Saya pernah berbual dengan seorang pembantu perubatan yang telah lama berkhidmat di hospital kerajaan tentang isu penyusuan susu ibu.
Ada satu perkara yang saya tertarik dan ingin berkongsi di sini adalah orang lama tidak perlu rancang keluarga dengan pil perancang, alat pencegah hamil dan sebagainya.
Cukup dengan menyusu anak dengan susu ibu, secara tidak sedar mereka sudah merancang keluarga. Orang dahulu menyusu anak bersungguh-sungguh.
Anak hisap susu direct bukan pam dan mereka menyusu anak sekerap mungkin sehingga cukup 2 tahun. Bahkah ada yang saya jumpa anak mereka menyusu lebih dari 2 tahun.
Ini lah salah satu bukti yang menunjukkan orang dahulu patuh dengan agama Islam agama yang syumul. Dalam Islam semuanya ada.
Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Di sini saya ingin kongsikan kenapa Islam menggalakkan ibu menyusu anak mereka sehingga bayi berusia 2 tahun.
Klik sini >> Anda ada masalah kekurangan susu ibu. Cuba Cara Menambah Susu Ibu.
Kenapa Islam Galakkan Menyusu Selama 2 Tahun
Kalau kita teliti dalam Al-Quran ada beberapa dalil yang jelas menunjukkan ibu-ibu perlu menyusu anaknya dengan susu ibu selama 2 tahun.
Di bawah ini saya tunjukkan satu dalil jelas tentang menysu selam dua tahun.
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:
" Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih ( sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan pemusywaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberi pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan".
Tanggung jawab ibu bapa
Di antara tanggungjawab ibu bapa yang paling utama terhadap seorang anak adalah menyediakan keperluannya dan makanannya. Susu ibu adalah di antara bukti kekuasaan Allah. Bahkan susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi meskipun bagi bayi yang dilahirkan pramatang.
Ayat di atas juga menjelaskan bahawa tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan sempurna.
Fakta perubatan menyatakan seorang bayi mampu membesar dengan baik dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoh dua tahun.
Adalah kewajipan ibu untuk menyusukan bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
Bapa pula sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keperluan ibu untuk menyusu. Dengan itu, bapa boleh meringankan beban ibu seperti membantu membuat kerja rumah yang lain.
Ini menunjukkan Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang patut dilaksanakan. Justeru,
Ayat di atas juga menjelaskan bahawa tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan sempurna.
Fakta perubatan menyatakan seorang bayi mampu membesar dengan baik dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoh dua tahun.
Adalah kewajipan ibu untuk menyusukan bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
Sokongan Penyusuan Susu Ibu
Bapa pula sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keperluan ibu untuk menyusu. Dengan itu, bapa boleh meringankan beban ibu seperti membantu membuat kerja rumah yang lain.
Ini menunjukkan Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang patut dilaksanakan. Justeru,
Susu ibu ada kolostrum
Kolostrum susu ibu juga adalah anugerah dari Allah buat bayi. Kolostrum ini mengandungi pelbagai khasiat khas buat bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia. Kolostrum sangat kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi.
Kolostrum yang disangka susu basi ini rupanya mempunyai khasiat yang sangat besar. Hebatnya ciptaan Allah ini. Ia mengandungi banyak faktor pertumbuhan yang dapat mematangkan usus dan mengurangkan alergi serta mengandungi vitamin A.
Kolostrum juga membantu dalam pembuangan najis bayi. Malahan kajian menunjukkan kolostrum mamberikan perlindungan maksimum kepada bayi daripada sebarang jangkitan.
Islam juga membenarkan bayi disusukan oleh ibu susuan sekiranya ibu mengalami masalah dalam menyusu. Tetapi dengan syarat di izinkan oleh bapa bayi tersebut.
Islam memerintah bapa untuk memberi upah kepada ibu yang menyusukan anaknya. Ini juga diamalkan oleh ibu junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sekiranya penyusuan susu ibu tidak penting, mesti masyarakat arab dahulu tidak mengamalkan amalan ini.
Selain itu juga, hikmah saranan menyusu selama dua tahun adalah untuk menjarakkan kehamilan. Ini juga memastikan agar tempoh penyusuan itu berakhir dengan sempurna.
Kesimpulan
Sebagai umat Islam, seharusnya kita cuba sedaya upaya menyempurnakan salah satu tuntutan Islam ini. Jika ibu mempunyai masalah kekurang susu, usahakan Cara Menambah Susu Ibu.
Salah satunya, ibu perlu memastikan agar kesihatan diri berada di tahap yang optimum. Ini kerana emosi dan fizikal ibu memberi kesan dalam pengeluaran susu kepada bayi.
Tidak salah sekiranya ibu mengambil makanan tambahan ataupun supplemen dalam membantu menjayakan penyusuan selama dua tahun ini.
Allah tidak tanya apa yang kita dapat, tapi apa yang kita usaha.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Perkongsian yang lengkap dan bermanfaat. Terimakasih
ReplyDeletesemoga bermanfaat
DeletePanduan yang baik...
ReplyDeleteSemoga bermanfaat
DeleteBagus info yg bro berikan..
ReplyDeletemmg patut dibaca oleh semua wanita :D
Ya betul...lelaki pun tidak salah membacanya
Deleteterima kasih...
DeleteTerima kasih kongsikan..anak saya, memang cukup2 dua tahun menyusu badan...
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah Bro dan isteri
DeleteAlhamdulillah...syukur. bagus untuk ibu dan anak.
Deleteanak kathy dulu yang umur 3 tahun masih menyusu badan..hehehehe
ReplyDeletememang cekal ibunya...
ReplyDelete