HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Wednesday, June 11, 2014

Cara Terbaik Menyimpan Susu Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Cara Terbaik Menyimpan Susu Ibu, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu


Alhamdulillah, seorang pelanggan saya baru sahaja melahirkan cahaya mata. Walaupun beliau merupakan seorang suri rumah yang mampu berikan susu ibu sepenuh masa, tetapi beliau telah membuat pesanan set bersalin lebih awal dengan saya beberapa minggu lepas.

Beliau mahukan yang terbaik untuk anaknya. Set bersalin yang beliau beli adalah set untuk menambahkan susu badan dan  mengembalikan tenaga kepada beliau supaya dapat menyusu anak secara eksklusif.

Saya doakan beliau diberikan kesihatan dan kejayaan dalam penyusuan susu ibu terhadap bayi yang baru dilahirkan.

Kalau sebelum ini saya telah kongsikan tentang 5 Keperluan Penyusuan Susu Ibu Bekerja , maka ada baiknya saya berkongsi pula tentang cara terbaik menyimpan susu ibu.

Cara terbaik menyimpan susu ibu juga penting kerana susu ibu yang anda perah memang susu yang terbaik dan tiada tolok bandingnya.

Bolehkah anda membeli susu anda sendiri di kedai atau farmasi?

Jom ikuti cara terbaik menyimpan susu ibu ini.

Cara Terbaik Menyimpan Susu Ibu


Cara terbaik menyimpan susu ibu mengembil kira bekas yang disteril, suhu penyimpanan

Bekas yang disteril


Cara Terbaik Menyimpan Susu Ibu, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu

  • Anda perlu memilih bekas yang distrilkan dan bertutup rapat.
  • Anda boleh menggunakan plastik atau gelas untuk menyimpan susu dalam tempoh yang lama.
  • Beg sejuk khas juga boleh digunakan tetapi pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarannya diperbuat daripada nilon.


Suhu penyimpanan susu ibu


Cara Terbaik Menyimpan Susu Ibu, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu

  • Suhu bilik, tidak lebih daripada 25 darjah calcius selama 4 jam
  • Suhu peti sejuk, 4 darjah calcius atau rendah selama tidak melebihi 24 jam
  • Suhu peti sejuk beku antara -20 hingga -18 darjah calcius yang tidak mempunyai kitar nyahbeku selama 3 hingga 6 bulan
p/s: Anda dinasihatkan menyimpan susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Kebersihan


  • Pastikan tangan dicuci ketika mengepam susu.
  • Pastikan mesin pengepam dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu ibu.

Cara menyimpan


  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam dan syarat kapisiti susu yang beku lebih banyak berbanding susu yang baru dipam.
  • Susu yang hendak dibekukan jangan lebih daripada 24 jam.
  • Susu yang dialihkna dari peti sejuk beku ke peti sejuk boleh disimpan sehingga 24 jam.

Kesimpulan


Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungn berbanding susu beku. Oleh itu, cuba gunakan susu yang disejukkan berbanding susu beku untuk menyusukan bayi anda.

Walaubagaimanapun, susu ibu yang dibekukan masih mempunyai khasiat kesihatan yang lebih berbanding susu formula.

Jom memberikan susu ibu kepada anak kita.

Sumber: babycenter

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

5 Keperluan Penyusuan Ibu Bekerja, penyusuan susu ibu, set menyusu shaklee, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

7 comments:

  1. untuk ibu² bekerja,entri ini sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah memang manfaat entri2 utk ibu & bakal ibu...nanti ciktom blh share link blog ni kat kakak ipar yg bakal bersalin bulan depan..

    ReplyDelete
  3. Panduan berguna untuk bakal-bakal ibu dan juga ibu, tak lupa juga bapa

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi