HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, February 28, 2014

Shaklee Motivation & Rally Penang Sunway Carnival Convention Center

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara. 

Kata-kata orang motivasi, 'kalau ingin berjaya kena bergaul dengan orang yang berjaya'.

Ya, kami cuba aplikasikan kata-kata motivasi ini, mudah-mudahan ia menjadi untuk kami.

Alhamdulillah syukur, kami sekeluarga berkesempatan menghadirkan diri ke sebuah program yang dianjurkan oleh pihak Shaklee di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dulunya, memang jarang kami sekeluarga pergi ke program yang melibatkan ramai orang kecuali kenduri kendara. 

Bukannya apa, bagi kami anak-anak kecil masih tidak kuat antibodinya. Rasa kurang sesuai dedahkan mereka dengan suasana orang ramai yang hiruk -pikuk.

Sekarang ini mereka sudah semakin besar. Alhamdulillah.

Bertempat di Sunway Carnival Convention Center, Seberang Jaya Pulau Pinang pada 22 Februari 2013 pihak Shaklee telah menganjurkan Motivation & Rally Penang Sunway Carnival Convention Center.

Antara agenda yang disusun dalam program ini adalah sambutan Tahun Baru Cina, Motivasi dan Tip Kesihatan, penyampaian hadiah dan jamuan makan.

Shaklee Motivation & Rally Penang Sunway Carnival Convention Center


Ya, tujuan kami pergi ke program ini adalah untuk mendengar penceramah Shaklee yang telah berjaya, berkenalan dengan ahli-ahli Shaklee dan menikmati jamuan. He..he..

Pada pandangan kami makanan yang disajikan menyelerakan. Tempat yang dipilih oleh pihak Shaklee juga memuaskan. 

Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang sempat diambil ketika berada di Shaklee Motivation & Rally Penang Sunway Carnival Convention Center.





 Isteri saya sedang mengisi borang pendaftaran



Ramai peserta yang sedang munungu giliran untuk mengisi borang pendaftaran


Sedang menunggu pengaca majlis tampil ke hadapan


Tahniah kepada Aty (tiga dari kiri) yang telah berjaya menjadi Coordinator



Memang mengujakan, ramai yang telah berjaya sebagai leader. Ada  yang muda-muda lagi telah mencapai tahap yang tinggi.

Salah satu contoh yang menarik perhatian kami adalah seorang Master Shaklee yang menyampaikan ceramah pada hari baru berusia 26 tahun. 

Setelah tamat daripada pengajian, beliau terus berkecimpung dengan Shaklee.

Dari riak wajah mereka, memang tergambar jati diri yang bersemangat dan bersungguh untuk berjaya. 

Tahniah! Kami ucapkan kepada mereka yang telah menjadi leader. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia yang berjaya dan saling bantu-membantu sesama kita.

Pengalaman yang dikongsikan oleh mereka memang memotivasikan kami. Mudah-mudahan Allah SWT kabulkan doa kami untuk berjaya seperti mereka.

Ya Allah, berkati pekerjaan kami.

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Thursday, February 27, 2014

Suplemen Shaklee - Anti Aging

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara. 

Anti-Aging bermaksud anti penuaan. Secara peribadi, proses penuaan akan tetap belaku bagi setiap orang yang berumur panjang.

Produk yang dihasil ini bukan menghalang proses penuaan. Ia lebih kepada menyokong golongan orang yang berumur menjalani kehidupan dengan lebih sihat.

Suplemen Shaklee - Anti Aging


Di bawah ini saya senaraikan produk shaklee dalam kategori Anti-Aging.

Suplemen 1. Vivix TM


Vivix TM


#Suplemen 2. Collegen Powder


Collegen Powder

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com
Read more ...

Tuesday, February 25, 2014

Suplemen Shaklee - Essential Nutrition

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara. 

Suplemen Shaklee - Essential Nutrition


Di bawah ini saya senaraikan produk shaklee dalam kategori Essential Nutrition:

# Suplemen 1. ESP - Soy Protein Isolate Powder


ESP - Soy Protein Isolate Powder

# Suplemen 2. Vita-Lea® Iron Formula


Vita-Lea® Iron Formula


Suplemen 3. Sustained Release Vita-CTM 500 mg


Sustained Release Vita-CTM 500 mg


# Suplement 4. Chewable Vita-C™ 100 mg


Chewable Vita-C™ 100 mg


Vita-E Complex®


Vita-E Complex®


B-Complex


B-Complex


Zinc Complex


Zinc Complex




Lecithin


Lecithin


Alfalfa Complex


Alfalfa Complex


Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com
Read more ...

Berpantang Kini Tidak Sesukar Dahulu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.

Proses kehamilan adalah sesuatu yang mengujakan bagi seorang wanita yang mahu melihat perkembangan anak dalam kandungannya selamat.

Hakikat yang tidak boleh dielak, sepanjang kehamilan seorang wanita terpaksa mengalami banyak fasa perubahan kepada dirinya. 

Setelah bertarung nyawa ketika proses melahirkan anak, ibu terpaksa berdepan dengan proses berpantang dalam tempoh yang agak panjang.

Meskipun perit, semua ini ditanggung dengan hati yang terbuka sebagai tanda kasih sayang kepada suami, anak dan keluarganya.

Selain itu, anda perlu ingat bahawa wanita mengandung, bersalin dan berpantang mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT dengan syarat beliau sabar dan ikhlas keranaNya.


Berpantang Kini Tidak Sesukar Dahulu 


Saya juga seorang ibu kepada dua orang anak lelaki setakat ini. Alhamdulillah Allah SWT izinkan saya lalui proses berpantang ini sebanyak dua kali.

Jika kita bandingkan cara berpantang orang sekarang dengan orang dahulu jauh bezanya.

Menurut ibu dan nenek saya cara berpantang orang dahulu lebih sukar berbanding dengan sekarang.

Kalau dahulu, ada perkakasan berpantang yang terpaksa dicari di dalam hutan.

Berbeza dengan sekarang ini, tidak perlu lagi ke hutan kerana pelbagai set berpantang dijual di merata-rata tempat. 

Hanya beli dan gunakan sahaja mengikut aturan-aturan yang telah dicadangkan. 

Rugilah kalau ibu-ibu diluar sana yang tidak mahu berpantang. Anda ingin tahu apa manfaatnya berpantang. Jom baca lagi.


#1. Kenapa Kita Perlu Berpantang?


Proses berpantang merupakan fasa penting bagi seorang ibu dan juga anak. Amalan berpantang adalah proses menyeluruh yang bertujuan memelihara kesihatan anda untuk jangka masa panjang. 

Berpantang dapat memperbaiki luka luaran dan dalaman bagi seorang ibu. Dengan amalan yang betul, badan kita akan mendapat manfaatnya sepanjang hayat. 

Selain daripada membina ikatan yang kuat antara ibu dan anak, berpantang juga dapat mengembalikan tenaga dan bentuk badan ibu.

#2. Amalan Sepanjang Berpantang


  • Mohonlah doa kepada Allah SWT agar diberi kesihatan dan pastikan rehat mencukupi.
  • Ketika berpantang, ibu perlu minum air suam untuk memperbanyakkan susu dan menghindari badan terhidrasi.
  • Amalkan makan jamu atau vitamin bagi mengecutkan rahim dan memulihkan tenaga serta kesihatan ibu.
  • Ibu dianjurkan memberi susu badan kepada bayi. Penyusuan yang konsisten dapat mengecutkan rahim dan meningkatkan imun bayi.
  • Pastikan badan ibu sentiasa panas. Anda boleh pakai baju sejuk dan stokin agar tidak masuk angin.
  • Suami perlu memberi perhatian yang cukup kepada isteri yang berpantang. Ini dapat membantu ibu mengawal emosi dan mengelakkan meroyan.
  • Rajin-rajinlah berbengkung bagi mengembalikan bentuk badan yang cantik dan menawan.
  • Amalkan bertungku dan bertangas bagi melancarkan pengeluaran darah kotor. Lebih banyak bertungku dalam sehari lebih baik untuk badan anda.
Pemilihan vitamin semasa berpantang adalah penting. Oleh kerana saya telah menggunakan set berpantang shaklee, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan anda.

#3. Set Berpantang Shaklee


Untuk makluman anda, set berpantang Shaklee ini boleh digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan.


Berpantang Kini Tidak Sesukar Dahulu


Set berpantang shaklee terbahagi kepada 3 jenis:

Set Asas Shaklee


Ia berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga dan terus bersemangat.

Set asas adalah kombinasi 4 produk sebagai rawatan lengkap untuk mengembalikan kesihatan dalaman dan luaran ibu bersalin.
  1. Vita-lea @ Iron Formula Shaklee
  2. Vita-C Shaklee
  3. B-Complex Shaklee
  4. Zinc Complex Shaklee


Set Extra Shaklee


Set ini adalah merangkumi set asas dan set menyusu. Ia berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga dan terus bersemangat. 

Ini secara tidak langsung dapat membekalkan susu ibu kepada bayi anda.


  1. Vita-lea @ Iron Formula Shaklee
  2. Vita-C Shaklee
  3. B-Complex Shaklee
  4. Zinc Complex Shaklee
  5. Alfalfa
  6. Ostematrix
  7. ESP-Susu Soya Protein


Set Premium Shaklee



Set premium adalah set lengkap merangkumi set asas, set menyusu dan set pelangsingan.

  1. Vita-lea @ Iron Formula Shaklee
  2. Vita-C Shaklee
  3. B-Complex Shaklee
  4. Zinc Complex Shaklee
  5. Alfalfa
  6. Ostematrix
  7. ESP-Susu Soya Protein
  8. Herba-lax
  9. OmegaGuard
  10. Lechitin
Penerangan Lanjut bagi setiap vitamin di atas boleh lihat dibawah ini.


Vita-lea @ Iron Formula Shaklee

Membekalkan keperluan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita. Vita-lea juga mengandungi zat besi.

Zat besi dapat membantu dalam penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang ketika proses bersalin.

Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pucat dan memberi tenaga kepada ibu yang baru bersalin.


Vita-C Shaklee


Vitamin C dapat membantu dalam membaik pulih sel dan tisu yang rosak.

Ia dapat membantu dapat penyembuhan kerana dapat mencantum dan menyembuhkan luka.

Meningkatkan sistem imunisasi pertahanan badan kepada ibu dan anak.

Pengambilan vitamin C secara konsisten dapat mencerahkan dan mencantikkan kulit.


B-Complex Shaklee


Vitamin B complex berfungsi untuk melegakan sistem saraf dan memberi ketenangan kepada seluruh badan. Ini dapat mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang.

Membantu dalam memberikan tenaga kepada ibu.


Zinc Complex Shaklee


Zink sangat penting dalam proses penyembuhan luka dan tisu dalaman. 

Zink juga dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan suami isteri selepas tempoh berpantang.

Ostematrix Shaklee

Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan ostematrix dapat membantu dalam kelancaran pergerak usus. Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam mengurangkan sembelit.

Ostematrix juga dapat membantu dalam mengurangkan kekejangan otot. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam penghasilan susu ibu yang banyak.

Kalsium juga penting untuk mengelakkan kerapuhan tulang dan menguatkan gigi.


ESP-Susu Soya Protein Shaklee


ESP membantu dalam penghasilan susu ibu yang banyak dan tinggi kandungan antibodi. 

Pengambilan ESP dalam membantu dalam memulihkan luka luaran dan dalaman.

Ia juga dalam mencantikkan kulit dan memejalkan otot. Selain itu, ESP juga dapat membekalkan tenaga dan kecergasan badan.

Alfafa Shaklee

Alfafa merupakan tumbuhan yang mengandungi banyak manfaat kesihatan. Ia dapat memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh lechitin dan akan mengeluarkannya dari badan.

Selain itu, alfafa mengandungi herba yang dapat membantu dalam membanyakkan susu ibu.




Lecithin Shaklee


Lechitin mengandungi choline untuk kecerdasan akal. Ibu yang mengambil lechitin semasa menyusu dapat mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi.

Ia juga dapat membantu dalam menurunkan berat badan.

OmegaGuard

Merupakan minyak ikan terbaik dunia yang mengandungi 7 asid lemak omega 3 semulajadi. Membantu dalam perkembangan otak bayi.  Memberikan nutrien utama kepada otak, sistem saraf dan retina.

Herba-Lax

Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama di dalam tubuh kita. Ini secara tidak langsung membantu ibu-ibu yang sembelit. Selain itu, herba-lax juga membantu dalam mengempiskan perut.

#Testimoni 1



Berpantang Kini Tidak Sesukar Dahulu


#Testimoni 2


Berpantang Kini Tidak Sesukar Dahulu

#Testimoni 3


Berpantang Kini Tidak Sesukar Dahulu


Andainya anda ingin dapatkan khidmat nasihat dan membeli set berpantang Shaklee boleh hubungi saya Huda : 011-18685991.


FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Monday, February 24, 2014

5 Panduan Pemakanan Untuk Pelajar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang seronok, namun dalam banyak keadaan mereka tidak cukup masa untuk makan dengan teratur.

Ini kerana banyak tugasan perlu disiapkan, persiapan untuk kuiz dan ujian yang perlu dihadapi dan aktiviti kokurikulum yang perlu dilibatkan.

Kekurangan dalam penjagaan makanan boleh mengakibatkan badan merasa letih dan lesu. Selain itu, boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang tidak di ingini. 

Hari ini saya ingin kongsikan cara bagi seorang pelajar untuk sentiasa aktif di samping mengekalkan cara pemakanan sihat.

Sebelum itu, saya ingin ingatkan diri saya dan anda, setiap usaha kita perlu diiringi dengan doa kerana yang memberi kesihatan kepada kita adalah Allah SWT.

5 Panduan Pemakanan Untuk Pelajar 


Di bawah ini saya senaraikan 5 Panduan Pemakanan Untuk Pelajar. Kepada ibu bapa tolong nasihatkan anak anda supaya menjaga makanan mereka.

#1. Sarapan pagi


Sarapan pagi merupakan perkara penting untuk semua orang terutamanya pelajar. Nabi Muhammad SAW sendiri mengajar kita supaya mengambil sarapan pagi dengan menggalakkan kita berpuasa. Apabila kita berpuasa kita disunatkan bersahur (sarapan pagi).

Tahukah anda dengan meninggalkan sarapan mendorong kepada kenaikan berat badan. Jika anda tidak sarapan perut akan lapar. Ini mengganggu fokus anda di dalam kelas.

Makanlah semangkuk bijirin ataupun yogurt kerana ia sudah mencukupi untuk menghadapi hari dengan sihat.

#2. Banyakkan minum air kosong


Air yang paling murah harganya tetapi mahal khasiatnya adalah air kosong. Ramai yang lupa untuk minum air. 

Kebanyakan pelajar lebih suka membeli air berkarbonat di kafe dan sebagainya. Cuba tinggalkan amalan ini.

Bawalah air kosong ke mana sahaja anda pergi.

#3. Makan mengikut masa


Makan mengikut masa juga bagus untuk seorang pelajar. Ia dapat mengurangkan kadar pengambilan yang terlalu banyak pada waktu makan berikutnya. 

Cuba makan dalam jumlah yang tidak banyak dalam satu masa tetapi kerap. Makan dalam 5 kali sehari sangat bagus untuk pemakanan sihat.


#4. Makan makanan yang sihat


Oleh kerana masa bagi seorang pelajar terlalu singkat, maka mereka lebih gemar kepada makanan segera seperti maggi. 

Elakkan makan makanan segera kerana kurang baik untuk kesihatan. Makanlah makanan mengikut piramid makanan. 

Buah buahan dan sayuran merupakan elemen penting dalam pemakanan. Anda boleh bawa buah seperti epal dan pear untuk di makan sebelum bermula kelas.

#5. Amalkan vitamin


Sekarang sudah banyak vitamin yang membantu menyokong nutrisi yang kurang ada dalam makanan anda.

Vitamin yang baik dapat membantu kecergasan dan perkembangan otak seorang pealajar. Saya sarankan anda mengambil set vitamin shaklee.

Terdapat beberapa vitamin yang sesuai untuk pelajar. Anda boleh makan semua atau pilih yang mana anda mahu.Untuk khidmat nasihat boleh terus hubungi Huda : 011-18685991.

B Complex - Penenang (Anti-Stress)


https://www.facebook.com/pages/SyukurnyaSihatCom/1409341569307394


  • Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, 
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.

Omega Guard (Minyak Ikan) - Perkembangan otak dan membantu fungsi otak


https://www.facebook.com/pages/SyukurnyaSihatCom/1409341569307394


  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. 
  • Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang ditemui dalam ikan laut dalam.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


Lecithin - Meningkatkan kecergasan otak, fokus dan mudah ingat.


https://www.facebook.com/pages/SyukurnyaSihatCom/1409341569307394


  • Lecithin membantu meningkatkan bekalan cholin dan Acethylcholine seorang pelajar. 
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. 
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan sebagainya. 
  • Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. 

Pelajar-pelajar sekalian, masa belajar perlu digunakan dengan sebaik mungkin dalam mengejar cita-cita anda.

Anda perlu jaga kesihatan anda barulah minda anda boleh bertindak pantas kerana otak yang cerdas datang dari badan yang sihat.

Selamat beramal dengan 5 Panduan Pemakanan Untuk Pelajar yang saya kongsikan ini.

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Read more ...

Wednesday, February 19, 2014

Suplemen Untuk Si Manja Anda

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Ya, sebagai ibu bapa sudah pasti anda mahukan kesihatan si manja berada dalam keadaan stabil dan terjamin.

Selain berdoa kepada Allah dan memberikan makanan yang seimbang kepada anak anda, tahukah anda bahawa sekarang ini ada suplemen yang baik untuk anak kita.

Suplemen Untuk Si Manja Anda



Suplemen atau makanan tambah untuk kesihatan memang penting kepada kita dan juga anak-anak.

Sebagai ibubapa yang prihatin anda mesti tertanya-tanya perlukah suplemen diberikan kepada si manja?

Ingin tahu jawapannya. Jom teruskan membaca selanjutnya.

#1. Pentingnya Suplemen Untuk Si Manja


Secara dasarnya, si manja anda tidak memerlukan suplemen melainkan:

  • selera makannya baik
  • menu hariannya memang lengkap 
  • makanannya memenuhi keperluan gizi dan nutrisi.

Seandainya tidak, anda perlu berikan si manja anda suplemen. 


#2. Tips Memberikan Suplemen


Baiklah, cuba baca dahulu tips berikut ini sebelum memberikan si manja anda suplemen:

  • Dos suplemen yang ingin diberikan perlu sesuai dengan umur dan berat badan si manja. 
  • Berikan suplemen yang memang khusus dibuat untuk si manja. 
  • Suplemen bukan untuk meningkatkan nafsu makan anak semata-mata tetapi ia umpama pelengkap jika pola makan si manja tidak seimbang. 

Di luar sana, ada banyak suplemen yang dijual di pasaran, namun dalam banyak-banyak suplemen itu saya pilih Shaklee.

#2. Kenapa Shaklee?


Antara faktor yang membuatkan saya mencadangkan produk Shaklee kepada anda adalah:

  • Suplemen shaklee tidak memudaratkan kesihatan kanak-kanak
  • Menggunakan 100% bahan semulajadi, 
  • tidak mengandungi perasa 
  • tiada pewarna
  • tiada pengawet tiruan 
  • telah diuji dengan lebih 80,000 ujian termasuk ujian klinikal.
  • Shaklee tidak menggunakan sebarang jenis haiwan dalam uji kaji. Produk shaklee diuji ke atas manusia sahaja.


#3. Set Kanak-kanak Shaklee


https://www.facebook.com/pages/SyukurnyaSihatCom/1409341569307394



Meal Shakes


Meal shakes merupakan minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak. Ia mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. 

Selain rendah lemak dan rendah glisemik. Meal shakes mengandungi  sumber protein dan kalsium.

Minuman ini sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur. Ia juga dapat mengatasi masalah sembelit pada anak.

Meal shakes dapat mengurangkan ekzema dan membantu mengurangkan kekerapan asma.

Selain itu minuman ini juga dapat membantu dalam tumbesaran dan perkembangan minda serta membantu anak lebih fokus.

Meal shakes juga dapat meningkatkan selera makan anak dan untuk anak kekal aktif . Sesuai juga buat anak yang dah berhenti susu ibu. Secara tidak langsung meningkatkan berat badan anak anda.

Suplemen yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1. 

Ia juga membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti dan juga sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak.

Minuman ini sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga buat ibu menyusu yang mahu menguruskan badan.

Bagus juga untuk ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang serta mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan warga tua.

Omega Guard


Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Ia mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.

DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Selain meningkatkan sistem imunisasi, ia dapat menapis segala virus dan bakteria daripada badan.

Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak dari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

#3. Testimoni


Testimoni #1


Testimoni 3






Testimoni #2


https://www.facebook.com/pages/SyukurnyaSihatCom/1409341569307394






Testimoni #3


Suplemen Untuk Si Manja Anda





Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.


FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi