HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, June 16, 2014

Nota Padat Puasa Ramadhan 2014

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Nota Padat Puasa Ramadhan 2014
Nota Padat Puasa Ramadhan 2014

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga-moga Allah SWT panjangkan usia kita agar dapat bertemu dengan bulan Ramadhan ini.

Jika anda ingin melihat jadual berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia boleh lihat di sini.

Sempena menyambut bulan Ramadhan ini, saya ingin kongsikan dengan anda tentang Nota Padat Puasa Ramadhan sebagai ulangkaji tentang puasa.

Nota Padat Puasa Ramadhan 2014


Pengertian Puasa


Pengerian Puasa boleh dikategorikan kepada 2 bahagiaan iaitu Bahasa dan Istilah Syarak.

Bahasa 


Menahan diri 

Istilah Syarak 


Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.

Rukun Puasa


Secara ringkasnya rukun puasa terdiri daripada 2 perkara:

  1. Niat
  2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak daripada terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari 
Nota Padat Puasa Ramadhan 2014, rohani
Niat Puasa

Namun, dalam kitab Furu' Al-Masa'il karangan Maulana Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathoni dan disusun semula oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz dinyatakan bahawa Rukun Puasa terdiri daripada 4 perkara:

  1. Niat
  2. Orang yang berpuasa
  3. Menahan diri
  4. Waktu bagi menerima puasa (tambahan)

Niat sudah memadai jika terlintas dalam hati kita bahawa kita akan berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan.

Mengikut Mazhab Imam Syfi'i, Hanbali dan Hanafi, wajib berniat pada tiap-tiap malam, tetapi jika sekiranya kita berniat untuk berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan maka memadai pada pertamanya sahaja tetapi disunatkan supaya berniat pada tiap-tiap malam.

Ditakdirkan jika kita terlupa berniat pada satu malam maka bolehlah ditaklidkan kepada Mazhab Maliki yang menyatakan memadai sekali sahaja niat iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.

Syarat Wajib Puasa


  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Tidak uzur syari'e


6 Syarat Sah Puasa


  1. ISLAM 
  2. Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa 
  3. Mumaiyiz 
  4. Suci daripada haid dan nifas 
  5. Berakal 
  6. Niat pada malam hari


9 Perkara Yang Membatalkan Puasa


  1. Gila 
  2. Pengsan sepanjang hari 
  3. Keluar Haid atau nifas 
  4. Murtad 
  5. Bersetubuh pada siang hari 
  6. Melahirkan anak / wiladah 
  7. Muntah dengan sengaja 
  8. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan 
  9. Mengeluarkan mani dengan sengaja


6 Perkara Makruh Ketika Puasa


  1. Berbekam 
  2. Mandi terlalu kerap 
  3. Tidur sepanjang hari 
  4. Berkumur berlebihan 
  5. Merasa makanan dengan lidah 
  6. Gosok gigi selepas gelincir matahari 


8 Perkara Sunat Dalam Ibadah Puasa


  1. Segera berbuka puasa apabila telah yakin masuk waktu 
  2. Bersahur dan melewatkannya 
  3. Mandi junub sebelum fajar 
  4. Membaca doa sebelum berbuka puasa 
  5. Memberi jamuan berbuka kepada orang yang berpuasa 
  6. Berbuka puasa dengan buah kurma atau sesuatu yang manis 
  7. Memperbanyakkan sedekah dan membaca Al-Quran 
  8. Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat ke atas Nabi SAW 

3 Hikmah Berpuasa



  1. Menjana kekuatan rohani dan jasmani 
  2. Melatih diri dengan sifat sabar dan ikhlas 
  3. Menimbulkan perasaan insaf dan belas kasihan pada orang miskin

7 Akibat Meninggalkan Puasa



  1. Dimurkai oleh Allah SWT 
  2. Bersifat riak dan takbur 
  3. Dibenci masyarakat 
  4. Menyumbang kepada kemunduran negara 
  5. Kehidupan tidak tenang 
  6. Cepat putus asa 
  7. Dipandang hina 

Kesimpulan


Sebagai umat Islam, nota padat Puasa Ramadhan 2014 ini merupakan perkara yang mesti kita ambil tahu agar ibadah puasa kita lebih cenderung kepada kesempurnaan.

Seandainya anda kurang jelas dengan penerangan di sini sila rujuk dengan mana-mana guru agama yang anda yakini.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

9 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi