Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Seperti yang saya ceritakan sedikit pengalaman dalam menyusukan anak dalam artikel senarai makanan penambah susu ibu, saya berasa sedih kenapa susu tidak banyak keluar walaupun bayi saya menyusu berterusan.
Suami saya sentiasa di sisi dan jururawat cuba menenangkan saya dan memberitahu bahawa itu adalah situasi normal. Alhamdulillah, saya berasa lega akhirnya.
Suami saya sentiasa di sisi dan jururawat cuba menenangkan saya dan memberitahu bahawa itu adalah situasi normal. Alhamdulillah, saya berasa lega akhirnya.
Tahukah anda bahawa susu ibu akan meningkat dari hari pertama dan seterusnya dengan syarat kira meneruskan penyusuan ibu.
Setelah mengalaminya sendiri, saya bertambah yakin bahawa Allah mencipta susu mengikut keperluan bayi. Allahuakbar alangkah hebatnya ciptaan Allah ini. Jom kita memanfaatkan kurniaan ini.
Setelah mengalaminya sendiri, saya bertambah yakin bahawa Allah mencipta susu mengikut keperluan bayi. Allahuakbar alangkah hebatnya ciptaan Allah ini. Jom kita memanfaatkan kurniaan ini.
Banyak faedahnya terhadap ibu dan anak menerusi penyusuan susu ibu ini. Sebab itu, Islam menyarankan ibu menyusukan anak selama 2 tahun. Jesteru, ibu-ibu perlu membuat persediaan sejak dari mengandung lagi. Di sini saya kongsikan kelebihan penyusuan susu sejak awal.
Kelebihan Penyusuan Susu Sejak Awal
Manfaat Susu Ibu |
- Membina sistem imunisasi tubuh bayi menerusi kolostrum yang mengandungi Vitamin A dan antibodi yang tinggi.
- Merapatkan hubungan di antara ibu dan bayi.
- Mengurangkan risiko ibu mendapat kanser rahim dan payudara.
- Membantu dalam proses pengecutan rahim bagi mengelak masalah tumpah darah selepas bersalin.
- Menghindar atau mengurangkan masalah bengkak susu apabila susu matang mula terhasil.
- Penyusuan kolostrum di peringkat awal akan mengurangkan masalah jaundis kerana bilirubin dalam darah dikeluarkan oleh bayi melalui sistem penghadaman dengan mudah.
- Rangsangan untuk menghisap berada di tahap paling kuat kira-kira 20-30 minit selepas kelahiran.
- Hisapan pada peringkat awal akan menjamin kejayaan penyusuan susu ibu di peringkat seterusnya.
Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan |
Kesimpulan.
Penyusuan susu ibu sejak awal lagi memberi banyak manfaat kepada ibu dan bayi. Oleh itu kita seharusnya berusaha memberikan yang terbaik buat anak kita. Selamat meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
susu ibu susu terbaik dan pilihan pertama, jika dah tiada pilihan, pilihlah afternatif yang terbaik.
ReplyDeleteSaya setuju dengan Denaihati.
DeletePerkongsian yang baik. Insyaallah nak kongsikan dgn isteri..
ReplyDeleteTerima kasih Mohd Subhi, semoga bermanfaat
DeleteTerima kasih :)
ReplyDeletesusu ibu ni bukan je susu yg terbaik utk anak2 malah jimat dan mudah..xperlu beli dan xperlu bancuh2..
ReplyDeletetepat sekali prof john
DeleteAlhamdulillah ..Anak2 Lya tiga orang semua FULL BREASTFEEDING
ReplyDeleteAlhamdulillah...Lya memang hebat.rezeki murah
Deletebaru je habis exam. baru je jawab soalan exam tentang mechanisme pengeluaran susu ibu ni.. hehehe...
ReplyDeleteTahniah...semoga mendapat keputusan yang cemerlang
Deletesangat bermanfaat bagi kaum perempuan,
ReplyDeleteterimakasih akak
Terima kasih..boleh share dengan orang lain
Delete