HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, February 28, 2014

Shaklee Motivation & Rally Penang Sunway Carnival Convention Center

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara. 

Kata-kata orang motivasi, 'kalau ingin berjaya kena bergaul dengan orang yang berjaya'.

Ya, kami cuba aplikasikan kata-kata motivasi ini, mudah-mudahan ia menjadi untuk kami.

Alhamdulillah syukur, kami sekeluarga berkesempatan menghadirkan diri ke sebuah program yang dianjurkan oleh pihak Shaklee di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dulunya, memang jarang kami sekeluarga pergi ke program yang melibatkan ramai orang kecuali kenduri kendara. 

Bukannya apa, bagi kami anak-anak kecil masih tidak kuat antibodinya. Rasa kurang sesuai dedahkan mereka dengan suasana orang ramai yang hiruk -pikuk.

Sekarang ini mereka sudah semakin besar. Alhamdulillah.

Bertempat di Sunway Carnival Convention Center, Seberang Jaya Pulau Pinang pada 22 Februari 2013 pihak Shaklee telah menganjurkan Motivation & Rally Penang Sunway Carnival Convention Center.

Antara agenda yang disusun dalam program ini adalah sambutan Tahun Baru Cina, Motivasi dan Tip Kesihatan, penyampaian hadiah dan jamuan makan.

Shaklee Motivation & Rally Penang Sunway Carnival Convention Center


Ya, tujuan kami pergi ke program ini adalah untuk mendengar penceramah Shaklee yang telah berjaya, berkenalan dengan ahli-ahli Shaklee dan menikmati jamuan. He..he..

Pada pandangan kami makanan yang disajikan menyelerakan. Tempat yang dipilih oleh pihak Shaklee juga memuaskan. 

Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang sempat diambil ketika berada di Shaklee Motivation & Rally Penang Sunway Carnival Convention Center.





 Isteri saya sedang mengisi borang pendaftaran



Ramai peserta yang sedang munungu giliran untuk mengisi borang pendaftaran


Sedang menunggu pengaca majlis tampil ke hadapan


Tahniah kepada Aty (tiga dari kiri) yang telah berjaya menjadi Coordinator



Memang mengujakan, ramai yang telah berjaya sebagai leader. Ada  yang muda-muda lagi telah mencapai tahap yang tinggi.

Salah satu contoh yang menarik perhatian kami adalah seorang Master Shaklee yang menyampaikan ceramah pada hari baru berusia 26 tahun. 

Setelah tamat daripada pengajian, beliau terus berkecimpung dengan Shaklee.

Dari riak wajah mereka, memang tergambar jati diri yang bersemangat dan bersungguh untuk berjaya. 

Tahniah! Kami ucapkan kepada mereka yang telah menjadi leader. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia yang berjaya dan saling bantu-membantu sesama kita.

Pengalaman yang dikongsikan oleh mereka memang memotivasikan kami. Mudah-mudahan Allah SWT kabulkan doa kami untuk berjaya seperti mereka.

Ya Allah, berkati pekerjaan kami.

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi