HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Wednesday, July 30, 2014

Kad Raya Dari Blogger Kathy

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Hari Raya pada tahun ini kami rasa gembira dan ada sedikit kelainan. Kenangan beraya semasa zaman sekolah dahulu tergamit kembali. Nak tahu kenapa?

Sebabnya, kami isteri suami menerima kad raya daripada Rakan Blogger Kathy secara berasingan. Baik sungguh Kak Kathy, sanggup menghantar kad raya secara individu.

Jujur saya katakan sudah beberapa tahun tidak menerima kad raya. Semuanya mengantar ucapan hari raya menggunakan emel dan sms.

Kad Raya Dari Blogger Kathy


Saya dan suami rasa selesa memanggil Kak Kathy disebabkan beliau lahir tahun 1978 manakal kami berdua lahir pada tahun 1982.

Secara peribadi Kak Kathy memang seorang yang baik hati dan perihatin. Beliau pandai menjaga hati dan menjaga hubungan silaturrahim khususnya antara rakan blogger.

Blog Coretan Hati Kathy adalah salah satu blog yang menjadi kegemaran kami dan beliau merupakan salah seorang top komentator di blog www.syukurnyasihat.com .

Beliau memiliki tiga buah blog lain yang berbeza iaitu Diari Resepi, Hasil Penaku dan Kathy Bloglist. Bahkan beliau juga pandai mengajar anaknya membina blog.

Jemputlah ke blog beliau jika anda belum pernah ke sana lagi. Banyak kisah-kisah kehidupan dan panduan berguna yang boleh diperolehi dari blog beliau.

Kad Untuk Saya dari Blogger Kathy

Kad Untuk Suami dari Blogger Kathy

Kesimpulan


Zaman yang canggih dengan teknologi masa kini tidak dapat mengesampingkan kewujudan kad raya yang telah lama bertapak di negara kita setiap kali tibanya hari raya aidlifitri.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Kathy kerana sudi menghantar kad raya kepada kami.

Meskipun tidak pernah bersua secara bersemuka, namun ikatan tersebut tetap ada. Inilah yang dikatakan ukhwah. Semoga silataurrahim yang terjalin tetap utuh selamanya.


 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

3 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi