Seperti yang saya janjikan dalam artikel Inner Circle United | Northern Elite Mei 2014 yang lalu, saya akan kongsikan beberapa perkongsian oleh master-master shaklee sepanjang sesi tersebut.
Perkongsian Master Shaklee Puteri Yusuf tentang Magnet Diri telah saya kongsikan dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa perkongsian oleh Master Shaklee Azleen pula.
Sebelum itu, jika anda mahu berkenalan dengan beliau boleh berkunjung ke blog Miakididdles.
Belajar Dari Master Shaklee Azlin | Bijak Di Sini Bijak Di Sana
Tajuk perkongsian Master Shaklee Azlin adalah Bijak di sini Bijak di sana. Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, cuba anda teka apakah maksud Bijak Di Sini Bijak Di Sana? Mungkin yang tahu jawapannya bukan.
Baiklah, secara ringkasnya bijak di sini bermaksud bijak di dunia dan bijak di sana adalah bijak di akhirat. Tajuk ini cukup luas dan merangkumi seluruh keperluan hidup kita.
Sebagai umat Islam, kita wajib beriman bahawa hidup kita memang tidak terhenti di dunia ini semata-mata, sebaliknya kita akan meneruskan perjalanan hidup di akhirat setelah meninggal dunia.
Oleh itu, kita perlu bijak menggabungkan kedua-dua usaha (dunia dan akhirat) kita jika mahu berjaya.
Segala perbuatan kita sepatutnya menjadi ibadah baru tidak rugi. Ini kerana, Allah SWT hanya menerima amalan yang ikhlas semata-mata keranaNya.
Begitu juga dalam perniagaan. Jika mahu usaha kita tidak sia-sia kita perlu ikhlas kerana Allah SWT dan tidak menyalahi syariatNya.
Perkongsian daripada Master Shaklee Azlin dalam sesi ICU pada hari tersebut sebenarnya banyak sekali, namun di sini saya senaraikan beberapa tip yang sempat saya catat. Lalu saya terjemahkan mengikut kefahaman sendiri.
Segala perbuatan kita sepatutnya menjadi ibadah baru tidak rugi. Ini kerana, Allah SWT hanya menerima amalan yang ikhlas semata-mata keranaNya.
Begitu juga dalam perniagaan. Jika mahu usaha kita tidak sia-sia kita perlu ikhlas kerana Allah SWT dan tidak menyalahi syariatNya.
Perkongsian daripada Master Shaklee Azlin dalam sesi ICU pada hari tersebut sebenarnya banyak sekali, namun di sini saya senaraikan beberapa tip yang sempat saya catat. Lalu saya terjemahkan mengikut kefahaman sendiri.
10 Tip Dari Master Shaklee Azlin
- Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT. Solat yang wajib perlu dibuat seawal waktu, solat sunat taubat jangan tinggal, solat sunat hajat amalkan selalu, solat sunat dhuha satu kemestian, membaca 100 ayat al-Quran satu hari, istighfar, selawat, zikir, doa, RCA dan sebagainya.
- Kita adalah apa yang kita sering ulang setiap hari. Lakukan suatu pekerjaan sampai menjadi tabiat kita seharian.
- Strategi untuk berjaya perlu ada. Jika mahu berjaya, jangan buat ikut suka hati. Rancang strategi yang sepatutnya.
- Ambil perkara positif daripada orang lain. Dalam kehidupan seharian, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis kerenah manusia. Biasanya yang negatif cukup banyak. Oleh itu, tinggalkan perkara negatif oleh orang sekeliling.
- Push factor atau faktor pendorong perlu kuat. Antara contoh faktor pendorong adalah anak kita sendiri. Ia ibarat nyawa kita.
- Fokus dengan apa kita lakukan. Salah satu cara untuk tingkatkan fokus adalah dengan menulis, menyebut dan lihat apa yang kita mahukan setiap hari.
- 3 Asas mencipta kejayaan adalah bersangka baik (hadiah Al-Fatihah), bersyukur (buat jurnal syukur), bersabar (positifkan diri setiap kali diuji)
- Sentiasa Proaktif. Fikirkan apa yang perlu dilakukan setiap hari dan segera bertindak. Jangan hanya menunggu. Setiap halangan adalah ujian. Jangan jadikan alasan.
- Duplicate apa yang master-master buat untuk berjaya. Pelajari bagaimana master-master membina kejayaan mereka dan tiru bula-bulat.
- Jangan berhenti belajar. Belajar strategi perniagaan, belajar dari master-master yang berjaya, belajar berkomunikasi dengan pelanggan dan orang sekeliling.
Kesimpulan
Kalau dilihat 10 tip yang dikongsikan oleh Master Azlin di atas boleh disimpulkan bahawa kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan makhluk sebaik mungkin.
Dalam pada itu, kita perlu membina kekuatan diri dalam mengharungi sebarang cabaran jika mahu berjaya tidak kira apa bidang yang kita ceburi.
Salam kejayaan.
Dalam pada itu, kita perlu membina kekuatan diri dalam mengharungi sebarang cabaran jika mahu berjaya tidak kira apa bidang yang kita ceburi.
Salam kejayaan.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
kalau nak berjaya dunia sana sini perlu buat asas dan istiqamah selalu.
ReplyDeleteBenar sekali suri..terima kasih
DeleteNak jadi master kenalah belajar dari master kan?
ReplyDeletebetul tu Ammar
Deletewah....selamat berpuasa..
ReplyDeleteAssalammualaikum... faizal,
ReplyDeletenice perkongsian yang sangat bagus.. dulu mselim3 pun tak berapa faham apa maksud bijak disini bijak disana... ada maksud rupanyer. Pape tahniah faizal... mselim3 suka tgk faizal lebih bersemangat dan berkeyakinan tinggi dengan produk shaklee.. Moga faizal berjaya.. teruskan berjuang dalam perniagaan shaklee moga anda sukses dan ada sinar 'kejayaan' menunggu faizal..
mselim3
Waalaikumussalam Mohd Selim
DeleteKomen yang cukup membina. terima kasih banyak-banyak
Terima kasih atas perkongsian :) Isteri juga merupakan SID , tp masih di tahap beginner lagi.
ReplyDeleteSemoga maju jaya
Deletegood post ... nice
ReplyDeleteSemoga terus maju dan berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi ..InsyaAllah
ReplyDelete