Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, semakin ramai ibu-ibu yang membeli set menyusu shaklee dengan kami. Tidak kurang juga suami yang mencari set menyusu shaklee untuk isteri kesayangan.
Saya cukup berbangga dengan ibu-ibu yang sanggup bekorban dan berjuang untuk memberikan susu ibu kepada bayi mereka.
Saya doakan impian anda tercapai dengan jayanya. Semoga lebih ramai ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka.
Saya doakan impian anda tercapai dengan jayanya. Semoga lebih ramai ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka.
Bagaimana Menyusukan Bayi Pertama Anda |
Bagaimana Menyusukan Bayi Pertama Anda?
Saya suka bercerita tentang pengalaman sendiri kerana saya yang alami. Pertama kali saya menyusukan anak sulung , saya menangis di hadapan suami dan jururawat di hospital bersalin Pearl Martinity.
Ketika itu perasaan saya bercampur-campur, sedih, gembira, bimbang dan sebagainya. Susu saya tidak keluar, anak saya menangis.
Suami dan jururawat yang ada di situ tidak henti memberi sokongan dan bantuan, saya gagahkan diri untuk memberikan susu kepada anak saya.
Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya perlahan-lahan susu mula keluar. Alhamdulillah, betapa gembiranya saya. Terima kasih Tuhan kerana mengabulkan doa saya.
Berdasarkan pengalaman, saya mengajurkan anda membuat persediaan ilmu, emosi dan fizikal sejak mula mengandung lagi. Tekadkan dalam hati untuk memberikan susu ibu kepada bayi dan jangan berhenti berdoa.
Barangkali, masih ada ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata pertama. Oleh itu, hari ini saya ingin kongsikan bagaimana menyusukan bayi pertama anda.
#1. Penyusuan susu ibu pilihan terbaik
Jika anda berhasrat untuk menyusukan bayi pertama anda dengan susu ibu, anda memang membuat pilihan yang terbaik.
Usah bimbang jika penyusuan susu ibu tidak berlaku secara natural kerana masalah kekurangan susu ibu dihadapi oleh ramai ibu-ibu di dunia ini.
#2. Persediaan awal penyusuan susu ibu
Apa pun pekerjaan yang kita ingin perlukan persediaan yang baik jika mahukan hasil yang hebat. Di sini anda boleh melakukan beberapa persediaan seperti:
- Persediaan ilmu sejak mengandung
- Persediaan emosi sejak mengandung
- Persediaan fizikal sejak mengandung
- Persediaan Menyusu Badan
#3. Cara Menyusukan bayi
- Sesi penyusuan biasanya mengambil masa 7 hingga 40 minit. Jadi, anda perlu memilih tempat yang selesa untuk diri anda dan bayi.
- Bagi anda yang masih baru menyusukan bayi perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jika perlukan privasi, pilihlah tempat yang sunyi tanpa gangguan. Anda boleh mencuba di beberapa tempat sehingga anda sendiri rasa selesa.
- Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan beberapa bantal atau kusyen di sekeliling anda sebagai penyokong.
- Pastikan bayi anda boleh menghisap satu mulut penuh dengan payu dara anda. Jika bayi anda tidak dapat melekapkan mulutnya dengan baik kepada payu dara atau anda berasa sakit, lepaskan dahulu.
- Anda boleh menggunakan jari untuk membantu bayi anda menghisap susu.
#4. Bantuan Penyusuan Susu Ibu
Tidak salah untuk anda mendapatkan khidmat nasihat tentang penyusuan susu ibu. Anda boleh tanya ibu, ahli keluarga yang berpengalaman, dan rakan-rakan.
Janga malu bertanya dengan jururawat atau doktor di hospital kerajaan atau swasta. Boleh juga rujuk dengan pakar laktasi.
Kesimpulan
Penyusuan susu ibu merupakan aktiviti yang seimbang antara ibu dan bayi. Proses penyusuan susu tidak mampu berjalan dengan baik sekiranya salah seorang tidak selesa atau sakit.
Oleh itu, ibu perlu memastikan anak anda dapat menyusukan bayi anda dalam keadaan yang cukup selesa.
Usah bimbing kerana bayi yang baru lahirkan di dunia ini akan pandai menghisap susu ibunya. Inilah kebesaran Ilahi.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Info yang lengkap.. sesuai utk bakal ibu, memberi pendedahan awal pada bf
ReplyDeleteMoga menjadi manfaat untuk semua
DeleteSusu ibu adalah yang TERBAIK untuk anak2 kita ..
ReplyDeleteBetul sekali Lya
Deleteperkongsian yg menarik..
ReplyDeleteTerima kasih..moga bermanfaat
Deleteterbaik...!!
ReplyDelete