Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Satu slot Inner Circle United, Northern Elite Tour yang menyentuh hati yang dalam adalah ketika bersama Master Shaklee Puteri. Beliau ditugaskan berkongsi tentang Membina Megnet Diri.
Dalam apa-apa perniagaan sekalipun, membina megnet diri merupakan aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh seorang usahawan.
Perkongsian Master Shaklee Puteri Yusuf memang realistik dan praktikal kerana beliau bercerita berdasarkan pengalaman peribadi yang dilalui sejak berjuang dalam perniagaan Shaklee.
Master Shaklee Puteri Yusuf | Membina Magnet Diri |
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau boleh berhubung di blog beliau >> http://puteriandrichfriends.blogspot.com/.
Belajar Dari Master Shaklee Puteri Yusuf | Membina Magnet Diri
Master Puteri berkongsi secara santai tapi pengisian yang mantap |
Puteri sendiri ada mencoretkan sedikit sebanyak perkongsian beliau di Inner Cicle United, Northern Elite Tour dalam blognya.
Secara peribadi, beliau memang minat dengan topik ini. Sepanjang 3 tahun penglibatan dalam perniagaan shaklee banyak ilmu yang dipelajari dan diamalkan berkenaan dengan magnet diri.
Jom baca luahan hati beliau dari blog Master Shaklee Puteri Yusuf
Saya suka topik yang Alin berikan ini, kerana banyak yang telah saya belajar selama 3 tahun dalam bisnes Shaklee, untuk membina imej kendiri yang baik dan positif, dan bagaimana diri kita boleh menjadi magnet kepada orang lain. Bukan saja saya banyak membaca tentang ilmu ini, tapi juga melalui pengalaman dan pergaulan dalam menjalankan bisnes, saya lebih yakin dan arif untuk berkongsi dengan orang lain juga.
Pada saya, perkongsian oleh Puteri yang santai memang bersuaian dengan tajuk dan mudah difahami. Di sini saya akan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang sempat saya salin sepanjang sesi perkongsian beliau.
Magnet diri menarik kebahgiaan dan kekayaan |
Anda usah bayangkan apa yang saya tulis ini 100% sama dengan apa yang beliau sampaikan. Oh tidak. Saya hanya tulis dan susun semula mengikut kefahaman saya sendiri.
Membina Magnet Diri Perkongsian Master Shaklee Puteri Yusuf
Secara fikikal apa yang kita boleh lihat, magnet adalah besi berani yang mampu menarik besi yang lain rapat kepadanya.
*p/s: Maksud secara teori tentang manet diri boleh dibaca melalui Buku Magnet Diri karangan Amin Idris. Boleh semak di blog Amin Idris.
Di dalam perniagaan shaklee semua ajen amat mengharapkan agar dirinya menjadi seperti magnet yang mampu menarik orang datang membeli produk shaklee dan terus mendaftar sebagai ahli.
Untuk mewujudkan magnet diri yang mampu menarik sesiapa sahaja kepada diri kita bukanlah semudah ABC, tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku.
Setiap orang adalah berbeza dari segi kemampuan dan keupayaan. Oleh itu, kita perlu berlatih dengan gigih dan berterusan.
Antara poin penting untuk melatih diri kita mewujudkan magnet diri adalah:
- Kita perlu suka dengan apa yang kita buat sentiasa.
- Kita perlu suka dengan produk shaklee baru boleh berkongsi dengan orang lain.
- Kita perlu percaya dengan diri sendiri baru boleh mendapat kepercayaan orang lain terhadap kita.
- Kita tidak boleh menjadi efektif selagi kita tidak mampu konsisten dengan apa yang kita buat setiap hari untuk perniagaan shaklee.
- Jangan lupa senyum. Senyumlah walau bagaimana keadaan kita. Senyum bukan sekadar di hadapan orang.
- Jadikan hidup kita indah, teruskan kehidupan kita dengan hobi yang kita suka walaupun sudah mendaftar sebagai ajen shaklee tetapi jangan terleka.
- Gunakan strategi dalam memasarkan produk shaklee bukan ikut suka hati. Belajar bagaimana mahu post di blog, facebook, instagram, twitter, website dan sebagainya.
- Jadikan upline dan juga downline umpama kawan yang mudah berkongsi masalah
- Bantu kawan-kawan usahawan yang lain walaupun bukan ahli shaklee. Contohnya beli juga kek dari beliau walau kitak tidak makan kek kerana kek yang kita beli boleh bagi dekat ibu mertua.
- RCA (Rahsia Cermin Ajaib) adalah perkara wajib yang perlu dilakukan bagi usahawan shaklee.
Ringkasan tentang RCA
Apa yang kita cakap, fikir, tulis dan sebut adalah doa. Kalau kita tidak berdoa bagaimana Allah hendak tunaikan hajat kita kerana setiap yang berlaku adalah ketentuan dariNya.
RCA juga doa dan merupakan magnet diri paling mujarab. Dalam erti kata yang mudah RCA adalah aktiviti bercakap dengan diri sendiri. Contohnya, "aku seorang yang hebat", "aku seorang yang berjaya", aku mampu pergi umrah bulah hadapan." dan banyak lagi. Lebih spesifik lagi bagus.
Cuba jadikan amalan rutin setiap hari seberapa banyak yang mungkin. Bahkan, menurut Master Shaklee Puteri Yusuf, dia ketagih melakukan RCA. Kadang-kadang di pusat membeli-belah pun beliau sempat melakukan RCA.
RCA ini bukan hanya tertumpu untuk perniagaan sahaja tetapi untuk kehidupan seharian juga boleh dilakukan.
Sebagai contoh, kita lakukan RCA untuk anak kita sendiri. Kita boleh ucap begini, "aku boleh didik anak jadi hebat", "aku boleh bentuk anak jadi soleh" dan lain-lain lagi.
Antara lain tujuan RCA ini adalah untuk membuang fikiran negatif yang menjadi penghalang kepada kejayaan kita.
Antara lain tujuan RCA ini adalah untuk membuang fikiran negatif yang menjadi penghalang kepada kejayaan kita.
Kesimpulan
Pada saya, kekuatan dalaman atau kerohanian seseorang merupakan aset terpenting yang perlu kita dahulukan. Jangan berhenti berdoa.
Pengisian Master Shaklee Puteri Yusuf ini membuka minda supaya kita membina kekuatan dalam diri yang akhirnya mampu menjadi magnet diri untuk hidup lebih bahagia.
Prof Muhaya pernah berkata, dunia dalaman melahirkan dunia luaran. Kebahagiaan umpama modal. Bagaimana mahu memberi kebahagiaan kepada orang lain, kalau kita tidak ada modal kebahagiaan dalam diri kita?
Semuanya bermula dari dalam diri kita. Wallahualam. Salam kebahagiaan.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
nice sharing...
ReplyDeletethank you very much
Deletesemoga usahanya kain lancar jaya
ReplyDeleteTerima kasih doakan kami.
ReplyDeletesalam.terima kasih atas prkongsiannya. sy share di blog sy yea cik pn huda. www.kedaisuplemen.com.my
ReplyDeletesalam. Dipersilakan. terima kasih
ReplyDelete