HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, June 13, 2014

Senarai Makanan Penambah Susu Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pengalaman saya menyusukan anak pertama dan kedua penuh dengan pelbagai cerita. Memang ada ketika susu badan saya penuh peti sejuk beku dan tidak dinafikan juga ada ketikanya mengalami kekurangan susu badan.

Senarai Makanan Penambah Susu Ibu, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu
Senarai makanan penambah susu ibu


Alhamdulillah, sampai hari ini susu untuk anak saya masih mencukupi. InsyaAllah, saya berdoa kepada Allah agar diizinkan saya menyusu anak sampai usianya 2 tahun.

Walaupun saya pengamal tegar set menyusu shaklee, namun saya tidak meninggalkan sumber makanan semulajadi yang boleh menambah susu ibu.

Lagi pula, kita perlu faham bahawa zat-zat daripada pemakanan ibu akan sampai kepada anak. Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sesuai boleh mempengaruhi anak kita. 

Misalnya, anak saya tidak selesa perut apabila saya minum nescafe dan beberapa jenis makanan lagi. 

Jom kita tengok senarai Makanan Penambah Susu Ibu. 

Senarai Makanan Penambah Susu Ibu


Dalam usaha menjayakan  penyusuan susu buat anak anda, terdapat banyak faktor perlu diambil perhatian.

Ini termasuklah soal pemakanan. Ketahui beberapa jenis makanan dan cara penyediaannya agar dapat membantu anda menambah susu ibu.

#1. Lobak putih


Lobak putih sangat sesuai dibuat sup yang dimasak bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dijadikan jus untuk diminum.

#2. Lobak merah


Lobak merah boleh dijadikan bahan asas hidangan salad mahupun dicampurkan bersama sayur-sayuran lain menjadi menu sayur campur.

#3. Sawi


Sawi sedap dijadikan sayur tumis bersama beberapa jenis sayur-sayuran yang lain.

Senarai Makanan Penambah Susu Ibu, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu
Avocado, oat, sawi, susu dan oren

#4. Kucai


Kucai seringkali dijadikan sayur perencah yang dimasak bersama bihun, cucur udang dan lain-lain. Boleh juga ditumis bersama tauge dan tauhu menjadi menu sayur.

#5. Pucuk manis


Pucuk manis lazat dimasak sebagai gulai lemak atau tumis air.

#6. Pegaga


Pegaga lazimnya dijadikan sebagai ulam dimakan bersama sambal belacan dan sebagainya.

#7. Peria


Peria boleh dicelur menjadi  ulam atau dimasak bersama bahan mentah yang lain. Meskipun ia pahit, tetapi khasiatnya tinggi.

#8. Jantung pisang


Jantung pisang boleh dihidangkan sama ada secara celur, dijadikan kerabu, ulam ataupun masak lemak.

#9. Oren


Oren enak dimakan begitu saja atau dijadikan jus segar.

#10.  Betik


Betik  atau pucuk betik muda perlu dicelur terlebih dahulu sebelum dimakan sebagai ulam bersama nasi panas.

#11. Halba


Halba boleh direndam dan airnya boleh diminum begitu sahaja. Ada juga yang lebih gemar jika ia dicampurkan ke dalam masakan seperti kari ikan, sup, nasi lemak atau nasi dagang.

#12. Barli 


Barli boleh dibuat minuman atau bubur.


Senarai Makanan Penambah Susu Ibu, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu
Barli, betik dan longan kering

#13. Oat


Oat juga boleh dibuat bubur selain dari minuman biasa. Selain itu, oat juga boleh digunakan untuk menyalut makanan goreng seperti ayam, roti dan sebagainya.

#14. Kurma 


Kurma boleh dimakan begitu sahaja ataupun dikisar bersama susu untuk mempelbagaikann rasa minuman. Boleh juga dijadikan bahan asas kek, pastri dan sebagainya.

#15. Longan kering


Longan kering boleh juga dijadikan minuman harian. Boleh juga direbus bersama kurma, kismis dan barli. Lebih sedap jika direbus dengan sedikit gula merah.

Anda juga boleh beli longan yang telah di paking seperti kopi three in one yang ada dijual di pasaraya. Cuma bancuhkan dengan air suam dan minum.

#16. Soya


Soya dan produk berasaskan soya seperti tauhu dan tempe sangat sesuai dijadikan minuman dan masakan harian.

ESP adalah soya yang saya amalkan setiap hari. Anda boleh cuba pelbagai menu dengan ESP ini. Sejujurnya saya tidak selera minum susu, jadi saya akan campurkan ESP dengan jus epal. Alhamdulillah, sedap rasanya.

#17. Susu


Susu merupakan sumber kalsium kepada ibu sesuai dijadikan minuman atau dijadikan smoothie.

#18. Keju 


Keju boleh dijadikan bahan asas masakan seperti kek,pastri dan sebagainya.

#19. Avocado


Avocado mendungi omega 3 dan boleh dimakan dengan begitu sahaja, buat salad atau pencicah. Ingin tahu rahsia avocado klik >> sini.

#20. Suplemen


Suplemen cadangan saya adalah set menyusu shaklee. Saya mencadangkan set menyusu shaklee ini kerana saya sendiri telah mengamalkannya sehingga ke hari ini.

Kesimpulan


Setiap makanan yang Allah SWT jadikan di atas muka bumi ini ada manfaatnya. Jikalau tidak mampu makan kesemuanya jangan ditinggalkan semuanya. Makanlah yang mana mampu mudah-mudahan dapat menambah susu ibu.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Senarai Makanan Penambah Susu Ibu, set menyusu ibu, penyusuan susu ibu
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

13 comments:

  1. ibu sihat bayi juga sihat
    banyak makanan yang baik tersedia di sekeliling kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Teh Ramuan. kita pilih ja mana yang berkenan:)

      Delete
  2. Terima kasih kongsikan..leh jadikan panduan ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Ibu-ibu yang menyusukan anak sangat sesuai ambik tips berguna ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu-ibu boleh makan macam2 jenis makanan penambah susu

      Delete
    2. Ya betul cakap cikgu hairul. membantu banyakkan susu.

      Delete
  4. betul2..semua makanan,buah,sayur terutamanya bnyk khasiat..
    mmg ptt di amalkan sejak kecik lagi..bg bdn biasakan dgn semua tu..
    ni x, ada yang dah besau,dewasa pon xsuka mkn sayur lgi..
    apa daaa =_="

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya setuju sangat. bukan ibu sahaja perlu makan. siapa sahaja perlu makan makanan berkhasiat

      Delete
    2. Yang tak suka tu mungkin dari kecil tidak didedahkan...

      Delete
  5. Macam-macam ada dalam shaklee ni.. tapi mana2 produk pun saya belum pernah mencuba

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi