Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Bagaimana puasa hari ini? Moga terus bersemangat untuk menambah amal ibadah sepanjang Ramadhan ini.
Amalan Sebelum, Semasa & Selepas Ramadhan |
Hari ini saya ingin kongsikan sebahagian tazkirah yang diadaptasi daripada kuliah oleh Ustaz Fawwaz Bin Md Jan mengenai Amalan Sebelum, Semasa & Selepas Ramadhan.
Meskipun agak lewat berkongsi tazkirah tentang Amalan Sebelum, Semasa & Selepas Ramadhan ini, saya rasa ia tidak menjadi masalah kerana ilmu agama merentasi zaman. Kontennya berguna sampai bila-bila.
Baiklah. Tanpa melengahkan masa, jom baca artikel Amalan Sebelum, Semasa & Selepas Ramadhan ini.
Amalan Sebelum, Semasa & Selepas Ramadhan
Amalan-amalan ini terbahagi kepada 3 bahagiaan iaitu Amalan sebelum Ramadhan, semasa Ramadhan & Selepas Ramadhan.
Amalan Sebelum Ramadhan
Terdapat 2 amalan yang perlu kita buat sebelum menjelang bulan Ramadhan iaitu Muhasabah dan Azam.
Muhasabah
Ambil peluang untuk muhasabah diri mengenangkan amalan sepanjang puasa yang telah kita lakukan tahun lalu. Beberapa soalan yang kita perlu fikirkan antaranya:
- Bagaimana Puasa kita tahun lepas?
- Baca Al-Quran habis atau tidak ?
- Bagaimana dengan Solat Sunat Terawih?
- Bagaimana dengan Qiamulllail ?
- Bersedeqah atau tidak?
- Pancaindera seperti mata dijaga atau tidak?
Ramadhan bulan menambahkan bacaan Al-Quran |
Azam
Secara ringkasnya, azam puasa tahun ini adalah untuk tingkatkan amalan berbanding puasa tahun lalu. Sepatutnya azam ini dilakukan sebelum masukkannya bulan Ramadhan, namun masih belum terlewat untuk kita berazam kerana puasa Ramadhan baru bermula.
Kita perlu berazam untuk berpuasa pada tahun ini dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, tanam azam untuk buat solat sunat terawih sebanyak 20 rakaat. Jika di masjid hanya buat lapan, tanam azam mahu tambah bagi cukup 20 rakaat.
Amalan Semasa Ramadhan
Beberapa amalan yang perlu diambil perhatian sepanjang kita berpuasa dalam bulan Ramadhan ini adalah seperti berikut:
- Jaga hukum hakam puasa
- Bangun awal ketika bersahur kerana mahu solat sunat tahajjud dahulu
- Makan banyak ketika sahur, berbuka puasa makan sedikit untuk dapat kekuatan beribadat terutamanya ketika solat sunat terawih
- Kurangkan tidur di siang hari
- Jangan banyak tengok televisyen
- Jangan banyak masuk pasar Ramadhan
- Solat sunat witir jangan buat sendirian, tetapi buatlah bersama imam kerana seafdhal-afdhal witir dalam bulan Ramadhan adalah bersama imam
- Baca Al-Quran
Amalan Selepas Ramadhan
Dalam sebuah hadith yang bermaksud: "Celakalah orang yang keluar daripada bulan Ramadhan kalau dosanya Allah SWT tidak padam"
Oleh itu, sebaik sahaja Ramadhan tamat, pada malah hari raya:
- Jangan sibuk dengan kuih raya, buatlah pada siang hari
- Jangan sibuk dengan langsir, pasanglah pada siang hari
- Pergilah ke surau atau masjid bertakbir dan berdoa
- Jika tidak dapat ke surau atau masjid, cari ruang di dalam rumah untuk bertakbir dan berdoa agar Allah SWT ampunkan dosa dan diterima segala amalan sepanjang Ramadhan
Keputusan
Amalan-amalan ini merupakan senarai semak untuk diri saya dan kita semua agar perjalanan ibadah di bulan Ramadhan dapat dilakukan dengan baik.
Allah SWT menganugerahkan bulan yang penuh dengan keampunan, kerahmatan dan kerberkatan kepada kita untuk kita raih dengan sebaik mungkin, bukannya membiarkan ia berlalu dengan begitu sahaja.
Wallahu'alam.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
nice sharing...selamat berpuasa..
ReplyDeleteterima kasih
DeleteTerima kasih, selamat berpuasa
Deletenice sharing. insyaAllah fyna nak kongsi entri ini, boleh ye?
ReplyDeleteamat2 di alukan fyna
Deleteinformasi yang amat berguna tuan admin
ReplyDeleteSemoga bermanfaat. Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih perkongsiannya, amalan selepas Ramadhan tu juga jangan kita ambil ringan.
ReplyDeletebetul tu..
Delete