HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Sunday, June 22, 2014

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kesian saya melihat kanak-kanak yang mengalami Eczema. Yalah, kanak-kanak yang masih kecil belum mampu berfikir apa yang perlu mereka lakukan melainkan menangis apabila kesakitan yang melanda.

Untuk itu, saya ingin berkongsi cara merawat Eczema tanpa krim steroid dalam entri kali ini. Semoga ia bermanfaat untuk semua. Namun, apa sebenarnya eczema ini?

Baiklah, secara ringkasnya, Eczema ialah masalah kulit kering dan gatal yang selalu berlaku kepada bayi berusia bawah 2 tahun. Kanak-kanak yang mengalami eczema akan beransur sembuh menjelang usia belasan tahun. 

Eczema selalunya terjadi di bahagian muka, pergelangan tangan, pergelangan siku dan juga lutut.

Eczema bermakna penghalang kulit tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya. Keadaan ini boleh membuatkan kulit bayi senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid



Punca Eczema


Sehingga kini doktor masih tidak mengetahui punca berlakunya eczema. Namun begitu apabila berlakunya kerosakan pada kulit, ini akan menganggu fungsi normalnya sebagai pertahanan awal tubuh.

Eczema atau ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang eczema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi eczema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema boleh menyebabkan bayi  sentiasa menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Simptom Eczema


Di bawah ini saya senarai 9 simptom eczema yang menyerang pesakit-pesakit eczema.


1. Keadaan kulit akan pecah atau merekah
2. Kawasan kulit tertentu mungkin akan menjadi koyak
3. Kebiasaanya kulit dirasai sangat kering
4. Rasa gatal biasanya lebih teruk di waktu malam.
5. Menggaru akan menyebabkan kulit seperti menebal.
6. Beberapa kawasan terlibat menjadi radang atau merah.
7. Kawasan radang kulit biasanya akan melepuh dan terkandung cecair.
8. Kulit mungkin akan bertompok merah atau berwarna coklat kelabu.
9. Sebahagian kulit mungkin akan kelihatan tompok lebam kecil.

Set Eczema Shaklee


Untuk rawatan Eczema tanpa krim steriod dengan menggunakan produk shaklee, anda boleh mengambil Mealshakes, OmegaGuard, ESP, Alfalfa, Vitamin E, Herbal Blend Multipurpose Cream dan juga Basic H.



1) Alfafa Complex


Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah alahan dan penyakit kulit seperti eczema.

2) Omega Guard


Omega Guard untuk memastikan kulit kekal lembap dan mengelakkan kulit kering. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan dan mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti

3) ESP/Mealshakes


Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

4) Nutriferon


Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.

5) Vitamin E


Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ekstrak biji anggurnya membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak dan juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria.

6) Herbal Blend Multipurpose Cream


Herbal Blend berfungsi untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila disapu cream Herbal Blend ini, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
*tidak sesuai bagi eczema berair.

7) Basic H


Basic H Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema.

p/s: *tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.

Pengambilan yang disarankan mengikut umur.


Bayi umur kurang dari 1 tahun



  1. Herbal Blend - sapu pada kulit yang kering untuk kurangkan gatal dan pedih.
  2. Vitamin E - Disapu pada kulit yang luka.
  3. ESP dan Omega Guard - boleh diambil oleh Ibu yang menyusukan bayi mereka yang menghidap eczema.


Kanak-kanak 1 tahun keatas.


  1. Omega Guard - Boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat eczema.
  2. Mealshakes - Untuk merawat kulit yang berparut dan membaiki kulit yang rosak.
  3. Herbal Blend dan Vitamin E - Sapu pada kulit yang kering & Luka.


Remaja dan Dewasa.


  1. ESP -  Membantu menghasilkan sel kulit yang baru dan sihat yang rosak akibat eczema.
  2. Vitamin E - Vitamin E baik untuk kulit kerana ia berfungsi melicinkan kulit yang rosak akibat eczema dengan cepat. Boleh dimakan atau sapu pada kulit yang terluka akibat eczema.
  3. Omega Guard - Penyakit eczema mempunyai kulit yang kering dan sangat sensitif jadi ia dapat membantu memastikan kulit sentiasa kekal lembab dan membantu menguatkan membran sel mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  4. Herbal Blend - Meredakan kegatalan dan pedih akibat luka eczema. Kulit akan berasa sejuk dan selesa sekaligus dapat menghilangkan kegatalan dan pedih
  5. Mealshakes - Kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak.
  6. Alfafa Complex - Menyahkan toksin dalam badan dan menguatkan sistem dalaman badan.
  7. Nutriferon - Menguatkan sistem imun tubuh.


Testimoni 


Di bawah adalah di antara testimoni yang menggunakan set ini.

Testimoni #1


Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Testimoni pengidap eczima


Testimoni #2


Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Testimoni pengidap eczima

Testimoni #3

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Testimoni pengidap eczima
Ingin membeli produk ini sila hubungi HUDA:011-18685991

Kesimpulan

Usah biarkan anak anda menghadapi eczema seorang diri. Anak yang sakit adalah tanggungjawab kita. Bantulah beliau, semoga bantuan kita akan diberkati Allah SWT.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

22 comments:

  1. Semoga suatu hari ada penawar yang boleh selesaikan trus masaalah penyakit kulit ini...

    ReplyDelete
  2. jiran taman saya anak dia ada sakit ini.kulit ruam dari abang dia pas tu adik dia yang kecil terkena tapi bila besar ruam ini akan hilang kot.wahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melalui pembacaan saya, eczema ini akan hilang seiring dengan peningkatan usia.

      Delete
  3. Terima kasih atas penjelasan. Insya Allah akan disebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, anak-anak tak pernah alami masalah kulit....

    ReplyDelete
  5. Anak pcl si Hanis tu masa kecik dia selalu kegatalan kulit..puas berubat sampai x sedar ubat mama yg berkesan utk dia..pantang dicadangkan past I Cuba demi sayangkn anak..alhamdulillah besar ni tak ada masalah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sesuai dengan anak Pcl, yang penting kita sudah berusaha.

      Delete
  6. Hebatnya produk shaklee ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kami berkongsi apa yang kami alami dan belajar.

      Delete
  7. ada ubat untuk bayi bawah 1 tahun memang bagus lah...

    ReplyDelete
  8. Memang menderita sungguh pesakit eczema ni. Yang dah dewasa ni pun rasa gatalnya tak tertahan, saya tak dapat bayangkan kalau kanak2 umur bawah 2 tahun. Ada juga orang kata sapu minyak kelapa dara. Taktau la keberkesanannya camna,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah kita berusaha, minyak kelapa dara pun kaedah semulajadi dan banyak manfaatnya.

      Delete
  9. terima kasih atas informasi berguna tentang penyakit ni. pertama kali.. baru tahu

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi