Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Saya seorang ibu yang aktif menyusukan anak dengan susu ibu walaupun saya bekerja 8 jam sehari. Alhamdulillah, semua anak saya berikan susu ibu. Pada saya, susu ibu adalah susu yang terbaik.
Tuan Guru Hj Salleh Musa pernah menceritakan kisah perjalanan Rasulullah SAW ketika di Israk dan Mikrajkan oleh Allah dalam satu majlis ilmu.
Salah satu bahagian yang boleh kita ambil pengajaran adalah ketika Malaikat Jibril membawa dua gelas air iaitu arak dan susu kepada Rasulullah SAW. Tanpa teragak-agak Rasulullah SAW terus mengambil susu dan meminumnya.
Menurut Tuan Guru Hj Salleh Musa, hikmah Rasulullah SAW mengambil susu adalah untuk mengajarkan kita bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik. Ibu perlu berusaha bersungguh-sungguh memberikan anak dengan susu ibu sampai usia anaknya mencapai 2 tahun.
Jom ikut saya menyusukan anak dengan susu ibu. Ia satu tuntutan.
Kopi yang menyelerakan |
Kepada ibu-ibu yang sedang dan bertekad menyusukan anak dengan susu ibu, saya ucapkan tahniah. Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
Baiklah, dalam pada kita berusaha memberikan anak kita susu ibu, kadang-kadang kita diuji dengan kekurangan susu ibu. Ramai kenalan-kenalan dan saya sendiri mengalami masalah yang sama.
Oleh itu, anda usah berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Kita diberikan nikmat sihat dan akal yang cerdas untuk berfikir. Kita boleh guna pelbagai cara menambah susu ibu sama ada makan makanan semulajadi menambah susu atau mengambil suplemen shaklee menambah susu.
Di samping itu, jangan lupa berdoa supaya Allah banyakkan susu kita dan cuba elakkan pantang larang yang boleh menghalang pengahasilan susu ibu.
5 Pantang Larang Dalam Penyusuan Susu Ibu
Entri kali ini, ingin saya kongsikan dengan anda semua 5 pantang larang dalam penyusuan susu ibu yang patut ibu-ibu elakkan.
#1. Minum minuman bergas dan berais
Minuman bergas mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ini menyebabkan kalori dalam badan turut meningkat. Untuk jangka masa yang panjang kesihatan ibu boleh terjejas. Apabila ibu kurang sihat, bagaimana hendak menyusukan anak dengan efektif?
Menurut bidan, minuman berais boleh menyebabkan urat mengecut. Ini mengganggu penghasilan susu ibu. Malahan ada juga ibu yang mengadu sengal-sengal badan kerana minum ais. Sekali lagi soalan yang sama keluar bagaimana hendak menyusukan anak dengan efektif kalau ibu kurang sihat?
#2. Minum minuman berkefein
Meskipun ada kenyataan bahawa buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi, namun berapa ramai orang yang ratah buah kopi begitu sahaja?
Tidakkan! Kita minum air kopi.
Kandungan air kopi yang kita minum adalah buah kopi yang diproses dan ia mengandungi kafien yang tinggi berbanding teh.
Orang kata, tiada kopi tanpa kafein. Minuman berfein tinggi boleh mengganggu kelancaran saraf dalam jangka masa yang panjang.
Ia juga mampu memusnahkan vitamin B dan vitamin C dalam badan ibu. Sedangkan keuda-dua vitamin ini diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan anak bagi memastikan emosi dan mood sentiasa positif.
Emosi yang stabil merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada penghasilan susu ibu serta keseronokkan ibu menyusukan anak.
#3. Tunggu bengkak susu baru pam
Ada juga ibu yang memberi alasan tidak menyusukan anak kerana tiada susu ibu. Anda tahukah bagaimana susu ibu dihasilkan?
Secara ringkasnya, susu ibu akan keluar apabila menerima signal hisapan terus (direct feeding) atau perahan berterusan (pam).
Ya, memang protein diperlukan untuk penghasilan susu ibu. Tambahan pula kandungan utama dalam susu ibu adalah protein.
Ibu yang mudah mengalami bengkak susu mungkin di sebabkan kandungan protein dalam badan yang berlebihan. Besar kemungkinan, anda mengambil makanan yang tinggi kadar protein.
Cuba anda boleh makan telur, ayam dan daging dengan banyak, mungkin anda akan mudah bengkak susu. Tetapi ingat, pengambilan makanan seperti ini boleh mengundang kegemukan kerana lemak yang banyak boleh menyebabkan kolestrol yang tinggi.
Oleh itu, saya sarangkan anda mengambil protein daripada ESP dan alfalfa yang mampu mengawal kolestrol.
#4. Sentiasa mengeluh
Jangan mudah mengeluh kerana tiada susu. Sebaliknya bersyukur, berdoa dan teruskan berusaha menyusukan anak.
Banyakkan berdoa dan bersyukur |
Apabila susu banyak, mungkin ada yang alfa. Namun, apabila kekurangan susu, ibu akan mudah memohon doa kepada Allah. Sebab itulah Allah SWT sayangkan ibu yang menyusukan anaknya.
Kemampuan menyusukan anak juga merupakan satu nikmat besar yang patut kita syukuri. Berapa ramai orang yang tidak mampu menyusukan anak mereka?
#5. Pengambilan suplemen diet
Tahukah anda, apa tujuan sebenar mengambil suplemen? Suplemen adalah makanan tambahan yang perlu diambil untuk mengisi kekurangan zat atau nutrisi dalam badan.
Pengambilan suplemen diet seperti minuman berfiber akan menggantikan makanan sarapan pagi secara langsung akan mengurangkan zat asli dalam badan ibu.
Susu ibu amat kaya dengan nutrisi yang terhasil daripada pemakanan ibu. Namun, jika makanan ibu diganti dengan zat yang lain (daripada suplemen diet) semata-mata, bimbang khasiat yang sebenar telah hilang. Lama kelamaan boleh mengganggu penghasilan susu.
Apa yang dimakan oleh ibu akan disalukan kepada bayi. Pengambilan suplemen diet juga bimbang boleh merosakkan usus bayi.
Kesimpulan
Dalam pada kita berusaha menambah susu ibu, jangan pula kita lupa dengan 5 pantang larang dalam penyusuan susu ibu.
Bolehkah kalau saya diibaratkan dengan menahan air dengan empangan yang berlubang. Kita cuba banyakkan susu tetapi kita lupa perkara yang mengurangkan susu.
Waalahualam...selamat menyusu. Nikmati sihat untuk ibadat.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Independent Distributor |
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
terima aksih..sebagai panduan terutama untuk bakal ibu dan ibu baru..
ReplyDeletebetul tu..harap2 dapat membantu
Deletemenarik dan terbaik
ReplyDeleteterima kasih
Delete