HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, July 25, 2014

10 Sebab Si Manja Mesti Minum Susu Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sebelum saya berkahwin, saya memang hairan melihatkan sepupu saya sanggup membeli peti ais baru semata-mata untuk menyimpan stok susu beliau. Dia di antara sepupu saya yang sangat menyokong penyusuan susu ibu, kelima-lima anaknya mendapat penyusuan eksklusif selama 2 tahun.

Dia juga seorang ibu berkerjaya yang sangat sibuk dan selalu bekerja ke luar daerah. InsyaAllah, Allah akan makbulkan apa yang kita mahukan. Dengan syarat kita sentiasa berdoa dan berazam dengan apa yang kita inginkan.

Bak kata Prof Muhaya, dunia dalaman penentu dunia luaran. Kini setelah menjadi ibu baru saya tahu kenapa sepupu saya bertindak begitu. Isu kecil tapi besar signifikannya. Kesan yang mungkin kita tak nampak sekarang tapi ada kebaikannya.

Di sini saya kongsikan 10 sebab kenapa si manja mesti minum susu ibu. Artikel ini saya perolehi daripada majalah PaMa keluaran Ogos.

10 Sebab Si Manja Mesti Minum Susu Ibu susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Bayi comel

10 Sebab Si Manja Mesti Minum Susu Ibu



Set Menyusu Shaklee susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Set Menyusu Shaklee


  • Risiko kematian bayi dan kanak-kanak di negara membangun meningkat sehingga 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu susu ibu pada 3 bulan pertama. Kebanyakkan kematian berpunca daripada penyakit cirit-birit yang serius. Ia berlaku kerana mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan. Secara asasnya, penyusuan susu  ibu adalah tunjang utama untuk kesihatan diri si manja.
  • Ibu perlu kerap menyusui bayi pada hari-hari pertama kelahiran. Ini adalah untuk membekalkan kolostrum secukupnya kepada bayi. Mitos susu belum ada adalah tidak benar! Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharusnya mendapat kolostrum berharga.
  • Susu ibu tidak pernah tercemar, bersih dan bebas bakteria. Antara sebabnya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi yang dihasilkan oleh susu ibu (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehingga bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri.
  • Walaupun bayi tidak menyusu beberapa hari, susu ibu tersedia pada bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Si manja boleh menyusu tanpa mengira masa dan tempat.
  • Si manja lebih mudah menguasai bahasa. Kajian mendapati bahawa bayi yang mendapat susu ibu yang mencukupi akan lebih mudah untuk menguasai bahasa. Malahan mampu meningkatkan perkembangan percakapan dan komunikasi anak-anak. 
          Ia juga mampu mengelakkan masalah anak yang lambat bercakap dan pelat.
  • Daya tumpuan belajar lebih baik. Ini kerana ia mempunyai kandungan DHA susu ibu yang tinggi. DHA mempengaruhi perkembangan otak dan mata kanak-kanak.
  • Sesuai untuk bayi yang dilahirkan pramatang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin dan immunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.
  • Melindungi si manja daripada sebarang masalah kesihatan antaranya kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan. Selain itu dapat mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, miningitis dan cirit-birit.
  • Kajian yang dilakukan di Okyama University Graduate School of Medicine di Jepun, mendapati bahawa sehingga 50% bayi yang menyusu susu ibu dapat mengurangkan risiko masalah obesiti di kalangan kanak-kanak pada usia lapan tahun.
  • Bayi yang menyusu susu ibu untuk jangka masa panjang, membantu membentuk pola makan sihat di kalangan kanak-kanak. Apa yang pasti, susu ibu adalah makanan yang lengkap mengandungi protein, vitamin dan mineral penting. Ini akan membentuk sistem pertahanan badan dan membantu pertumbuhan serta perkembangan bayi.

10 Sebab Si Manja Mesti Minum Susu Ibu susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik

Kesimpulan


Banyakkan kebaikannya kepada si manja kita. Kepada bakal-bakal ibu diluar sana, anda boleh mula membuat persediaan untuk menyusukan bayi anda. Keputusan di tangan anda. Ayuh, ibu-ibu hebat! Pada bapa-bapa penyayang, bantuan anda diperlukan. Sokonglah isteri anda, ini juga untuk kepentingan anda dan keluarga.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

IAnda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/

2 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi