HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, October 30, 2014

Rahsia Kejayaan Lelaki Miliki Bangunan Bernilai RM 30 Juta

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Sedang asyik menyemak mesej dari rakan-rakan melalui whats'app, tetiba saya dapat satu kisah yang cukup memotivasikan diri. Saya rasa lebih baik kisah ini dikongikan dengan anda juga.

Kisah ini adalah tentang seorang lelaki yang memiliki bangunan komesil di tengah bandar yang bernilai RM 30 Juta. Pendapatan pasifnya melalui kutipan sewa dalam RM 70 Ribu sebulan. Beliau gunakan 20 Ribu untuk belanja dan RM 50 Ribu untuk sedekah dan infaq.

rahsia kejayaan rahsia kejayaan pelajar cemerlang perniagaan yang berjaya blog perniagaan rahsia kejayaan nik nur madihah rahsia facebook rahsia kejayaan pelajar rahsia perniagaan rahsia kejayaan usahawan tip perniagaan bisnes ebook orang yang berjaya dalam perniagaan kejayaan perniagaan rahsia kejayaan perniagaan rahsia kejayaan jutawan tip bisnes rahsia perniagaan berjaya rahsia berjaya rahsia bisnes ebook bisnes
Rahsia kejayaan dengan Al-Quran

Menurut pencerita kisah yang dikenali sebagai Dato Roslan Abd Hamid, beliau selalu berjumpa lelaki ini beriktikaf di Masjid selepas Asar dan membaca Al-Quran. Usianya sudah 70 tahun, rumahnya berdekatan dengan masjid. Wajahnya tenang melayan anak cucu.

Dato Roslan Abd Hamid cuba mengambil gambar beliau tetapi lelaki itu enggan kerana malu. Kemudian Dato Roslan bertanya apakah formula sehingga beliau berjaya sampai begitu rupa. Lelaki itu memberi 10 tip kejayaan.

10 Rahsia Kejayaan


#1. Muliakan ibu bapa. 


Doa ibu bapa adalah segala-galanya. Ia tidak berhijab, malah Allah SWT terus makbulkan. Raikan ibu bapa dan jaga mereka sepanjang hayat. Doakan mereka walaupun telah tiada.

#2. Jaga masa.


Masa akan datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Aturkan kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan. Sentiasa berada di masjid sebelum azan. Masuk waktu solat terus solat. Selepas solat, bertebaran berusaha mencari rezeki.

#3. Berdoa dengan khusyuk


Berserahlah kepada Allah SWT dan bertawakkal kepada Nya kerana Allah SWT maha tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4. Berusaha bersungguh-sungguh


Berusaha pagi, petang, siang dan malam. Berusaha bersungguh-sungguh. Jangan lupa mulakan usaha dengan niat. Kemudian buat sampai dapat. Jika tidak dapat, cuba buat yang lain pula.

Cari masa untuk baca Al-Quran. Beliau menambah lagi, orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan mendapat ganjaran membaca 1/3 Al-Quran. Kalau boleh baca surah Al-Ikhlas 3 kali, maka ganjarannya adalah seperti membaca satu naskhah Al-Quran.

Beliau sendiri berkata, mulutnya tidak berhenti membaca surah Al-Ikhlas. Bahkan, kadang-kadang sampai 1000 kali sehari.

#5. Jaga kesihatan


Banyakkan berjalan kaki, minum air masak atau air mineral dan jaga pemakanan.

#6. Hidup perlu ada target dan kena ada wawasan


Ikat perut dan usah membazir. Makanan dan minuman mesti dihabiskan. Usah berlagak seperti orang kaya. Padahal kita teman pada syaitan.

Sentiasa belanja orang makan dan minum. Apabila makan di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan kedai. Kalau bersih baru masuk. Di situ kita akan temui ramai orang yang susah. Belanja mereka makan dan minum.
Jangan klik --->http://goo.gl/Svgu6P

#7. Jangan berjalan waktu Maghrib


Kalau berada di jalan, berhenti dan cari masjid. Kalau berada di rumah, tutup pintu rapat-rapat. Buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. 

Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk menuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar atau boleh juga baca kitab.

Selepas isyak, buat kira-kira untung dan rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok hari.

#8. Usah takut jumpa orang


Walaupun 5 minit mahu berjumpa, pergilah sendiri. Usah pakai posmen apabila ada soal penting. Biar kita merangkak panjat bangunan. Biar kita ambil masa berhari-hari perjalanan. Yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.

#9. Balik malam jangan cakap penat atau letih


Usah cakap sakit. Senyum apabila sakit. Allah SWT sedang luruhkan dosa kita. Lepas sakit kita akan lagi bertenaga.

Adakah manusia dalam dunia ini yang tidak pernah sakit, jatuh dan dihina? Semua orang pernah, termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita supaya memaafkan semua orang.


#10. Niatkan mahu kaya


Niatkan mahu bantu ramai orang. Niatkan mahu jadi manusia berguna. 

Niat ini ibarat tulis surat. Kalau salah tulis alamat, akan sampai ke tempat yang salah. Maka tulislah alamat betul-betul.


Subhanallah, kerja buatnya cukup hebat. Rohani dan jasmaninya begitu mantap. Memang layak setiap kurniaan Allah SWT terhadapnya. 

Kisah di atas memang patut kita jadikan jontoh. Setiap rezeki adalah milik Allah SWT. DIA berhak memberi kepada hambanya.



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Read more ...

Wednesday, October 29, 2014

Apa Jadi Kalau Ibu Menyusu Tidak Cukup Kalsium?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Beberapa hari yang lepas, ketika keluar daripada lif, tiba-tiba saya terpandang seorang rakan sekerja yang sedang berjalan ke arah pintu lif.

Apabila terpandang wajah saya, beliau terus bertanya saya untuk membeli Alfalfa. Beliau adalah rakan saya yang baru kembali bekerja setelah habis cuti berpantang.

Namun, beliau bimbang kerana susu badannya tidak mencukupi. Saya rasa pelik juga kenapa beliau ingin membeli Alfalfa sahaja.

Bila saya tanya, beliau menjawab tidak mahu makan banyak suplemen. Buat masa ini ,beliau sudah ambil ESP sahaja.

Saya rasa pemikiran beliau sama macam saya dahulu. Memang saya pun tidak suka makan banyak suplemen suatu kerana saya tidak faham apa maksud suplemen.

Dulunya saya fikir suplemen adalah ubat, tetapi bila sudah mengikuti kursus nutrisi dan membaca pelbagai bahan berkenaan suplemen ini, barulah saya faham apa itu suplemen.

Esoknya saya terus hantar Alfafa yang beliau mahukan dan saya berikan beliau percuma ostimetrik untuk beliau cuba.

Pada mulanya, beliau tanya kenapa perlu makan benda ini. Saya kata, akak cuba makan sebelum tidur dan lihat apa perubahan selepas bangun pagi.

Saya faham sangat, seorang ibu yang menyusu memang memerlukan kalsium tambahan. Pelbagai sumber kalsium boleh kita perolehi, antaranya menerusi keju, soya, sayuran hijau dan sebagainya.

Kalau kekurangan kalsuim badan badan saya memang letih, sakit belakang dan mengalami kekejangan. Alhamdulillah sejak pengambilan kalsium yang berterusan, saya tidak lagi mengalami masalah ini.

Selepas pada hari itu, beliau  jumpa saya dengan wajah yang ceria. Beliau berkata badan rasa ringan selepas bangun pagi.

Kalsium merupakan zat yang penting dalam badan kita. Jom baca selanjutnya apa kepentingan kalsium untuk ibu menyusu.

Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, bagi saya kalsium sangat penting. Ini kerana kesihatan seorang ibu sangat penting dalam menjayakan penyusuan eksklusif 2 tahun. Pelbagai sumber yang dapat kita perolehi kalsium seperti keju, soya, sayuran hijau dan sebagainya.
Sumber Semulajadi Kalsium

Kepentingan Kalsium Buat Ibu Menyusu


Kalsium sangat penting buat ibu menyusu kerana kalsium turut dialirkan kepada bayi melalui susu ibu. Selain itu, kalsium turut memainkan peranan besar kepada sesetengah ibu menyusu yang mendapati perahan susunya berkurangan tatkala sedang mengalami haid.

Mungkin sesetengah ibu berhadapan dengan masalah kekurangan susu ketika haid. Ini adalah kerana level kalsium dalam darah  turut berkurangan tatkala si ibu sedang haid. Keadaan paling kritikal ialah dari permulaan hari ovulasi (hari ke-14 daripada hari pertama kitaran yang terakhir) sehinggalah ke hari ke-2 atau ke-3 haid.

Kalsium daripada shaklee mengandungi kandungan magnesium dan vitamin D. Ini kerana kedua-duanya diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium yang maksimum.

Kalsium daripada shaklee mengandungi kandungan magnesium dan vitamin D. Ini kerana kedua-duanya diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium yang maksimum.
Keistimewaan Ostematrix

Tanda Kekurangan Kalsium


Antara tanda kekurangan kalsium ialah:
  • Kekejangan otot.
  • Sakit belakang atau pinggang.
  • Sakit sendi.
  • Tekanan darah tinggi.

Mengandungi magnesium. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.  Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus. Menghalang endapan kalsium. Melarut dan mengurangkan formasi batu karang.
Kalsium Baik Untuk Ibu Menyusu

Manfaat Utama Ostematrix


  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, tulang, gigi dan sistem saraf.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas. Pengambilan kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress. Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakan tidur yang selesa,memperbaiki jantung berdebar dan juga stress.
  • Memperbaiki masalah haid.Kajian menunjukkan dengan pengambilan kalsium dan magnesium secara serentak dapat meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh. Kalsium adalah mineral alkalian. Ianya berkesan memastikan pH tubuh yang seimbang.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
  • Mengandungi vitamin D. Ia dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.
  • Mengandungi magnesium. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.  Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus. Menghalang endapan kalsium. Melarut dan mengurangkan formasi batu karang.
  • Zink, boron, manganes dan kuprum. Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot. Menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, tulang, gigi dan sistem saraf.
Penyerapan Terbukti Secara Klinikal

Anda juga boleh merujuk maklumat lanjut di link-link di bawah:



Kesimpulan


Dr. Zubaidi juga ada mengupas isu kalsium kepada ibu berpantang dan menyusu. Ibu-ibu bolehlah mendapatkan maklumat daripada blog beliau. Sebagai ibu yang menyusukan anak dan telah mengamalkan supplemen ini, saya amat berbesar hati berkongsi kebaikan produk ini. 

Sekiranya ibu-ibu ada masalah, bolehlah hubungi saya untuk kita berkongsi maklumat. Terima kasih. Selamat meneruskan perjuangan ibu semua:)




 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Wordless Wednesday | Kreativiti Kitar Semula

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Wordless Wednesday | Kreativiti Kitar Semula


Wordless Wednesday | Kreativiti Kitar Semula

Read more ...

Monday, October 27, 2014

Senarai Nama Malaysian Breastfeeding Peer Counselors (MBfPC) Malaysia

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kepada ibu-ibu yang ingin mendapatkan khidmat nasihat tentang penyusuan susu ibu atau susu badan bolehlah berurusan dengan jaringan sukarelawan pembimbing Ibu-ke-Ibu (Peer Counselors) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu.

susu ibu, harga set susu ibu, penyusuan susu ibu
Susu ibu mengeratkan hubungan keluarga

Di samping itu, mereka boleh menolong anda khususnya ibu-ibu untuk mencari rakan, info, bantuan, pengalaman, sokongan dan motivasi untuk menyusukan anak.

Program latihan MBfPC ini telah dikendalikan oleh SusuIbu.com dan sebahagian dana ditaja oleh UNICEF serta mendapat sokongan daripada WABA.

Sebelum anda menghubungi mereka, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa pakar laktasi atau mana-mana Kaunselor Laktasi mempunyai hak untuk mengenakan caj jika anda menggunakan perkhidmatan mereka.


Senarai Nama Malaysian Breastfeeding Peer Counselors (MBfPC) Malaysia


Senarai penuh seluruh negeri dalam Malaysia boleh di download melalui -->> Senarai penuh Malaysian Breastfeeding Peer Counselors Malaysia.

Nama: Zatul Hijanah Ramzi.Jawatan: Kaunselor Laktasi & Peer Counselor Program Administrator
Alamat: No 30 Jalan Kebun Nenas 2J/KS7, Bandar Putera, 41200 Klang, Selangor.
No Telefon: 016-3855189
Email: zatul[@]babynme.com.my
Nama di SusuIbu.com: zatul77
Nama di RatuHati.com: zatul
Blog: http://www.babynme.com.my/blog/
ID Facebook : http://www.facebook.com/zatul 

Nama: Farah Farhan Abdul FattahJawatan: Kaunselor Laktasi
Alamat: Butik SARA KIDS, 42-1, 1st Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor.
Cawangan: SARAKIDS, Lot 13, Lower Ground, Greentown Mall, Jalan Hospital, Ipoh, Perak.
Cawangan: 01-31, Jalan Pinang 52, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor.
No Telefon: 012-6448091
Email: farah[@]sarakids.com
Blog: www.sarakids.com/blog
ID Facebook : farah farhan

Nama: Yusrina binti Mohamat Hata
Jawatan:Peer Counselor Program Administrator
No. Telefon : 019-2712601Alamat : Bandar Baru Bangi, Selangor DE
Email: yusrina.hata[@]gmail.comNama di SusuIbu.com: yus_azlan
Blog: www.yusrinahata.com
ID Facebook: www.facebook.com/yusrina.hata

Nama: Noor Azurah AnuarJawatan: Kaunselor Laktasi & Peer Counselor (kawasan Selatan)
No. Telefon : 019- 655 1980
Alamat : Merlimau, Melaka
Email: noor.azurah[@]gmail.com
Nama di SusuIbu.com: wawa
Blog: http://semuanya-tentang-anak.blogspot.com/ 
Nama: NorhanaJawatan: Peer Counselor (kawasan Utara)
Nama di SusuIbu.com: ibufarish
Website: http://hanaseman.blogspot.com.
Email : hanaseman[@]yahoo.com 
Nama: Azlina 
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Utara)
Nama di SusuIbu.com: ayanglina
Website: ayanglina08.blogspot.com.
Email: ayanglina2002[@]yahoo.com. 
Nama: Izzah
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Utara)
Nama di SusuIbu.com: Izzah
Website: http://izzahazfar.blogspot.com.
Email: izzahazfar[@]gmail.com.
No Telefon: 019-4142469 
Nama: Noor Hidayah
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Utara)
Email: noorhidayah.mi[@]gmail.com
Nama di SusuIbu.com: DaYah
Blog:  http://imtiyazs.blogspot.com/
ID Facebook:  NoorHidayah Mi 

Nama: Nur Aznidawaty Binti Abdul Aziz
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Utara)
No. Telefon : 0125314464
Alamat : Butterworth, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Email: nida.mbfpcutara[@]gmail.com

Nama: Siti Fauziah Mohd Yusoff.
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Tengah)
No telefon: 019-4353658
Email: sizukanet[@]yahoo.com.my
Blog: http://geenascollection.blogspot.com/
Nama di SusuIbu.com: ainulFN

Nama:Fid
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Tengah)
Nama di susuibu.com: Lovebaby
Blog: http://sweetstory.yuitsumuni.com.
Email: crafidah[@]gmail.com

Nama: Habibah Binti Mohamed
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Tengah)
No telefon: 016-2228809
Alamat: Lot 2113-4, Jalan Sungai, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur / 9, Persiaran Kenari, Taman Anggerik, Batu Gajah
Email: habibahmohamed@yahoo.com.my
Blog: http://kasihsayangkami.blogspot.com/
Nama di SusuIbu.com: habibah

Nama: Raja Nur Ereena
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Tengah)
No. Telefon : 0196548567
Alamat : Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Email: letgoproduct@yahoo.com
Nama di SusuIbu.com: khaireena
Nama di RatuHati.com: khaireena
Blog: http://letgoproduct.blogspot.com & http://ladycaliph.blogspot.com
ID Facebook: Erin Adzmi

Nama: Mardziah Mohd Lokoman
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Timur)
No. Telefon : 019-9532747
Alamat : UTM Johor Bahru
Email: duniasusuibu@yahoo.com
Nama di SusuIbu.com: mardziah
Nama di RatuHati.com: Ummu Ibtisam
Blog: http://duniasusuibu.com/
ID Facebook: Abu Ibtisam Ummu Ibtisam & Dunia Susu Ibu

Nama: Ida Kamilia binti Mudzakir
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Selatan)
No. Telefon : 019-7226279
Alamat : Skudai, Johor
Email: kamilia_811[@]yahoo.com
Nama di SusuIbu.com: milia
Blog: idakamilia.com
ID Facebook: Ida Kamilia Mudzakir

Nama: Nur Fathinatul Huda Binti Md Nor
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Selatan)
No. Telefon : 013-2002031
Alamat : Seremban,NS * Shah Alam, Selangor
Email: fathinzcantique [at] gmail.com
Nama di SusuIbu.com: fathinz
Blog: http://whatalovelymama.blogspot.com

Nama: Suhaili binti Mohamad Zahidi
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Selatan)
Alamat : Presint 9, Putrajaya
Email: suhaili_mz[@]yahoo.com
Blog: http://cinta-mummy.blogspot.com/
ID Facebook: Suhaili binti Mohamad Zahidi

Nama: Nani Shuhada Binti Sehat
Jawatan: Peer Counselor (Zon Selatan)
No.Tel: 012-6013614
Alamat: Paya Rumput, Melaka.
Email: wardatulafifah[@]gmail.com
Nama di susuibu.com: najlahayfa
Blog: http://umminh.blogspot.com/

Nama penuh : Wan Norashikin Amran
Jawatan : Peer Counsellor (kawasan Tengah)
No. Telefon : 0192230357
Alamat ; Pangsapuri Indahria, Batu 3, Shah Alam
Email : wannorashikinamran[@]gmail.com
Blog: http://www.wannorashi.blogspot.com

Nama penuh: Sumayyah Abdul Aziz
Jawatan: Pengajar di UNISZA (Panel Agama untuk DuniaSusuIbu.com)
No. Telefon : 019-6050408
Alamat : Kuala Terengganu
Email: alqasam[@]gmail.com
Blog: http://alqasam.hadithuna.com/ dan http://tanyalah-ustazah.blogspot.com/
ID Facebook: Sumayyah Abdul Aziz

Nama penuh: Ismazura Sapuan
Jawatan: Peer Counselor (kawasan Tengah)
No. Telefon : 014-2250757
Alamat : Selangor/KL/Putrajaya
Email: ismazura_1[@]yahoo.com
Nama di SusuIbu.com : ajui75
ID Facebook: Ismazura Ajui

Nama penuh: Ku Roszilawati Ku Aziz
Jawatan: Peer Caunselor (kawasan tengah)
No. Telefon: 012-4170774
Email: mamahaziq82[@]yahoo.com.my
Nama di susuibu.com: luvhaziq
ID Facebook: Ku Roszilawati

Nama penuh: Azian Masiron
Jawatan:  Peer Counselor (West Region)
No. Telefon : 019-2406484
Alamat : Bandar Seri Putra Bangi
Email:pikor_80[@]yahoo.com
Nama di SusuIbu.com: ibu_umar
Blog: www.azyanmasiron.net
ID Facebook: azyanmasiron

Nama penuh: Sharifah Nurul Ain
Jawatan:  Peer Counselor (Timur)
No. Telefon : 017-9000395
Alamat : 7432 Lorong Ketapang 2E, Bukit Kuang Sejahtera, bukit Kuang, Kemaman 24000 Terengganu
Email: admin@qasehbonda.com
Nama di SusuIbu.com:  shnurulain
Blog: www.qasehbondajournal.blogspot.comwww.qasehbonda.com
ID Facebook: sharifah nurul ain, qasehbonda trading
Bolehlah anda berhubung dengan nama-nama yang saya sertakan di atas. Jangan malu jangan segan untuk bertanya. Selamat menyusu.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Sunday, October 26, 2014

Kerajaan Menyokong Penuh Penyusuan Susu Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Beberapa hari yang lepas ada seorang rakan sekerja mengadu susu badan tidak cukup untuk anaknya. Melihat kepada beliau, saya cukup gembira kerana beliau tetap bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak dengan susu badan walaupun susunya berkurangan. 

Jadi, saya cadangkan kepada beliau set penyusuan lengkap. Mudah-mudahan Allah SWT banyakkan susu badannya.

Anak saya sudah berusia 2 tahun lebih, tetapi susu badan saya masih melimpah sampai basah baju ketika dia menyusu. Jadi, saya terpaksa pam juga.


Alhamdulillah, dengan persediaan ilmu pengetahuan, mengamalkan doa ketika menyususet penyusuan lengkap, dan cara pemakanan yang baik, susu badan saya masih banyak. 

Oleh itu, saya sangat bersetuju dengan usaha oleh pihak kerajaan negara Malaysia yang memang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Salah satu bukti berkenaan hal ini adalah dengan mengadakan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada setiap tahun.


penyusuan susu ibu, susu badan, susu anak, susu ibu,
Breasfeeding A winning goal

Pada tahun 2014, sudah 22 kali pihak kerajaan menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Tema minggu penyusuan susu ibu pada tahun ini adalah:



Penyusuan Susu Ibu: Satu Matlamat Kejayaan Sepanjang Hayat (Breastfeeding: A Winning Goal for Life).



Di bawa ini adalah kenyataan akhbar YB Menteri Kesihatan Malaya sempena Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu.

Anda juga boleh download kenyaatan akhbar ini dalam bentuk PDF dengan klik pada link di bawah ini.

Kerajaan Menyokong Penuh Penyusuan Susu Ibu


Kenyataan Akhbar YB Menteri Kesihatan Malaysia Sempena Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu.


Tahun ini merupakan tahun yang ke-22 kita menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, dengan tema Penyusuan Susu Ibu: Satu Matlamat Kejayaan Sepanjang Hayat (Breastfeeding: A Winning Goal for Life). Tema pada tahun ini menekankan kepentingan untuk meningkatkan dan mengekalkan perlindungan, galakan dan sokongan terhadap penyusuan susu ibu dalam agenda selepas 2015, iaitu tahun di mana berakhirnya Matlamat Pembangunan Milenium (Millennium Development Goals, MDG).  Matlamat Pembangunan Millenium adalah satu ketetapan yang telah dirangka oleh kerajaan-kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menilai secara komprehensif, kemajuan dalam memerangi kemiskinan dan menggalakkan pembangunan yang sihat dan mampan menjelang tahun 2015. Penyusuan susu ibu menyumbang kepada kelapan-lapan matlamat MDG tersebut. Contohnya, penyusuan susu ibu dapat meningkatkan kesihatan ibu, yang merupakan matlamat MDG yang ke-empat. Penyusuan susu ibu membantu mengurangkan kehilangan darah selepas bersalin, mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta kehilangan jisim tulang selepas putus haid.   Salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan amalan penyusuan susu ibu adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di hospital-hospital kerajaan dan swasta. Ianya bertujuan untuk menyediakan persekitaran dan anggota kesihatan terlatih yang dapat membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu sebaik selepas kelahiran. Ini merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan penyusuan susu ibu. Sehingga kini, kesemua 127 hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Walau bagaimanapun, kemajuan pelaksanaan inisiatif ini perlu dipertingkatkan lagi di hospital swasta. Sehingga kini, hanya 7.4% ataupun 13 daripada 175 buah hospital swasta yang telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Oleh itu, komitmen hospital swasta amatlah diperlukan agar lebih banyak lagi hospital swasta mendapat pengiktirafan ini. Di samping itu, sokongan media massa dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan susu ibu amatlah diharapkan. Adalah menjadi harapan Kementerian Kesihatan agar media massa dapat mempromosikan penyusuan susu ibu sebagai satu amalan yang biasa di kalangan masyarakat Malaysia. Media massa perlu sentiasa mengaitkan pemakanan bayi dengan susu ibu dan bukan susu formula atau susu botol.Oleh itu, saya ingin memohon kerjasama daripada semua pihak agar dapat turut sama menyokong dan mempromosikan amalan penyusuan susu ibu di Malaysia, selaras dengan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan. Polisi ini menyatakan bahawa “Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja (penyusuan susu ibu secara eksklusif) dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan”.DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM Menteri Kesihatan Malaysia


Perbezaan susu ibu dengan susu formula memang ketara. Sebab itulah tuntutan menyusu anak dengan susu ibu memang telah dinyatakan dalam al-Quran sehingga anak berusia dua tahun. Bahkan ada ulama yang berpendapat boleh menyusu anak sehingga usia anak mencapai dua tahun setengah. Jadi, usaha kerajaan mengadakan minggu penyusuan susu ibu ini merupakan usaha murni yang patut kita sokong.

Apa pandangan anda tetang sambutan minggu penyusuan susu ibu ini? Cuba anda komen di bawah ini.


Read more ...

Saturday, October 25, 2014

Tema Maal Hijrah 2014 Dan Hidup Sihat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk tahun baru Hijrah 1436. Tema sambutan maal hijrah tahun 2014 adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".


tema sambutan maal hijrah 2014
Majlis sambutan Maal Hijrah 2014

Pada tahun ini, Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan diadakan pada 25Oktober 2014 bersamaan dengan 1 Muharram 1436 di PICC, Putrajaya bermula jam 8.00 pagi. Seperti biasa, kemuncak majlis ini adakah diadakan penganugrahan Tokoh Maal Hijrah pingkat kebangsaan dan peringakat antarabangsa.

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut awal Muharam kepada seluruh umat Islam. Sebagai umat Islam, ini adalah masa untuk kita audit pada diri sendiri. Contohnya, adakah azam yang lepas sudah tercapai?

Jika masih banyak yang belum tercapai, usah membuang masa, terus melangkah dan mulakan dengan strategi baru untuk mencapainya. Sekiranya semua azam anda telah tercapai, boleh cari azam yang baru dan cuba sempurnakan azam itu.

Salah satu azam saya tahun ini adalah untuk mengamalkan cara hidup sihat yang lebih optimum kerana ini adalah bukti syukur kita kepada Allah SWT dengan nikmat sihat yang diberikan kepada kita.

Apatah lagi seorang ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu yang eksklusif kepada anak kesayangan. Untuk itu, hari ini saya ingin berkongsi sedikit panduan gaya hidup sihat yang saya petik daripada majalah mingguan wanita.


Info kesihatan untuk gaya hidup sihat,amalan gaya hidup sihat dan pemakanan gaya hidup sihat
Amalkan cara hidup sihat

Azam Tahun Baru Untuk Hidup Sihat


Ketetapan minda tentang hidup sihat akan menghasilkan gaya hidup sihat, seterusnya menghasilkan tubuh yang sihat.

Sementara gaya hidup sihat dasarnya adalah pengurusan makanan atau diet, senaman dan juga pengurusan fikiran.

Dalam memastikan anda memperoleh kesihatan yang maksimum, terlebih dahulu kita perlu menetapkan mindset tentang cara hidup sihat selain memahami langkah ke arah hidup sihat.

Langkah-langkahnya adalah:


  • Mengetahui nutrisi yang diperlukan oleh tubuh iaitu kabohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air.


Pemakanan yang seimbang, pemakanan gaya hidup sihat,cara pemakanan yang sihat
Piramid makanan seimbang


  • Memahami bahan makanan yang mengandungi gizi tersebut dan memiliki kesan biologi terhadap kesihatan.

  • Mengetahui cara mengolah makanan agar nilai gizinya tidak hilang. Misalnya, cara masak seperti merebus atau menggoreng.

  • Membuat diet atau mengatur makan mengikut keperluan tubuh.


Pemakanan yang sihat, cara masakan yang sihat,amalan pemakanan yang seimbang
sedapnya!!!

Kesimpulan


Kesihatan badan kita lebih baik jika kita mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang penjagaan. Pengetahuan pula akan mempengaruhi pemikiran.

Seandainya perubahan cara pemikiran tidak berlaku, maka pola hidup tidak akan berubah. Perilaku manusia adalah apa yang dihasilkan dari mindset. Jom sihat bersama kami di www.syukurnyasihat.com.


 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Friday, October 24, 2014

Video Lucah Menjatuhkan Ustaz Azhar Idrus

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Astaghfirullahal'azim. Saya beristighfar panjang apabila terbaca berita tentang video lucah taktik kotor jatuhkan ulama. 

Baru sahaja beberapa hari lalu saya buat post tentang penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang rezeki yang berkat, tiba-tiba air muka beliau dijatuhkan dalam media internet.

Inilah yang dikatakan akhir zaman dan kiamat semakin dekat. Manusia sudah hilang akal, tidak tahu menghormati ulama. Fitnah bertebaran di sana-sini.



Azhar Idrus Ustaz Azhar idrus, video youtube, ceramah ustaz azhar idrus
Ustaz Azhar Idrus diuji.


KUALA TERENGGANU - Penyebaran video lucah di media sosial yang kononnya ada kaitan dengan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hanyalah usaha jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya, Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Bukan... jangan percaya... itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI, tetapi juga golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini ia seperti sudah menjadi satu trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama. Ini sebab, pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu, hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Zulkifli berkata, pihaknya percaya ada segelintir pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor seperti itu bagi menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.


Berita ini saya petik dari Sinar Online.

Ustaz Azhar Idrus, merupakan seorang pendakwah sejuta umat dalam negara kita sedang diuji dengan penyebaran video lucah.

Saya harap, kita semua bijak menilai dan tidak terburu-buru menuduh Ustaz Azhar Idrus sedemikian rupa. Buat masa ini saya rasa baik kita akur dengan apa yang diucapkan oleh pembantu beliau iaitu Zulkifli. 

Dalam pada itu, marilah kita terus berdoa agar Ustaz Azhar Idrus diberi kekuatan untuk terus berdakwah dan sekiranya apa yang sedang berlaku ini merupakan suatu perancangan kotor oleh seseorang atau mana-mana pihak semoga Allah SWT memberi petunjuk.

Mendengar berita sebegini saya bimbang dengan nasib kita semua. Apalah yang akan berlaku kepada kita sekarang ini kerana bala Allah SWT mudah menimpa umat manusia apbila fitnah tersebar dengan cepat.

Marilah kita bertaubat sebelum terlambat.

Anda suka baca artikel ini? Apa kata anda tolong share dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen di bawah ini. Terima kasih.
Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi