Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, sudah dua hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada kita meraikan kegembiraan menyambut yang hari yang mulia ini gerfikir juga di dalam benak jiwa Bagaimanalah Nasib Saudara Di Gaza Sempena Hari Raya?
Minggu lepas sempat saya sempat memberi sedikit sumbangan melalui Aman Palestin di Bandar Perda, Pulau Pinang. Jika anda mahu menyumbang boleh terus menghubungi pihak Aman Palastine boleh klik di sini >> http://www.amanpalestin.net/.
Berbalik kepada tajuk entri ini, saya ingin mengajak anda semua turut memikirkan nasib saudara kita di bumi Gaza.
Bagaimanalah Nasib Saudara Di Gaza Sempena Hari Raya
Mungkin kita di sini langsir tingkap sedia bertukar baru,
tetapi saudara kita di Gaza tidak ada tingkap.
Mungkin baju raya kita baru berhias indah,
sedangkan baju mereka bersalut darah,
Mungkin kita di sini sedang berkumpul berkongsi saat gembira
tetapi saudara kita di Gaza sedang berkumpul berkongsi rasa duka,
Mungkin kita di sini sedang berpelukan kerana kesukaan
tetapi saudara kita di Gaza sedang berpelukan kerana kepiluan
Mungkin anak-anak di sini seronok bermain mercun dan bunga api
tetapi anak-anak di Gaza sedang dihujani bom dan roket di sana sini
Mungkin anak-anak kecil di sini dibelai di manja
tetapi anak -anak di Gaza hidup sebatang kara.
Kesimpulan
Bagaimanalah Nasib Saudara Di Gaza Sempena Hari Raya? Ini adalah renungan untuk diri sendiri dan kita semua.Kalau kita asyik memikirkan hari raya kita semata-mata tanpa merenung keadaan saudara kita Gaza, adakah ia cukup memberikan kita makna hari raya?
Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk kita semua terus membantu saudara kita di Gaza. Kita boleh berdoa dan memberi sumbangan.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Tak terkata sedihnyer. Apapun al fatihah untuk syuhada di Gaza..
ReplyDelete