina blog yang berkualiti tanpa mempunyai pengetahuan seperti HTML, CSS, Jscript, PHP dan sebagainya.

Sudah ramai Master-master shaklee yang sudah berjaya mempunyai blog sendiri dalam memasarkan produk shaklee. Saya ada nyatakan dalam entri ini.


Siapakah Blogger.com?


Terdapat banyak hosting yang menyediakan platform untuk anda bangunkan blog, seperti:


  • WordPress.com
  • Blogger
  • Typepad
  • Tumblr
  • LiveJournal

Dalam entri ini saya hanya bincangkan tentang blogger sahaja kerana saya rasa ia mudah digunakan. Saya ada tunjukkan cara mudah membina blog dalam artikel ini.

Syarikat Blogger.com sebenarnya dimiliki oleh PyraLab, namun pada tahun 2002 Google.com telah mengbambil alih.

Dari tahun ke tahun pihak goole telah melakukan banyak perubahan bagi media tersebut sehingga banyak aplikasi yang bersifat terbuka disediakan.

Blog merupakan satu laman yang boleh diketengahkan dalam pelbagai bidang seperti catatan peribadi, perniagaan, politik dan sebagainya.

Selamat Datang kepada blogger Shaklee. Jom buat blog! Saya telah sediakan tutorial membina blog dengan blogspot.com dengan mudah di sini.

Sekiranya anda rasa artikel ini berguna, sila kongsikan dengan orang lain yang anda mahu.


FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi