Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Ya, ibu merupakan insan yang tinggi darjatnya di sisi agama. Pengorbanannya tiada tara. Dia yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan mendidik anak-anaknya.
Ya, ibu merupakan insan yang tinggi darjatnya di sisi agama. Pengorbanannya tiada tara. Dia yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan mendidik anak-anaknya.
Kadang-kadang, ibu-ibu perlu mencari cara untuk menambah susu tatkala mengalami kekurangan susu badan.
Ada juga ibu-ibu yang menghadapi masalah bengkak susu kerana penghasilan susu ibu yang terlalu produktif. Lalu, cara merawat masalah bengkak susu pula dicarinya.
Oleh itu, sayangilah ibu anda. Jangan sisihkan dia. Cari jalan untuk berbakti serta menghargainya. Buat baik kepadanya.
Cara merawat masalah susu ibu |
Saya sendiri, adik-adik saya, rakan-rakan saya, kenalan saya dan ibu-ibu lain sering mengalami masalah bengkak susu.
Harap ibu-ibu bersabar dan bertenang kerana ia berlaku cuma sementara. InsyaAllah ia bakal berakhir.
Bagi sesetengah ibu, dua hingga enam hari selepas bersalin, susu ibu terhasil dengan banyak bagi memenuhi keperluan bayi anda. Sebab itulah berlakunya masalah bengkak susu.
Bagi sesetengah ibu, dua hingga enam hari selepas bersalin, susu ibu terhasil dengan banyak bagi memenuhi keperluan bayi anda. Sebab itulah berlakunya masalah bengkak susu.
Seronoknya menyusu anak! |
Oleh itu, anda dianjurkan untuk mengamalkan cara merawat masalah bengkak susu yang ditunjukkan di bawah ini.
Cara Merawat Masalah Bengkak Susu
Di bawah ini saya senaraikan 13 cara merawat masalah bengkak susu yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu. Semoga bermanfaat.
#1. Berdoa
Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Mohonlah doa kepada Allah SWT supaya anda diberi kekuatan untuk menghadapi ujian bengkak susu dan segera dilegakan.
#2. Menyusu Sekerap Mungkin
Susukan bayi anda seberapa kerap mungkin, 2 hingga 3 jam sekali biarpun terpaksa mengejutkan bayi anda yang nyenyak tidur.
#3. Susukan Bayi Sampai Kenyang
Pastikan bayi anda menyusu sampai kenyang atau puas bagi setiap kali penyusuan untuk kedua-dua belah payudara. Jangan tukar payudara selagi bayi anda tidak kenyang.
#4. Urut Payu Dara
Semasa bayi menyusu, anda boleh mengurut payudara yang dihisap perlahan-lahan. Cara ini dapat melegakkan anda dan melancarkan pengaliran susu.
#5. Guna Coli Menyusu
Coli menyusu boleh dipakai termasuk waktu malam untuk mendapatkan sokongan. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
#6. Perah Dengan Tangan
Bagi memastikan bayi anda dapat melekapkan mulutnya dengan betul, anda boleh perah dengan tangan atau pam susu jika kawasan gelap di sekeliling puting susu (areola) keras.
#7. Tuam
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam itu sendiri mungkin boleh melembutkan areola dan memudahkan susu keluar.
#8. Menggunakan Pam
Jika bengkak susu yang keterlaluan, anda boleh gunakan pam sekali sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan kerana ia tidak membahayakan.Penghasilan susu yang banyak mungkin kerana ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.
#9. Ambil Ubat Tahan Sakit
Walaupun tidak digalakkan, tetapi jika anda tidak dapat menahan kesakitan, anda boleh ambil ubat tahan sakit.
#10. Amalan Petua
Anda juga boleh meletakkan kubis segar pada payudara kerana ia dapat melegakan kesakitan. Petua ini memang berkesan bagi sesetengah wanita biarpun tiadak kajian yang mengesahkan kaedah ini.
#11. Sabar
Sabarlah dan pandang ke hadapan. Ingatlah bahawa anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan susu ibu dengan bayi yang kian membesar.
#12. Berfikiran Positif
Setkan dalam minda anda bahawa masalah bengkak susu merupakan petanda positif bahawa susu badan sedang aktif dihasil dan bayi anda akan menjadi pembantu untuk merangsangkan susu.
#13. Amalkan suplemen
Suplemen yang dicadangkan adalah:
Lecithin Shaklee yang mampu mengapungkan lemak dalam darah dan mengelakkan lemak melekat dalam salur darah.
Garlic, Nutriferon, Vitamin C dan Performance Drink untuk menguatkan imunisasi badan.
Anda boleh hubungi saya (Huda: 011-18685991) untuk mengetahui cara pengambilan suplemen shaklee seperti di atas.
Bacaan lanjut: Baby Center
Kesimpulan
Sekali lagi, saya ingin ulangi bahawa memang ramai ibu mengalami masalah bengkak susu seperti anda .
Oleh itu, anda tidak perlu bimbang, banyakkan bersabar dan berdoa. Renung mata kecil anak anda yang mengharapkan susu dari ibunya. Meskipun dia belum mampu berkata-kata, jauh disudut hatinya diperlukan susu ibu.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
benda macam ni, kalau pandang remeh aje..akan mendatangkan mudarat pada ibu..jadi, terima kasih atas panduan ini..
ReplyDeletebetul tu bro hafizul...semoga bermanfatt
Deletesama-sama, setuju dengan Hafizul
ReplyDeleteinformasi berguna buat ibu yang menyusu
ReplyDeletesemoga ibu-ibu sihat walafiat
Delete