HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, April 10, 2014

Boleh Ke Berniaga Kerana Nak Kaya Semata-Mata?

Refresh Niat


Bismillah.



Dari kecil saya diajar memulakan setiap ibadah dengan niat.


Bila dah besar, Ustaz maklum setiap perkara baik yang kita buat adalah ibadat.  So, setiap apa yang kita buat hari-hari juga perlu dimulakan dengan niat.


Itu dalam fikiran saya - yang jahil.





Refresh Niat ...



Tiap hari penting untuk sentiasa refresh niat. Sama ada dalam belajar, bisnes, kehidupan, perkahwinan, dan bersilaturrahim secara maya.



Contoh, dalam pembelajaran.



Belajar kerana nak kerja hebat-hebat semata-mata, atau di samping untuk mendapatkan redha Allah. Score bukan kerana peperiksaan semata-mata, tetapi kerana nak buat yang terbaik untuk Allah.



Dalam bisnes.




Berniaga kerana nak kaya semata-mata, atau di samping untuk bantu orang lain dengan produk yang dijual, serta meraih redha Allah.



Dalam bersilaturrahim.



Kita bersahabat dengan seseorang kerana dia kaya, pandai. Boleh bantu kita dalam bisnes. Yang sebaiknya, silaturrahim, agar saling dapat membantu, serta kerana nak dapat redha Allah.



"Apabila sesuatu perkara dipisahkan daripada spiritual, ia akan menjadi beban."

Contoh, andai kita plan dapatkan RM3,000 tiap bulan. Hanya untuk untung semata-mata, tanpa menekankan aspek spiritual. Apabila sasaran itu tidak dapat dicapai, kita akan stress.



Sebaliknya andai kita bersangka baik kepada Allah, insya-Allah kita akan rasa lebih tenang. Kerana kita yakin, mungkin usaha kita kurang. Atau kita kurang berniat nak bantu orang.



"Ujian yang buat kita ingat Allah, lebih baik daripada nikmat yang buat kita lupa pada Allah."



Dalam ebook 70 Lessons, dikongsikan lebih 70 pengajaran untuk diteladani. Pengajaran lebih 3 tahun, daripada aspek bisnes, kehidupan, spiritual.

Pelajarinya dengan klik link di bawah,






Alhamdulillah.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991  Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

16 comments:

  1. perkongsian menarik..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...

    Insaallah janji faizal ... sabar dalam berniaga yer.. dahulu mselim3 pernah gak berniaga produk susu mr marketing.. susu kambing. Setuju dengan entry faizal nie.. meniaga memerlukan kesabaran yang tinggi insaallah ,, pasti berjaya..k

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      peringatan ini adalah untuk saya juga. banyak pengalaman mselim3

      Delete
  3. tujuan utama berniaga ofcoz la nak untung .... tapi jangan la sebab nak kaya semata-mata kan? nanti takut diri jadi tamak takut menipu dan ambil kesempatan pula... yang penting hasil yang kita dapat tu mesti lah berkat dan jangan lupa bayar zakat ;)

    ReplyDelete
  4. buat sesuatu yg baik, niat kan kerana Allah, insyaAllah menjadi ibadat.. :)

    ReplyDelete
  5. berniaga biar ada minat dari situ akan ada usaha untuk berjaya dang raih untung tapi biarlah apa di katakan benar. tak kira apa benda kita jual yang penting jangan tipu pelanggan sah wang tak berkat.

    seronok berniaga ni :) ada duit rasa kepuasan tu pasti bermukin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam mempunyai guide yang sempurna..kalau semua ikut kita bahagia

      Delete
    2. terima kasih suri..Islam sudah menyediakan panduan yang sempurna.

      Delete
    3. Betul suri... penting kepercayaan orang terhadap kita dalam berniaga.

      Delete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi