Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Saya mendoakan anda semua sihat walfiat di samping keluarga terncinta. Sekarang ini musim cuti sekolah dan sudah pasti banyak kad jemputan kahwin tersusun di rumah kita.
Saya dan keluarga juga sama. Pada hari Sabtu sahaja ada 6 buah kenduri yang menunggu kedatangan kami.
Memang tidak mampu untuk kami berkunjung ke semua kenduri. Kami hanya pergi sebahagian sahaja. Lagi pula cuaca yang panas terik sekarang ini tidak berapa sesuai untuk anak-anak. Jadi, bapa dan ummilah yang menyempurnakan kesemuanya.
Minggu lepas, kami pulang ke kampung untuk menziarahi keluarga di samping menghantar pesanan pelanggan iaitu ESP.
Memang tidak mampu untuk kami berkunjung ke semua kenduri. Kami hanya pergi sebahagian sahaja. Lagi pula cuaca yang panas terik sekarang ini tidak berapa sesuai untuk anak-anak. Jadi, bapa dan ummilah yang menyempurnakan kesemuanya.
Minggu lepas, kami pulang ke kampung untuk menziarahi keluarga di samping menghantar pesanan pelanggan iaitu ESP.
Ops...Saya ingin flash back, sebelum sampai ke kampung, Yan Kedah, dalam perjalanan pulang ke kampung dari Seberang Perai saya terpandang sebuah banner besar yang bertajuk " Seminar Hidup Luar Biasa".
Saya yakin, sudah ramai yang tahu siapakah yang akan menyampaikan ceramah dalam seminar bertajuk sedemikian. Tidak lain tidak bukan Dr Azizan Osman.
Petua kekayaan jiwa |
Alhamdulillah, saya pernah mengikuti kursus beliau semasa datang ke Sunway Carnival, Seberang Jaya tahun lepas.
Saya masih ingat satu perkataan daripada Dr Azizan Osman yang cukup menusuk kalbu saya "bagaimana mahu kaya harta kalau tidak kaya jiwa?"
Di sini menunjukkan bahawa jika kita berhajat untuk meraih kekayaan harta kita perlu kayakan jiwa.
Kekayaan jiwa adalah yang utama. Anda sendiri boleh lihat bukan. Berapa ramai yang hidup aman dan bahagia dengan kaya jiwa walaupun dia tidak kaya harta?
Baiklah, di sini saya kongsikan cara berkesan meraih kekayaan jiwa oleh Dr Azizan Osman. InsyaAllah dengan mengamalkan 10 cara di bawah ini mampu mengaktifkan getaran kekayaan dan kejayaan.
Cara Berkesan Meraih Kekayaan Jiwa
#1. Bersyukur
Nikmat yang Allah SWT terlalu banyak. Kita wajib bersyukur dengan nikmatNya. Bukan sekadar mengucap Alhamdulillah semata-mata tetapi dengan menggunakan nikmat yang kita ada dan berkongsi dengan orang lain.
Bukti syukur seseorang mesti ditunjukkan dengan menjaga tanggungjawab sebagai seorang muslim dan menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Contohnya, menjaga solat lima waktu, amalkan solat dhuha dan bersedekah. Amalan-amalan ini adalah rahsia kekayaan dan kesihatan.
#2. Mencari ILMU
Mencari ilmu adalah kefarduan untuk lelaki dan perempuan muslim. Ilmu seperti muhasabah, mengenal diri dan memperbaiki diri perlu sentiasa dicari. Jangan lupa ilmu agama, kemahiran dan perniagaan juga.
#3. Bergaul dengan orang POSITIF
Pernah dengar kata-kata hikmah ini."Berkawan dengan saudagar minyak wangi pasti anda turut terpalit dengan haruman wangian". Maksudnya jelas, kawan kita boleh mempengaruhi kita. Oleh itu, kita perlu cari kawan yang boleh membantu kita dalam meraih kejayaan jiwa.
#4. Bersangka BAIK
Setiap yang berlaku terhadap diri kita merupakan ketentuan Ilahi. Siapa kita hendak melawan kudrat dan iradat Allah.
Kita perlu bersangka baik dengan Allah. Hadapi setiap ujian dengan redha dan sabar. Allah menguji hambanya mengikut kelayakan dan kemampuan.
#5. Buang IRI HATI
Satu penyakit yang merosakkan bangsa dan agama adana iri hati. Hindari perasaan iri hati dan sakit hati dengan kejayaan orang.
Sepatutnya kita memberi sokongan dan doa kejayaan orang lain. Jadikan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi untuk kita turut berjaya.
#6. Tiada PUTUS ASA
Kita ditegah berputus asa dengan rahmat Allah. Orang yang berjaya akan mengakhiri apa yang telah dia mulakan sehingga berjaya.
#7. Menyumbang
Sentiasa memberi sumbangan, bantuan dan menyelesaikan masalah oranga lain. Cuba berikan nilai tambah kepada masyarakat.
#8. Berfikiran POSITIF
Seboleh-bolehnya hindari elemen negatif dalam minda kita. Orang yang berjaya berjaya melihat matlamat masa hadapannya dengan jelas secara positif.
#9. Gembirakan IBU BAPA
Tanpa ibu bapa siapalah kita. Lelaki terutamanya wajib mentaati ibu bapa dan menggembirakan mereka.
Bukankah redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa. Doa mereka cukup mustajab. Jadikan amalan meminta maaf dan mohon supaya ibu bapa kita mendoakan kejayaan serta kekayaan di dunia dan akhirat.
#10. Banyakkan Istighfar
Istighfar adalah cara kita bertaubat atau membersihkan jiwa kita. Rasulullah SAW yang maksum dan dijamin syurga juga beristighfar setiap hari, inikan pula kita yang lemah dan alfa.
Kesimpulan
Kaya jiwa lebih penting daripada kaya harta. Namun, dengan kekayaan jiwa kita mampu meraih kekayaan harta dan bahagia. Kalau kita kaya harta tetapi tidak kaya jiwa, mungkin harta itu akan merosakkan hidup kita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk saya dan juga anda semua. Salam kejayaan, salam kekayaan.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
perkongsian yg baik.. ada orang walaupun dah kaya, tapi tak pernah rasa cukup dengan apa yg ada sehingga terlalu mengejar dunia dan lupakan akhirat.. mungkin orang macam ni miskin hatinya..
ReplyDeleteBetul tu PHa Is..selamat menduduki peperiksaan
Deleteterima kasih..
Deleteuntuk kaya harta kena bermula dgn kaya jiwa..
ReplyDeleteterima kasih atas tips2 yg cukup baik tu...
Betul tu Hairul.terima kasih..
DeleteAssalammualaikum... faizal,
ReplyDeletesuka baca .. kekayaan abadi adalah kaya jiwa.. kaya dengan cinta kepadaNya.
mselim3
Waalaikumussalam
DeleteTerima kasih Tuan Mselim. Kekayaan sebenar
kaya jiwa itu lebih penting dari kaya harta..semuanya kena bermula dari rasa bersyukur kan
ReplyDeleteBetul tu puteri
Deletehadith...Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW sabdanya, “Bukanlah kaya itu dengan sebab banyak harta benda, tetapi kaya itu ialah kaya jiwa”.
ReplyDeletesebagai pedoman buat untuk kita semua.
Terima kasih tuan Denaihati...jiwa yang mesti dikayakan
Deletetips menarik & senang tapi kadang2 ramai susah nak buat...kena bersihkan hati kaya kan jiwa..insyaAllah kebahagiaan yang lain akan menyusul...
ReplyDeletetepat sekali ciktom..jom bersih hati
DeleteDr. Azizan ni mmg popular bab ni
ReplyDeleteBetul tu..nin memang bidang dia
Delete