HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, April 7, 2014

Beralasan Buang Banyak Masa

Bismillah.


Hari ini saya ingin kongsikan lagi motivasi dan berniaga dari penulis ketuhanan - Insyirah Azhar.


Kita tidak perlu menuggu masa, kerana masa sentiasa meninggalkan kita jauh kebelakang.

------

Beralasan Membuang Masa

------

"Sometimes late becomes never."

Saat diperlukan. Saya ada apps quote dalam tab saya. Dan tertera pepatah di bawah,



"Even if a single day in your life is the same as the day before, it surely is a pity.
 At every moment and with each new breath, one should be renewed and renewed again.
 There is only one way to be born into a new life: to die before death." - Shams Tabrizi


Persoalan saya: "How to die before death?"



"Waktu adalah kehidupan. Kehidupan manusia adalah waktu yang dilaluinya dari mula dia lahir hingga meninggal dunia." - Hassan Al Bana 

Kata pepatah Arab,



“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam, dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”


 "I always wonder why birds stay in the same place, when they can fly anywhere on the earth. Then I ask myself the same question." - Harun Yahya



Apabila kita banyak memberi alasan, kita tidak akan mengubah apa-apa dalam kehidupan kita. Hasilnya, kita akan buang masa, energi, duit. Kerana kita masih orang yang sama.



Tak sedih? Apabila kita banyak online Facebook selama hampir 5 jam sehari, tapi kita tak buat 5 angka dengannya dalam masa 3 tahun?



Tak sedih? Apabila kita banyak beri alasan, selepas 5 tahun kita masih orang yang sama dengan 5 tahun yang lalu?



"Orang yang berjaya bukan sebab mereka hebat, tetapi mereka sentiasa istiqamah. Jangan layan hal negatif jika ingin berjaya, banyak masa terbuang, dan hilang fokus.   Fikirkan berapa tahun anda rugi?" - Sifu Siddiq



Panggg!!! 



Terkena pada diri. Kadang-kadang sedar, tapi hati yang buta membuat kita tetap dengan pendirian yang sama. Itu pasal hidup tak berubah-ubah.

Kalau skrip Tuan Shamsuddin Kadir,

"Lepas tu mengadu, ya Allah inilah takdirku."



Lol!

Firman Allah dalam surah Ar Raad ayat 11,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.”



------

Usaha vs. Tawakal

------

Hatta dalam surah Mariam, ketika Mariam sarat mengandungkan Nabi Isa, Allah tetap suruh Mariam goncangkan pokok kurma. Sedangkan Allah sedia maklum, Mariam sedang sarat mengandung.

Allah bukan bother tenting basil. Tetapi Allah lebih prihatin dengan usaha. Sedangkan Mariam antara hamba yang dicintai Allah, diminta berusaha.

Apatah lagi kita yang entah siapa darjatnya di sisi Allah. Dan setelah berusaha, kemudian barulah bertawakal kepada Allah.

"Susah tapi boleh." - quote seorang motivator



Firman Allah,

"Wahai orang beriman, hendaklah bertawakal kepada Allah dan buatlah perhitungan untuk menyahut kedatangan hari esoknya (hari kiamat). Dan (sekali lagi diingatkan) bertakwallah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya segala yang apa kamu kerjakan." (Surah al-Hasyr: 71)


Hanya kepada-Mu kami bertawakal ya Allah.



Saya suka doa ini,



"Ya Haiyu ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku. Dan janganlah Kau serahkan kepadaku walau sekelip mata."



Agar ... kami tidak menjadi orang yang rugi, membuang masa yang ada ya Allah. Allahumma aamiin.



Lebih banyak pengajaran boleh dipelajari apabila memuatturun ebook 70 Lessons, dengan muatturun pada link di bawah,





Astagfirullah.


Hisham Mohamad TwonTawi

Penulis Jemputan. - Saljuhumairah.






==================================================


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 


Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat, sila kongsikan. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.  Semoga kalian mendapat rahmat dan redhaNya.

14 comments:

  1. hindarkan kata 'nanti' dan beralasan kerana menaguhkan pekerjaan dan menunda kewajipan diri kerana semua tu adalah punca awal untuk gagal seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen dari PCL yang cukup berharga.terima kasih banyak

      Delete
    2. Saya setuju dengan pendapat dari PakcikLie

      Delete
  2. ramai yang menyerah kalah sebelum mencuba dan berusaha yang terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sebagai umat Islam, kita patut bersyukur kerana Allah SWT sentiasa mengkabulkan doa kita. Tetapi usaha tidak boleh dilupa

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian ni...emm bukan senang nak hadapi semua nya...

    ReplyDelete
  4. setiap kali mulut kata tak ada masa, setiap kali telinga dengar tak ada masa. Kalau sentiasa cakap tak ada masa, sampai bila2 pun takkan ada masa. akhirnya semua kerja terbengkalai.

    ReplyDelete
  5. Assalammulaikum...

    setuju dengan entry nie... alasan ini biasanya adalah 'cari masa untuk bertangguh' dan memang merugikan.. kalau orang business cakap "time is money" betul x?

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul En Selim, saya setuju

      Delete
    2. yezze.. time is money. tapi kalau datang mood malas tu, tangguh juga.. hehe

      Delete
    3. saya juga lemah dalam bab menepati masa

      Delete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi