HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, July 24, 2014

Ibu Yang Ingin Tenang Susulah Bayi Anda

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Setiap pagi anak-anak saya akan datang memeluk dan cium pipi saya sebelum dihantar ke rumah pengasuh oleh abahnya. Oh...indahnya.

Apabila sampai jam 5 petang saya tidak sabar mahu pulang kerana hendak berjumpa dengan anak-anak tercinta. Walaupun tidak sampai 8 jam berpisah dengan mereka terasa rindu yang amat sangat.

Itulah yang dikatakan anak. Jadi, hari ini saya ingin bercerita tentang anak kita yang menyusu susu ibu. Kalau sebelum ini saya kongsikan tentang hubungan emosi anak dan ibu, tetapi hari ini saya ingin kongsikan tentang menyusu yang menyenangkan ibu dan bayi

Menyusu Menenangkan Ibu Dan Bayi
Anak yang sentiasa menemani. Ketika menunggu di kaunter stokis shaklee


Anak-anak adalah penyejuk hati ibu dan abah. Memandang raut wajah mereka yang comel dan begitu telus membuatkan kita sentiasa bahagia. Begitu juga seorang ibu, semasa proses menyusu kita juga mendapat ketenangan itu. 

Saling bersentuh dan memandang wajah anak memberi 1001 rasa yang amat mendamaikan. Di sini saya kongsikan satu artikel mengenai menyusu menenangkan ibu dan bayi. Isu ini dikupas oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik & Laktasi.

Menyusu Menenangkan Ibu Dan Bayi
Hubungan Erat Ibu Dan Anak

Ibu Yang Ingin Tenang Susulah Bayi Anda


Menyusu bukan sahaja banyak manfaat secara fizikal tetapi juga secara rohani dan emosi juga ia memainkan peranan penting. Sebab itu, tidak hairan kenapa ramai yang ambil set menyusu shaklee untuk menambahkan kelancaran penyusuan susu ibu.

Kalau ibu-ibu yang ingin rasa tenang susulah bayi anda. Kenapa tajuk entri saya macam itu? Nak tahu, jom teruskan membaca.

Pemberian susu ibu adalah aktiviti fisiologi normal yang memberi banyak kebaikan kepada ibu, anak, keluarga, masyarakat dan juga alam sekitar, lebih-lebih lagi kepada kesihatan ibu dan anak. Adakah anda sedar bahawa penyusuan ibu bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi anda?

Susu ibu bukan sahaja diperlukan untuk tumbesaran fizikal si manja, tetapi juga membantu memupuk ikatan kasih sayang antara ibu dan anak, dan mengeratkan hubungan antara mereka.

Penyusuan ibu mengeratkan jalinan hubungan emosi dan psikologi antara ibu dan anak. Penghisapan puting payu dara memberi kesan kepada ibu dan anak. Perbuatan menyusu itu menenangkan bayi, seperti yang terbukti daripada keberkesanannya mengurangkan kadar denyutan jantung, metabolisme dan kesakitan ketika menyusu.

Kesan Ketenangan


Terdapat beberapa faktor yang memberi kesan ketenangan dan analgesik.

  • Menghisap puting ibu merangsang sentuhan orofarinks dan mekanoreseptor bayi dan menumpukan perhatian pada mulut, dengan demikian mengurangkan pengaruh luar.
  • Penghisapan dan penyerapan lemak daripada susu dalam usus merangsang pengeluaran hormon kolesistokinin yang mengaktifkan saraf yang mencetuskan rasa relaks dan melegakan kesakitan.
  • Kemanisan rasa susu merangsang pengeluaran opioid dalam bahagian tengah otak bayi, yang bertindak ke atas saraf penerima yang mengurangkan persepsi kesakitan.
  • Penyusuan ibu membabitkan sentuhan keibuan kulit-ke-kulit yang menstabilkan tahap glukosa darah, suhu badan dan kadar pernafasan, dan juga mengurangkan pengeluaran hormon tekanan dan menurunkan tekanan darah.
  • Penyusuan ibu membabitkan interaksi sosial yang intim antara ibu dan anak (jalinan hubungan), yang mungkin menambah pengeluaran hormon anti tekanan oksitosin.
  • Perasaan santai dan tenang memberi kesan secara sinergi dan walaupun kajian selama ini tertumpu kepada bayi yang baru lahir, pengalaman ibu menunjukkan bahawa mereka terus merasai ketenangan dan kesantaian selama mereka menyusukan bayi masing-masing.

Menyusu Menenangkan Ibu Dan Bayi
Kasih Ibu Hingga Ke Syurga

Kesimpulan


Allah beri anugerah yang sangat banyak kepada kita sebagai seorang ibu. Justeru, kita haruslah mengambil peluang ini. Setiap apa yang disarankan dalam Islam banyak hikmahnya. Teruskanlah penyusuan anda :)


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Menyusu Menenangkan Ibu Dan Bayi
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya. Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/

6 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi