HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, October 21, 2014

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Tanda- Tanda Rezeki Yang Berkat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

ustaz azhar, ceramah agama, www.azhar idrus, ustaz azhar idrus rezeki, berkat rezeki, tanda rezeki berkat
Mencari rezeki yang berkat


Bagaimana ingin mendapat rezeki yang berkat? Ini satu soalan yang pernah ditanya kepada seorang ustaz yang cukup terkenal di Malaysia pada masa kini iaitu Ustaz Azhar Idrus di dalam suatu majlis ceramah. Saya suka dengan penerangan beliau. Cukup mudah untuk kita faham.


Penjelasan Ustaz Azhar Idrus | Tanda- Tanda Rezeki Yang Berkat


Untuk mencari keberkatan dalam kehidupan kita, pertama sekali kita perlu faham apa maksud berkat. Berkat ini berasal daripada perkataan barakah. Maksudnya bertambah perkara-perkara kebajikan dalam hidup kita.

Bagaimana hendak kita melihat perkara kebajikan dalam hidup kita? Ok, cuba bayang atau fikir sejenak berapa pendapatan kita sebulan? 

Katakanlah gaji kita RM2000 sebulan. Cuba kira berapa banyak yang kita boleh dermakan kepada masjid sebelum ini? 

Anda tidak perlu jawab kepada saya tetapi jawablah kepada diri sendiri dan di sini kita dapat tahu jawapan kepada soalan bagaimana ingin mendapat berkat tadi. Kalau tidak dapat derma maka tidak ada berkat.

ustaz azhar, ceramah agama, www.azhar idrus, ustaz azhar idrus rezeki, berkat rezeki, tanda rezeki berkat
Dua ustaz sedang mengadap rezeki

Bila kita faham maksud berkat barulah kita dapat menilai diri adakah rezeki atau pendapatan yang kita dapat sebelum ini berkat atau tidak?

Kita tidak perlu menghukum orang lain sama ada rakan kita atau keluarga kita. Cukup sekadar membuat penilaian kepada diri sendiri. Berkat atau tidak rezeki kita? 

Tidak kira siapa kita. Walaupun kita seorang posman tetapi sudah 6 kali pergi umrah. Maka kita nampak bahawa rezeki posman ini adalah berkat. Mungkin ada Ketua Pejabat Pos Malaysia tetapi haji pun tidak pernah pergi. Itu tandanya tidak berkatlah. 

Contoh lain. Ada orang kerjanya hanyalah office boy, tetapi setiap malam boleh pergi masjid. Ada pula yang kerjanya ketua pengarah tetapi  masjid hanya dapat pergi masa hari raya sahaja.


Di sini jelaslah bahawa pendapatan kita yang dapat menjana pendapatan di akhirat maka itulah yang dikatakan berkat. Kita yang nilai diri sendiri. 

Adakah kita boleh menderma, bersedekah, mengikuti kuliah, sembahyang berjemaah, mendekati masjid dan sebagainya hasil daripada pendapatan kita? 

Kalau banyak kebaikan yang kita boleh buat itulah tanda berkat. Jika sebaliknya (kejahatan) yang kita lakukan, itu tandanya tidak berkat.

Kebanyakkan masyarakat kita faham bahawa berkat itu apabila perniagaan kita bertambah maju atau gaji besar. Ini adalah salah faham. Kalau kita menilai gaji yang besar itu berkat, maka gaji tauke Sunway Lagoon lebih berkat kerana gajinya tinggi.

Kalau anda dengar dengan teliti penjelasan ustaz Azhar Idrus di atas, saya anda tentu faham apa maksud rezeki yang berkat. Ia bermula dengan kefahaman kita tentang maksud berkat itu dahulu. Kesimpulannya, rezeki yang kita dapat tidak kira banyak mana ia tetap mencukupi dan kalau lebih dia akan berkongsi dengan orang lain.

Kalau anda ingin tahu rahsia atau sistem yang mampu menjemput rezeki yang berkesan dan berkat, klik http://goo.gl/Svgu6P. 5 Kata-kata hikmah tentang rezeki pun ada.

Anda ada jawapan lain untuk menjawab soalan Bagaimana ingin mendapat rezeki yang berkat? Apa kata anda kongsikan dalam ruang komen. Artikel ini lebih baik dikongsikan dengan orang lain barulah manfaatnya tersebar. Betul tak?

4 comments:

  1. moga kita mendapat manfaat bersama dari penjelasan ini...inshaAllah..

    ReplyDelete
  2. bagus sangat penjelasan UAI ni. Mudahan pendatpan kita semua dapat keberkatannya, InsyaAllah.

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi