Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Apa perasaan anda apabila telah disahkan mengandung? Gembira? Sedih? Teruja? Takut? Macam-macam ada. Kadang-kadang sukar digambarkan dengan kata-kata
Sejujurnya, saya masih ingat waktu pertama kali saya mendapat tahu bahawa saya telah disahkan mengandung. Bermacam-mcam perasaan yang muncul, teruja, takut dan malu bercampur baur.
Bahkan, rasa tidak mampu memaklumkan kepada keluarga terdekat. Jadi saya minta tolong suami memberi tahu ibu dan ayah kedua-dua belah pihak tentang kehamilan saya.
Bahkan, rasa tidak mampu memaklumkan kepada keluarga terdekat. Jadi saya minta tolong suami memberi tahu ibu dan ayah kedua-dua belah pihak tentang kehamilan saya.
Ketika mengandung, kehidupan seorang ibu itu berubah sama sekali dengan kehidupannya ketika tidak hamil. Namun, bagi setiap ibu memiliki kisah hidup yang tidak sama.
Ada yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah atau kesakitan dan ada juga yang bernasib baik kerana tidak sebarang masalah yang ditanggungnya semasa mengandung.
Semua itu rezeki yang telah Allah SWT tetapkan. Usah bimbang kerana kebanyakkan masalah yang ditanggung oleh seorang ibu mengandung adalah normal dan tidak mendatangkan mudarat kepada bayi yang dikandung.
Tidak dinafikan, ada juga keadaan yang membuatkan bayi dalam kandungan turut sama merasai dan menggangu perkembangan dalam perut.
Jom lihat apakah 5 Masalah yang biasa dihadapi ketika mengandung.
Jom lihat apakah 5 Masalah yang biasa dihadapi ketika mengandung.
5 Masalah Biasa Ketika Mengandung |
5 Masalah Biasa Ketika Mengandung
Di bawah ini saya senaraikan 5 Masalah Biasa Ketika mengandung yang sering berlaku kepada ibu-ibu adalah seperti:
#1. Cirit-birit
Kebiasaannya, masalah ini berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus. Cirit-birit boleh menyebabkan air dalam badan atau dihidrasi.
Sekiranya situasi ini berlarutan, bayi dalam kandungan mungkin berdepan dengan pelbagai risiko yang tidak diingini.
Cara mengatasinya adalah dengan banyakkan mengambil air dalam 12 hingga 14 gelas sehari bagi menggantikan cecair yang hilang.
Dapatkan nasihat doktor dan seandainya perlu, periksa najis anda untuk memastikan masalah sebenar yang berlaku.
#2. Pening secara tiba-tiba
Pening yang berlaku mungkin disebabkan bekalan darah di otak berkurangan. Masalah kekurangan darah di otak mungkin terjadi di sebabkan berdiri terlalu lama dan keperluan darah yang banyak pada uterus.
Oleh itu, usah berdiri telalu lama. Banyakkan duduk atau baring bila terasa pening atau bergoyang. Jangan bangun secara mengejut atau berpindah suhu terlalu laju seperti keluar dari bilik air selepas mandi menggunakan air panas.
Walaupun pening secara tiba-tiba ini tidak memudaratkan bayi, namun keadaan ini sekiranya berlarutan khususnya saat perut ibu berasa agak tegang ketika keadaan itu berlaku.
#3. Tekanan darah tinggi atau hipertensi
Tekanan darah yang tinggi bagi ibu yang mengandung boleh menyebabkan ibu itu berasa kurang selesa, pening dan pandangan menjadi kabur.
Sebahagian ibu mengandung mempunyai sel dari plasenta yang mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil vasoconstrictors yang menyebabkan saluran darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.
Masalah ini boleh menyebabkan perkembangan bayi dalam kandungan agak lambat dan bayi tidak mendapat oksigen secukupnya. Kesan-kesan ini boleh menyebabkan anak yang dilahirkan mempunyai berat badan di bawah tahap normal.
Sekiranya anda mengalami masalah tekanan darah tinggi ini, sila berjumpa dengan doktor dan sekiranya keadaan ini menjadi semakin teruk, kemungkinan besar anda akan dimasukkan ke dalam hospital sebagai langkah penjagaan.
#4. Morning Sickness
Masalah biasa yang juga dialami ketika mengandung adalah morning sickness. Simptom-simptom morning sickness adalah seperti berasa loya, muntah dan pening ketika waktu pagi.
Masalah ini boleh terjadi kerana kekurangan gula dalam darh dan meningkatnya hormon mengandung yang menyebabkan iritasi pada perut ibu mengandung.
Seandainya, masalah morning sickness ini berlarutan sehingga mengganggu anda sepanjang hari, ia boleh menyebabkan hyperemesis gravidarum yang mengganggu kandungan mineral dan kesihatan cecair ketuban.
Malahan, keadaan ini boleh mendatangkan masalah tekanan darah rendah. Kesan-kesan ini mendatangkan kesan kepada bayi yang dikandung.
Penjagaan makanan boleh mengurangkan masalah ini. Anda dianjurkan makan makanan berkarbohidrat seperti roti, pasta, nasi, kentang dan bijirin dapat membekalkan tenaga untuk jangka masa yang agak lama.
Elakkan makan makanan yang tinggi kadar lemak dan minuman berkafein seperti kopi. Banyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula.
#5. Water retention
Masalah ini berlaku apabila jumlah kandungan air meningkat pada tisu tubuh. Kawasan paling kerap menerima kesan ini adalah kaki, muka dan tangan.
Keadaan ini berlaku apabila anda terlalu lama berdiri, cuaca terlalu panas atau tekanan darah tinggi. Hormon mengandung yang terbentuk menyebabkan buah pinggang ibu mengandung menghasilkan lebih banyak sodium yang akhirnya membuatkan badan ibu dipenuhi air.
Oleh itu, anda disarankan jangan berdiri terlalu lama dan kerap melaetakkan kaki di tempat yang tinggi dan jangan makan makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Dalam keadaan tertentu, masalah ini boleh menyebabkan bayi anda mengalami pre-eclampsia.
Kesimpulan
Penjagaan yang rapi adalah perlu bagi seorang ibu yang sedang mengandung. Saya sebagai ibu kepada dua orang anak pernah mengalami 5 Masalah Biasa Ketika mengandung ini.
Pada awalnya saya juga bimbang, namun lama kelamaan ia menjadi kebiasaan. Jangan terlalu takut kerana kebanyakkan ibu turut sama mengalami masalah ini. Sila ikut jadual perjumpaan dengan pihak hospital atau klinik.
Sudah ramai ibu-ibu mengandung mengambil suplemen shaklee untuk membantu kesihatan diri dan juga anak sepanjang waktu mengandung sehingga bersalin. Ingin tahu keistimewaannya klik >> sini. Anda juga perlu mencuba suplemen ini. InsyaAllah berkesan.
Banyakkan berdoa moga-moga Allah melindungi dan menjaga anda. Semua usaha kita tidak akan berhasil tanpa keizinanNya.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Independent Distributor |
HUDA [SID:1093239]
Emel:nh_5656@yahoo.com
No comments:
Post a Comment