HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Wednesday, July 30, 2014

Kad Raya dari Blogger Pha Is

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sebelum ini kami telah tunjukkan kad raya dari blogger Kathy, hari ini saya ingin kongsikan satu lagi kad raya yang saya terima daripada rakan blogger Pha Is.

Kad Raya dari Blogger Pha Is


Sedikit info yang saya petik dari blog beliau tentang hal-hal keperibadian:

Pha Is, atau nama panjangnya Muhamad Faiz Bin Zakaria Bin Din Bin Saad Bin Hasyim, merupakan seorang anak jati Pulau Pinanag yang dilahirkan pada 26 Mac 1990 Masihi, bersamaan 28 Sya'ban 1410 Hijriah di hospital daerah Sungai Petani, kedah. Merupakan anak kelapan dari sebelas orang adik beradik sebelah bapa, dan anak sulong dari empat orang adik beradik sebelah ibu.

pengajian :
1. 1996 : Tadika Kemas Permatang Sintok
2. 1997-2002 : Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok
3. 2003-2007 : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L) Pulau Pinang (Sains Tulen Agama)
4. 2008-2009 : Kolej Matrikulasi Kedah (Sains Fizik)
5. 2009-sekarang : Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi)
mula ber-bloging sekadar suka-suka bermula 24 November 2010. kebanyakan pengisian blog Hikayat Budak Pening ini berkisarkan kisah suka duka liku hidup penulis sendiri sebagai seorang pelajar farmasi di USM, disamping beberapa perkongsian ilmu serta pengalaman penulis. 

Bait-bait kata indah kalau berada di dalam Kad Raya Pha Is.

Kesimpulan


Pada kami, beliau merupakan seorang yang baik hati, aktif mesra. Beliau adalah seorang pelajar farmasi dan memiliki dua buah blog iaitu Hikayat Budak Pening dan Nota Kesihatan.

Sekali lagi, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pha Is dan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin. Di doakan agar ikatan ukhwah di antara kita tetap terjalin. Semoga beliau terus maju dan kami mendoakan agar cita-cita beliau berSejaya dicapai.

 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Kad Raya Dari Blogger Kathy

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Hari Raya pada tahun ini kami rasa gembira dan ada sedikit kelainan. Kenangan beraya semasa zaman sekolah dahulu tergamit kembali. Nak tahu kenapa?

Sebabnya, kami isteri suami menerima kad raya daripada Rakan Blogger Kathy secara berasingan. Baik sungguh Kak Kathy, sanggup menghantar kad raya secara individu.

Jujur saya katakan sudah beberapa tahun tidak menerima kad raya. Semuanya mengantar ucapan hari raya menggunakan emel dan sms.

Kad Raya Dari Blogger Kathy


Saya dan suami rasa selesa memanggil Kak Kathy disebabkan beliau lahir tahun 1978 manakal kami berdua lahir pada tahun 1982.

Secara peribadi Kak Kathy memang seorang yang baik hati dan perihatin. Beliau pandai menjaga hati dan menjaga hubungan silaturrahim khususnya antara rakan blogger.

Blog Coretan Hati Kathy adalah salah satu blog yang menjadi kegemaran kami dan beliau merupakan salah seorang top komentator di blog www.syukurnyasihat.com .

Beliau memiliki tiga buah blog lain yang berbeza iaitu Diari Resepi, Hasil Penaku dan Kathy Bloglist. Bahkan beliau juga pandai mengajar anaknya membina blog.

Jemputlah ke blog beliau jika anda belum pernah ke sana lagi. Banyak kisah-kisah kehidupan dan panduan berguna yang boleh diperolehi dari blog beliau.

Kad Untuk Saya dari Blogger Kathy

Kad Untuk Suami dari Blogger Kathy

Kesimpulan


Zaman yang canggih dengan teknologi masa kini tidak dapat mengesampingkan kewujudan kad raya yang telah lama bertapak di negara kita setiap kali tibanya hari raya aidlifitri.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Kathy kerana sudi menghantar kad raya kepada kami.

Meskipun tidak pernah bersua secara bersemuka, namun ikatan tersebut tetap ada. Inilah yang dikatakan ukhwah. Semoga silataurrahim yang terjalin tetap utuh selamanya.


 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Bagaimanalah Nasib Saudara Di Gaza Sempena Hari Raya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bagaimanalah Nasib Saudara Di Gaza Sempena Hari Raya




Alhamdulillah, sudah dua hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada kita meraikan kegembiraan menyambut yang hari yang mulia ini gerfikir juga di dalam benak jiwa Bagaimanalah Nasib Saudara Di Gaza Sempena Hari Raya?

Minggu lepas sempat saya sempat memberi sedikit sumbangan melalui Aman Palestin di Bandar Perda, Pulau Pinang. Jika anda mahu menyumbang boleh terus menghubungi pihak Aman Palastine boleh klik di sini >> http://www.amanpalestin.net/.

Berbalik kepada tajuk entri ini, saya ingin mengajak anda semua turut memikirkan nasib saudara kita di bumi Gaza.

Bagaimanalah Nasib Saudara Di Gaza Sempena Hari Raya


Mungkin kita di sini langsir tingkap sedia bertukar baru,
tetapi saudara kita di Gaza tidak ada tingkap.
Mungkin baju raya kita baru berhias indah,
sedangkan baju mereka bersalut darah,
Mungkin kita di sini sedang berkumpul berkongsi saat gembira
tetapi saudara kita di Gaza sedang berkumpul berkongsi rasa duka,
Mungkin kita di sini sedang berpelukan kerana kesukaan
tetapi saudara kita di Gaza sedang berpelukan kerana kepiluan
Mungkin anak-anak di sini seronok bermain mercun dan bunga api
tetapi anak-anak di Gaza sedang dihujani bom dan roket di sana sini
Mungkin anak-anak kecil di sini dibelai di manja
tetapi anak -anak di Gaza hidup sebatang kara.

Kesimpulan


Bagaimanalah Nasib Saudara Di Gaza Sempena Hari Raya? Ini adalah renungan untuk diri sendiri dan kita semua.Kalau kita asyik memikirkan hari raya kita semata-mata tanpa merenung keadaan saudara kita Gaza, adakah ia cukup memberikan kita makna hari raya?

Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk kita semua terus membantu saudara kita di Gaza. Kita boleh berdoa dan memberi sumbangan. 



 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
 Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Sunday, July 27, 2014

Mengapa Hormon Estrogen Penting Kepada Wanita?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hari ini saya akan kongsikan mengapa Hormon Estrogen Penting Kepada Wanita yang saya petik dari majalah Solusi.

Estrogen adalah hormon utama bagi menentukan pembentukan seks atau jantina individu. Sekiranya, paras estrogen dalam badan tinggi maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol.

Menurut pakar estetik Marissa Aesthetic & Wellness, Dr Rushmini Maris Ismail,  sistem hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang.

Mengapa Hormon Estrogen Penting Kepada Wanita?


Efek Hormon Estrogen
Kesan Hormon Estrogen Kepada Wanita

Estrogen adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan wanita. Keupayaan dan tahap pengeluarannya mempengaruhi pembentukan seseorang wanita pada awal usia baligh. Selepas wanita berumur 21 tahun, penghasilan estrogen dalam tubuh wanita akan terhenti dan ia akan terhasil semula sekali dalam tempoh sebulan iaitu ketika seseorang wanita itu didatangi haid.

Tahap hormon dalam diri seorang wanita boleh merosot disebabkan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, gaya pemakanan, tekanan hidup dan juga faktor radikal bebas. Faktor radikal bebas seperti pencemaran udara, penggunaan bahan kimia dalam makanan seperti perisa dan pewarna dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kandungan estrogen merosot.

Terhentinya pengeluaran hormon estrogen ini menyebabkan seseorang wanita itu terhenti kitaran haidnya. Ini yang dikatakan menopaus dalam kalangan wanita yang telah berusia. Menopaus juga boleh berlaku pada usia muda disebabkan beberapa faktor seperti yang disebutkan di atas.


Kesan Hormon Estrogen Kepada Wanita
Kesan Hormon Estrogen Kepada Wanita

Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badan. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah tetapi jangan berubat dengan yang haram." (Riwayat Abu Daud).

Oleh itu disarankan buat kaum wanita menjaga kesihatan diri sendiri sebagai usaha untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga serta mencegah penyakit-penyakit yang tidak diingini. Ini seperti kemurungan, sakit tulang, keguguran rambut yang kronik, kulit yang kering, keletihan dan sebagainya.

Tiga produk di bawah merupakan antara produk terhangat di kalangan wanita. InsyaAllah,  semoga dapat membantu mengatasi masalah-masalah di atas.  Produk yang dimaksudkan adalah OmegaGuard, Ostematrix dan Gla Complex.

Mengapa Hormon Estrogen Penting Kepada Wanita
Supplemen Kesihatan Wanita Shaklee

Supplemen Kesihatan Wanita

Set ini terdiri daripada Gla Complex, Ostematrix dan juga OmegaGuard.

Gla Complex

Berikut adalah fungsi dan kebaikan Gla Complex:


  • Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron - dapat memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan.
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Membantu dalam menangai menopaus - pengambilan jangka masa panjang akan melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus.
  • Membaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menguatkan dinding arteri.
  • Melegakan simptom akibat rheumatoid arthritis.
  • Menentang kanser - Gla adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan tumor dan kanser.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Mengurangkan keradangan kulit dan kulit kering.
  • Menghalang komplikasi diabetes.
  • Menghalang tekanan darah tinggi.
  • Membantu meningkatkan kesuburan bagi mereka yang ingin hamil.

Ostematrix

Berikut adalah fungsi dan kebaikan Ostematrix:


  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, tulang, gigi dan sistem saraf.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas. Pengambilan kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress. Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakan tidur yang selesa,memperbaiki jantung berdebar dan juga stress.
  • Memperbaiki masalah haid.Kajian menunjukkan dengan pengambilan kalsium dan magnesium secara serentak dapat meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh. Kalsium adalah mineral alkalian. Ianya berkesan memastikan pH tubuh yang seimbang.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
  • Mengandungi vitamin D. Ia dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.
  • Mengandungi magnesium. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.  Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus. Menghalang endapan kalsium. Melarut dan mengurangkan formasi batu karang.
  • Zink, boron, manganes dan kuprum. Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot. Menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.


OmegaGuard

Berikut adalah fungsi dan kebaikan OmegaGuard:


  • Asid lemak - Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu dalam perkembangan memori.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
  • Menentang kanser - kajian menunjukkan bahawa omega 3 boleh mencegah kanser paru - paru, payudara, prostat dan kolon.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi.
  • Mencegah imsomnia dan membantu mengurangkan tekanan.

Kesimpulan

Kita sebagai wanita, memang banyak peranannya. Penting bagi kita menjaga kesihatan diri sendiri. Apabila kita dalam keadaan sihat dan cergas, ini secara tidak langsung dapat menjaga dan memberi kebahagiaan kepada keluarga kita. 


 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Friday, July 25, 2014

Video Amalan Sunnah Di Hari Raya Aidilfitri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kalau dalam bulan Ramadhan kita dituntut memperbanyakkan amal ibadah, bulan lain juga tidak ketinggalan. 

Ramai para ilmuan yang mewar-warkan bahawa Bulan Ramadhan adalah sekolah atau madrasah untuk kita melatih diri mengabdikan diri kepada Allah.

Video Amalan Sunat Di Hari Raya Aidilfitri
Ketupat Raya

Latihan beribadah seperti solat, sedekah dan membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadhan dapat menjadi kebiasaan kepada diri kita dan supaya mudah untuk kita meneruskan amal ibadah tersebut sebaik sahaja keluar daripada bulan Ramadhan.

Begitu juga pada hari Raya Aidilfitri. Ada amalan-amalan sunat yang diajarkan kepada kita sebagai panduan untuk kita beramal ibadat.

Dalam entri kali ini, saya kongsikan amalan sunnah di Hari Raya. Semoga Hari Raya yang kita rai tidak diisi dengan perkara yang sia-sia sahaja. Selamat Menonton.

Sebelum itu, saya mencadangkan agar anda semua merujuk dengan guru-guru agama yang mahir untuk mendapatkan penjelasan terperinci tentang amalan-amalan sunnah yang disenaraikan di bawah.

Video Amalan Sunnah Di Hari Raya


Amalan Sunat Di Hari Raya

  1. Bertakbir Raya
  2. Mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan dan keluarga
  3. Mandi sunat di pagi raya
  4. Makan sebelum solat sunat Aidilfitri
  5. Memakai pakaian indah
  6. Solat Sunat Hari Raya
  7. Bergembiralah di Aidilfitri
  8. Puasa sunat 6 hari di dalam bulan Syawal





Kesimpulan


Semoga Hari Raya yang kita raikan diisi dengan amalan yang tidak sia-sia. Tidak dilupakan juga kita berdoa kepada Allah SWT semoga diberi keselamatan kepada seluruh umat Islam terutamanya di Gaza.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

10 Sebab Si Manja Mesti Minum Susu Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sebelum saya berkahwin, saya memang hairan melihatkan sepupu saya sanggup membeli peti ais baru semata-mata untuk menyimpan stok susu beliau. Dia di antara sepupu saya yang sangat menyokong penyusuan susu ibu, kelima-lima anaknya mendapat penyusuan eksklusif selama 2 tahun.

Dia juga seorang ibu berkerjaya yang sangat sibuk dan selalu bekerja ke luar daerah. InsyaAllah, Allah akan makbulkan apa yang kita mahukan. Dengan syarat kita sentiasa berdoa dan berazam dengan apa yang kita inginkan.

Bak kata Prof Muhaya, dunia dalaman penentu dunia luaran. Kini setelah menjadi ibu baru saya tahu kenapa sepupu saya bertindak begitu. Isu kecil tapi besar signifikannya. Kesan yang mungkin kita tak nampak sekarang tapi ada kebaikannya.

Di sini saya kongsikan 10 sebab kenapa si manja mesti minum susu ibu. Artikel ini saya perolehi daripada majalah PaMa keluaran Ogos.

10 Sebab Si Manja Mesti Minum Susu Ibu susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Bayi comel

10 Sebab Si Manja Mesti Minum Susu Ibu



Set Menyusu Shaklee susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Set Menyusu Shaklee


  • Risiko kematian bayi dan kanak-kanak di negara membangun meningkat sehingga 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu susu ibu pada 3 bulan pertama. Kebanyakkan kematian berpunca daripada penyakit cirit-birit yang serius. Ia berlaku kerana mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan. Secara asasnya, penyusuan susu  ibu adalah tunjang utama untuk kesihatan diri si manja.
  • Ibu perlu kerap menyusui bayi pada hari-hari pertama kelahiran. Ini adalah untuk membekalkan kolostrum secukupnya kepada bayi. Mitos susu belum ada adalah tidak benar! Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharusnya mendapat kolostrum berharga.
  • Susu ibu tidak pernah tercemar, bersih dan bebas bakteria. Antara sebabnya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi yang dihasilkan oleh susu ibu (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehingga bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.
  • Walaupun bayi tidak menyusu beberapa hari, susu ibu tersedia pada bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Si manja boleh menyusu tanpa mengira masa dan tempat.
  • Si manja lebih mudah menguasai bahasa. Kajian mendapati bahawa bayi yang mendapat susu ibu yang mencukupi akan lebih mudah untuk menguasai bahasa. Malahan mampu meningkatkan perkembangan percakapan dan komunikasi anak-anak. 
          Ia juga mampu mengelakkan masalah anak yang lambat bercakap dan pelat.
  • Daya tumpuan belajar lebih baik. Ini kerana ia mempunyai kandungan DHA susu ibu yang tinggi. DHA mempengaruhi perkembangan otak dan mata kanak-kanak.
  • Sesuai untuk bayi yang dilahirkan pramatang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin dan immunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.
  • Melindungi si manja daripada sebarang masalah kesihatan antaranya kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan. Selain itu dapat mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, miningitis dan cirit-birit.
  • Kajian yang dilakukan di Okyama University Graduate School of Medicine di Jepun, mendapati bahawa sehingga 50% bayi yang menyusu susu ibu dapat mengurangkan risiko masalah obesiti di kalangan kanak-kanak pada usia lapan tahun.
  • Bayi yang menyusu susu ibu untuk jangka masa panjang, membantu membentuk pola makan sihat di kalangan kanak-kanak. Apa yang pasti, susu ibu adalah makanan yang lengkap mengandungi protein, vitamin dan mineral penting. Ini akan membentuk sistem pertahanan badan dan membantu pertumbuhan serta perkembangan bayi.

10 Sebab Si Manja Mesti Minum Susu Ibu susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik

Kesimpulan


Banyakkan kebaikannya kepada si manja kita. Kepada bakal-bakal ibu diluar sana, anda boleh mula membuat persediaan untuk menyusukan bayi anda. Keputusan di tangan anda. Ayuh, ibu-ibu hebat! Pada bapa-bapa penyayang, bantuan anda diperlukan. Sokonglah isteri anda, ini juga untuk kepentingan anda dan keluarga.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

IAnda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/
Read more ...

Video dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bagaimana dengan persiapan Hari Raya tahun 2014 ini? Harap-harap semua berjalan seperti yang dirancangkan.

Video dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 


Bersempena 1 Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, kami dari syukurnyasihat.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Maafkan segala kekhilafan dan kesalahan yang kami lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Jutaan terima kasih ingin kami titipkan kepada semua rakan blogger serta pembaca blog ini.

Selamat mononton video Hari Raya di bawah ini yang cukup bermakna untuk kita semua walaupun ia sebuah iklan produk Nissan.

Video dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ucapan Selamat Hari Raya 



Kami mendoakan anda semua sentiasa sihat, selamat dan berada dalam keberkatan. Dalam meraikan keseronokkan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, jangan kita lupa dengan saudara kita yang sedang mengalami kesusahan sama ada di dalam atau di luar negara kita.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Jangan Berikan Anak Anda Susu Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saya juga bersyukur sangat- sangat kerana dalam bulan Ramadhan ini masih mampu menyusukan anak saya seperti bulan-bulan biasa. 

Rezeki Allah SWT pasti ada. Selain berdoa dan makan makanan yang sihat saya mengamalkan suplemen shaklee secara optimum. Semoga Allah izinkan saya terus menyusukan anak kedua saya sehingga usianya 2 tahun.

Jangan Berikan Anak Anda Susu Ibu


Dekat pejabat tempat saya bekerja memang ramai ibu-ibu yang menyimpan susu ibu. Sebab itu, peti sejuk di pantri sentiasa penuh dengan susu ibu yang dipam. Namun, ada juga yang tidak mahu menyusukan anak mereka dengan susu ibu.

Bila ditanya, kenapa tidak mahu menyusu badan?

"Bukan tak mahu menyusu, susu tak banyak"
"Susu tak nak keluar, macammana?"
"Malaslah nak pam susu malam-malam, esok mengantuk masa kerja"
"Nak buat macam mana nipple tenggelam"
"Saya bekerja, macammana nak bagi susu ibu"
"Menyusu? Tak naklah, saya tengah fikir cara nak rampingkan badan kembali"

Ya, inilah beberapa jawapan yang pernah saya dengar untuk soalan diatas. Saya rasa, anda juga pernah mendengar jawapan-jawapan ini bukan?

Pada pandangan saya, kita tidak boleh menyalahkan mereka yang memberi pandangan sebegini kerana tidak menyusukan anak mereka. Mereka ada hak untuk memberi pandangan sendiri. Mereka lebih memahami apa yang mereka lalui sendiri.

Dalam pada itu, saya juga tidak boleh menerima jawapan di atas 100% sebagai alasan kukuh untuk tidak menyusukan anak melainkan mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah penyusuan susu ibu. 

Ini kerana, terdapat berbagai-bagai cara untuk menyelaikan masalah penyusuan susu ibu. Contohnya, masalah nipple tenggelam boleh dicuba dengan mengurut ketika mandi atau pakai nipple sheild. Lagipun, sekarang ada banyak alternatif. Ibu perlu aktif mencari maklumat tentang penyusuan susu ibu.

CABARAN & HALANGAN DALAM MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Nipple Sheild

Kalau nak dibandingkan dengan masalah, kelebihannya penyusuan susu ibu adalah lebih banyak sebenarnya. Jom tengok apa kelebihan penyusuan susu ibu terhadap ibu dan juga bayi.

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu, susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Saya Suka Susu Ibu


Kelebihan Penyusuan Susu Ibu Terhadap Ibu:


  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal kerana ibu merembeskan sejenis oksitosin (hormon).
  • Membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari. 
  • Penyusuan susu ibu amat membantu ibu membakar lemak dengan cara menukarkannya kepada susu ibu yang berkhasiat. Ianya diet yang mudah berbanding senaman diluar rumah. 
  • Mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopause dan kanser ovari.
  • Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana semasa ibu menyusukan bayi, sentuhan dan rangsangan yang diberikan oleh ibu dirasai oleh bayi.
  • Memberikan ketenangan dan mood yang lebih baik. Hormon yang dihasilkan semasa menyusukan anak akan menyebabkan ibu berasa gembira dan tenang. Ini dapat membantu mengurangkan masalah sindrom kemurungan selepas bersalin.
  • Kepada yang merancang keluarga, penyusuan badan melambatkan proses ovulasi sekali gus menghalang si ibu daripada mengandung.

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu, susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Penyusuan Susu Ibu Baik Untuk Ibu Dan Bayi

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu Terhadap Bayi:


Kelebihan Penyusuan Susu Ibu susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi

  • Allah menjadikan susu ibu mengandungi keperluan bayi yang mencukupi (lengkap dengan protein, karbohidrat, lemak dan kalsium).
  • Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria.
  • Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu
  • Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi. 
  • Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. 
  • Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula. 
  • Susu ibu mengandungi banyak antibodi yang bagus untuk bayi.
  • Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata. 
  • Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenangkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam. 
  • Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. 

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Bahan Dalam Susu Ibu Yang Bertindak Melawan Penyakit

Kesimpulan


Orang lama pernah kata " Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.". Memang terdapat pelbagai manfaat dapat dinikmat oleh ibu dan juga bayi melalui penyusuan susu ibu. Jika mahu memberikan susu terbaik untuk anak kita, informasi bagi membantu menjayakan penyusuan secara eksklusif dan buatlah persediaan awal sebelum bayi kita dilahirkan. Jangan lupa berdoa. InsyaAllah pasti boleh berjaya.



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/
Read more ...

Thursday, July 24, 2014

Ibu Yang Ingin Tenang Susulah Bayi Anda

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Setiap pagi anak-anak saya akan datang memeluk dan cium pipi saya sebelum dihantar ke rumah pengasuh oleh abahnya. Oh...indahnya.

Apabila sampai jam 5 petang saya tidak sabar mahu pulang kerana hendak berjumpa dengan anak-anak tercinta. Walaupun tidak sampai 8 jam berpisah dengan mereka terasa rindu yang amat sangat.

Itulah yang dikatakan anak. Jadi, hari ini saya ingin bercerita tentang anak kita yang menyusu susu ibu. Kalau sebelum ini saya kongsikan tentang hubungan emosi anak dan ibu, tetapi hari ini saya ingin kongsikan tentang menyusu yang menyenangkan ibu dan bayi

Menyusu Menenangkan Ibu Dan Bayi
Anak yang sentiasa menemani. Ketika menunggu di kaunter stokis shaklee


Anak-anak adalah penyejuk hati ibu dan abah. Memandang raut wajah mereka yang comel dan begitu telus membuatkan kita sentiasa bahagia. Begitu juga seorang ibu, semasa proses menyusu kita juga mendapat ketenangan itu. 

Saling bersentuh dan memandang wajah anak memberi 1001 rasa yang amat mendamaikan. Di sini saya kongsikan satu artikel mengenai menyusu menenangkan ibu dan bayi. Isu ini dikupas oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik & Laktasi.

Menyusu Menenangkan Ibu Dan Bayi
Hubungan Erat Ibu Dan Anak

Ibu Yang Ingin Tenang Susulah Bayi Anda


Menyusu bukan sahaja banyak manfaat secara fizikal tetapi juga secara rohani dan emosi juga ia memainkan peranan penting. Sebab itu, tidak hairan kenapa ramai yang ambil set menyusu shaklee untuk menambahkan kelancaran penyusuan susu ibu.

Kalau ibu-ibu yang ingin rasa tenang susulah bayi anda. Kenapa tajuk entri saya macam itu? Nak tahu, jom teruskan membaca.

Pemberian susu ibu adalah aktiviti fisiologi normal yang memberi banyak kebaikan kepada ibu, anak, keluarga, masyarakat dan juga alam sekitar, lebih-lebih lagi kepada kesihatan ibu dan anak. Adakah anda sedar bahawa penyusuan ibu bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi anda?

Susu ibu bukan sahaja diperlukan untuk tumbesaran fizikal si manja, tetapi juga membantu memupuk ikatan kasih sayang antara ibu dan anak, dan mengeratkan hubungan antara mereka.

Penyusuan ibu mengeratkan jalinan hubungan emosi dan psikologi antara ibu dan anak. Penghisapan puting payu dara memberi kesan kepada ibu dan anak. Perbuatan menyusu itu menenangkan bayi, seperti yang terbukti daripada keberkesanannya mengurangkan kadar denyutan jantung, metabolisme dan kesakitan ketika menyusu.

Kesan Ketenangan


Terdapat beberapa faktor yang memberi kesan ketenangan dan analgesik.

  • Menghisap puting ibu merangsang sentuhan orofarinks dan mekanoreseptor bayi dan menumpukan perhatian pada mulut, dengan demikian mengurangkan pengaruh luar.
  • Penghisapan dan penyerapan lemak daripada susu dalam usus merangsang pengeluaran hormon kolesistokinin yang mengaktifkan saraf yang mencetuskan rasa relaks dan melegakan kesakitan.
  • Kemanisan rasa susu merangsang pengeluaran opioid dalam bahagian tengah otak bayi, yang bertindak ke atas saraf penerima yang mengurangkan persepsi kesakitan.
  • Penyusuan ibu membabitkan sentuhan keibuan kulit-ke-kulit yang menstabilkan tahap glukosa darah, suhu badan dan kadar pernafasan, dan juga mengurangkan pengeluaran hormon tekanan dan menurunkan tekanan darah.
  • Penyusuan ibu membabitkan interaksi sosial yang intim antara ibu dan anak (jalinan hubungan), yang mungkin menambah pengeluaran hormon anti tekanan oksitosin.
  • Perasaan santai dan tenang memberi kesan secara sinergi dan walaupun kajian selama ini tertumpu kepada bayi yang baru lahir, pengalaman ibu menunjukkan bahawa mereka terus merasai ketenangan dan kesantaian selama mereka menyusukan bayi masing-masing.

Menyusu Menenangkan Ibu Dan Bayi
Kasih Ibu Hingga Ke Syurga

Kesimpulan


Allah beri anugerah yang sangat banyak kepada kita sebagai seorang ibu. Justeru, kita haruslah mengambil peluang ini. Setiap apa yang disarankan dalam Islam banyak hikmahnya. Teruskanlah penyusuan anda :)


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Menyusu Menenangkan Ibu Dan Bayi
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya. Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/
Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi