HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, July 14, 2014

Keputusan Akhir Piala Dunia 2014 dan Cuti Nuzul Al-Quran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Keputusan Akhir Piala Dunia 2014 dan Cuti Nuzul Al-Quran
Keputusan Akhir Piala Dunia 2014 dan Cuti Nuzul Al-Quran


Alhamdulillah pagi tadi, makan sahur dimulakan dengan makan kurma dan akhirkan dengan performance drink yang dicampur dengan ESP. Mudah-mudahan puasa hari ini lebih bertenaga. Yes..


Keputusan Akhir Piala Dunia 2014 dan Cuti Nuzul Al-Quran


Selepas bersahur tadi, sempat juga buka siaran 801. Asalnya saya tidak menyangkan bahawa siaran 801 ini boleh ditonton walaupun saya hanya menggunakan decoder NjOI.

Sengaja saya tekan remote control 801, tiba-tiba ada siaran pula. Jadi, bolehlah saya melihat wajah Messi yang tidak senyum langsung selepas kalah dengan Argentina.

Hari ini pasti ramai yang mengantuk kerana bertahan mata menyaksikan perlawanan akhir bola sepak piala dunia di antara Argentina dan German. Kalau yang sudah biasa mungkin tidak mengantuk.

Oleh kerana baru sahaja pagi tadi perlawanan akhir bola sepak piala dunia baru selesai, teringin juga menyentuh perkara ini di blog syukurnyasihat.

Keputusan Akhir Piala Dunia 2014 dan Cuti Nuzul Al-Quran


Perlawanan akhir bola sepak piala dunia di menangi oleh pasukan German setelah menewaskan Argentina dengan 1-0. Memang sengit.

Di bawah ini adalah keputusan dan kedudukan akhir Piala Dunia.

Juara - German
Naib - Juara Argentina
Ketiga - Netherland
Keempat - Brasil

Dengan berakhirnya Perlawanan akhir bola sepak piala dunia ini, mungkin ada isteri-isteri comel terpaksa bangun sendiri untuk mengejuk suami-suami mereka kacak untuk bangun sahur. Andaian saya sahaja, he...he..

Kalau betul begitu yang berlaku, isteri jangan bimbang kerana tinggal berapa hari sahaja lagi untuk bangun sahur. Lagipun hari ini sudah masuk hari yang ke 16 berpuasa.

Bagusnya, kalau suami-suami terus bangun awal kerana sudah berlatih bangun awal sepanjang perlawanan bola sepak piala dunia 2014 baru ini.

Bukan apa, kita ada temujanji yang lebih besar daripada perlawanan bola sepak piala dunia 2014 iaitu malam lailatul qadar.

Baiklah, berbalik kepada tajuk artikel ini, esok adalah hari ke 17 Ramadhan maka ada 10 negeri dalam Malaysia.

Keputusan Akhir Piala Dunia 2014 dan Cuti Nuzul Al-Quran

Negeri Yang Bercuti Nuzul Al-Quran


Di bawah ini saya senaraikan 10 buah negeri yang bercuti sempena Nuzul Al-Quran.

Kelantan
Kuala Lumpur
Labuan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Putrajaya
Selangor
Terengganu

Pengertian Ringkas Nuzul Al-Quran


Nuzul bermaksud penurunan atau berpindah dari atas ke bawah. Manakala Al-Quran bermaksud himpunan atau bacaan yang mengandungi ayat-ayat berkenaan dengan pelbagai perkara seperti jinayat, tauhid, ibadah, sains, muamalat dan lain-lain lagi.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadhan pada malam Jumaat 41 tahun selepas keputeraan baginda Rasulullah SAW.

Menurut sebahagian ulama, peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi sejarah besar dalam kehidupan Rasulullah SAW di mana Al-Quran diturunkan pada malam tersebut.

Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah SAW dan menjadi panduan kehidupan di dunia dan akhir bagi seluruh umat Islam.

Kesimpulan


Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia telah pun selesai. Maka, ini lah peluang kita untuk fokus dalam beribadah di dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang sudah masuk hari ke 16.

Malam Nuzul Al-Quran seharusnya diisi dengan pelbagai aktiviti ibadah seperti membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan solat sunat.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita. Selamat beramal. 

 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Keputusan Akhir Piala Dunia 2014 dan Cuti Nuzul Al-Quran
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

7 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi