HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, July 19, 2014

Hubungan Emosi Dalam Penyusuan Susu Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kenangan yang masih segar diingatan. ..

Sewaktu saya di hospital Pearl Maternity, Pulau Pinang kerana baru melahirkan anak pertama, terdapat seorang jururawat yang sangat tegas.

Beliau cepat melenting kalau mengetahui ibu-ibu yang bersalin di situ memberi susu formula kepada anak mereka.

Meskipun, jururawat itu bekerja di hospital swasta yang mana setiap penggunaan barang hospital mesti di bayar termasuk susu formula tetapi dia amat menekankan penyusuan susu ibu.



Beliau berpendapat bahawa anak akan lebih rapat dengan ibu kalau menyusu badan katanya. Saya juga teringat pesanan orang-orang lama yang hampir sama dengan jururawat itu tadi.

Tetapi, benarkah kenyataan di atas?

Wallahu'alam saya sendiri tidak pernah tanya mana sumber yang jururawat itu ambil, tetapi pada saya yang telah menyusu sampai ke anak dua memang percaya dengan kak jururawat itu.

Ya, hal ini sebenarnya telah dikaji oleh pakar-pakar kesihatan. Jom tengok apa yang saya ingin kongsikan dengan anda berkenaan dengan hubungan emosi dalam penyusuan susu ibu. Isu ini dikongsi oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik & Laktasi.

Hubungan Emosi Dalam Penyusuan Susu Ibu




Hubungan intim antara ibu dan anak merujuk kepada hubungan emosional yang kuat antara seorang ibu dan anaknya. Penyusuan ibu mengukuhkan hubungan antara ibu dan anak disebabkan sentuhan kulit ke kulit yang berlaku apabila ibu memegang erat dan merenung anaknya semasa menyusu.


Ibu yang menyusukan bayinya menjadi lebih sensitif kepada keperluan anaknya dan belajar untuk menjadi lebih responsif. Anak juga akan merasa selamat dalam pelukan ibunya. Anak yang menyusu akan sentiasa memandang wajah ibunya. Ini secara tidak langsung mengeratkan kasih sayang antara keduanya.

Penyusuan Dari Segi Saintifik




Oksitosin dalam darah didapati meningkat apabila seorang wanita yang baru bersalin bersentuhan kulit ketika memegang bayinya; oksitosin meningkat dengan ketara selepas uri dikeluarkan. Selepas satu atau dua tempoh menyusu, oksitosin dalam darah meningkat dengan setiap penyusuan ibu.

Tahap peningkatan ini mungkin dapat mengeratkan hubungan intim seorang ibu dengan anaknya selain membantu mengecutkan otot uterus bagi mengelakkan pendarahan. Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, sentuhan bibir bayi merangsang saraf deria dalam puting payu daranya, menyebabkan pengeluaran dua hormon penting dalam otak ibu, yang terbabit dalam penyusuan ibu, prolaktin dan oksitosin.

Selain membantu dalam pengeluaran susu ibu, prolaktin (hormon keibuan) membantu ibu untuk merasa santai dan lebih menyayangi bayinya. Oksitosin (hormon kasih sayang) bertanggungjawab mengeluarkan susu dan juga mencetuskan perasaan gembira dalam diri ibu dan menceriakan moodnya.

Ibu perlu diberi galakan dan sokongan menerusi sentuhan awal kulit-ke-kulit dan penyusuan ibu sebaik sahaja melahirkan bayi. Ini penting bukan sahaja untuk kebaikan fizikal ibu dan anak, tetapi juga untuk mengukuhkan ikatan emosional yang terjalin daripada hubungan ini.



Kesimpulannya


Apabila dewasa, anak yang rapat dengan ibunya mungkin akan menjadikan ibunya sebagai kawan. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan dapat mengurangkan gejala sosial yang berleluasa hari ini. Ini kerana anak akan menjadikan ibunya sebagai rujukan dalam kehidupan sehariannya.

Menyusu amat disarankan dalam Islam. Ini kerana terdapat pelbagai manfaatnya terhadap bayi, ibu dan keluarga. Tak salah kita sebagai ibu berkorban dalam meneruskan perjuangan ini. Pada pendapat saya, ibu yang berjaya menyusukan anaknya selama 2 tahun amat tabah. Ini kerana terlalu banyak cabaran menyusukan anak ini, terutamanya ibu yang berkerjaya. Anak kedua saya telah masuk umur 21 bulan. InsyaAllah saya akan berjuang sehingga anak saya berumur 2 tahun.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

6 comments:

  1. Tahniah berjaya susukan anak sampai 21bulan. penyusuan ibu terbaik dan yang utama selagi mampu.

    ReplyDelete
  2. Nice Sharing ...Tahniah ya ..Susu ibu adalah yang paling baik ..

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah,keempat anak kathy susukan hingga cukup masa.

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi